Followers

Sunday, January 9, 2011

Buat Dirimu

Assalamualaikum.


Awak.....
Maafkan saya. Saya tahu selama ni saya banyak buat salah dengan awak. Saya tak pandai jaga hati awak. Selalu buat awak marah, sakit hati, bengang, angin dan macam-macam lagi. Saya tahu saya bukan lah seorang 'girlfriend' yang baik buat awak. Saya sedar itu semua. Tapi saya nak awak tahu yang saya sememangnya, sejujurnya sayangkan awak. Saya tak akan dan tak mungkin memainkan perasaan awak. Tak mungkin!


Awak.....
Saya nak awak tahu, sekarang ni awak seorang sahaja yang saya ada. Saya tak boleh dan tak sanggup bila awak cerita, cakap pasal mati dengan saya. Tak boleh wak, tak boleh! Saya tahu sekarang ni awak banyak cakap pasal penyakit awak tu tapi saya endahkan je semua tu. Bukan sebab saya tak sayang, tak cintakan awak bila awak cakap pasal tu, tapi saya takut. Takut wak... Takut awak akan tinggalkan saya. Tak sanggup wak... Sekarang ni pun dah sebulan tak jumpa, dah rasa macam tak tentu arah. Semua buat serba serbi tak kena.


Awak.....
Awak tahu tak, bila dah masuk semester 2 ni, saya sunyi sangat-sangat. Terasa lain yang teramat sangat bila awak tak ada lagi di sisi saya dekat kolej ni. Awak tahu kan macam mana saya rasa? Awak pun boleh rasa kan apa yang saya rasa kan? Saya dah terbiasa hidup dengan awak sepanjang semester 1 yang lalu. Semua nya saya buat dengan awak. Makan bersama, main game bersama, ketawa, menangis semua bersama, keluar berjalan, outting, overnight semuanya bersama. Sekarang, bila awak sudah tidak lagi berada di kolej ni, saya rasa macam ada je yang tak lengkap, tak sempurna. Tapi awak dah habis semester, tak dapat lah kita bersama lagi lepas ni :(


Awak.....
Semalam awak cakap, awak nak pergi hospital buat benda alah tu, saya risau wak. Risau sepuluh kali ganda daripada risau awak. Awak tahu tak, siang malam pagi petang saya fikir kan pasal kesihatan awak semua. Saya selalu berdoa supaya awak sihat walafiat seperti makhluk-makhluk tuhan yang lain. Selalu wak, selalu sangat! Tadi saya terbaca wall awak, ohhh! Rupa-rupanya awak baru buat blog ya. Maaf saya tak tahu sebab saya tak mengikuti pekembangan semasa di facebook. Maaf kan saya :')


Awak.....
Saya menangis wak bila baca blog awak. Terus pening kepala saya bila baca blog awak tu semua. Saya minta maaf sebab saya tiada di sisi awak bila awak memerlukan saya. Saya jauh wak.... Jauh sangat-sangat dari awak. Saya tak boleh nak jumpa awak. Saya hanya boleh berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan awak sahaja sayang. Saya minta maaf dari hujung rambut sampai lah ke hujung kaki saya jikalau ada kesalahan dan kesilapan saya selama ini terhadap awak yang saya sendiri tidak terperasan. Maafkan saya ya awak? :)


Awak.....
Saya nak awak tahu, segala kesalahan awak sudah lama saya maafkan dan saya tidak pernah sedikit pun terdetik nak simpan dendam ataupun membuang awak jauh-jauh. Saya anggap itu semua dugaan dan cabaran untuk kita harungi dalam perhubungan kita ni. Saya harap sangat awak cepat sembuh ya sayang. Jangan sesekali awak tinggalkan saya lagi lepas ni. Jangan dan tak boleh! Faham???! Ingat tu!! :')


Saya sangat-sangat merindui awak, Mohamad Rashidi bin Mohamad Zainol. Dah tak sanggup nak menahan dan menampung rindu ni lagi. Saya harap sangat awak dapat datang Melaka secepat yang mungkin.

I love you so much b, and I will always do. Take care and get well soon, my dear :)

Salam.

Friday, January 7, 2011

Registration Days

Assalamualaikum.


Fuhhh! Hari-hari yang semua orang langsung tak nanti kan ialah hari pendaftaran kolej. Kenapa? Sebab penuh sesak dan sangat membosankan! Bangun pagi-pagi, beratur panjang, pergi ke sana ke mari. Mana-mana semua nya sibuk dengan pendaftaran masing-masing.


6 Januari 2011

Semalam aku pergi daftar kan diri untuk masuk ke semester 2. Bangga sekejap di situ sebab dah masuk semester 2 :D Masa hari ni tak ada lah penat sangat sebab tak busy mana pun. Just jalan ikut arrow yang di sedia kan, kemudian jalan je bawak kertas yang diberi. Masuk setiap satu per satu kelas dan ambil tandatangan lecturer yang bertugas. Aku daftar berdua dengan Miya Edora.

Tapi malang nya, sampai ke tempat pendaftaran yang terakhir, kitorang tak boleh daftar pula. Kenapa? Sebabnya kasut Miya bukan kasut yang bersesuaian untuk di pakai masa kuliah. Aku pula sebab tak ada tali untuk sangkut kan ID card aku. Macam apa je kan? Pasal tu pun sangkut pendaftaran kitorang.

Muka Miya dah bengkek, angin, marah gila dah sebab bengang tahap gaban. Dah lah kasut dia kena curi dekat kolej, mana nak cari, beli kasut pagi-pagi tu kan. Kalau ada kereta tak apa lah juga, boleh keluar kejap beli. Ni harammmm..... Terpaksa guna inisiatif lain, iaitu pinjam meminjam. Ngee! Dia terpaksa pinjam kasut kawan yang lain untuk meneruskan pendaftaran kami tu. Aku pula terus berlari *tak lari, tapi jalan kedek-kedek je macam itik* ke koperasi, beli tali yang di maksud kan tu.

Miya sekarang memang anti betul dengan lecturer yang buat pendaftaran dia tetangguh tu. Sangat kesian dengan Miya. Berbakul-bakul dia !@#$%^&*() lecturer tu, aku gelak sakan je. *simbol menunjuk kan bahasa yang sukar difahami* :) Lepas tu selesai lah pendafratan kitorang semalam. Habis je daftar, kitorang lepak kejap dekat cafe, makan-makan, gelak-gelak sakan, perhati kan orang sekeliling semuanya lah kemudian baru balik ke bilik masing-masing :)


7 Januari 2011

Hari ni kononnya masing-masing berjanji nak bangun pagi. Pukul 8 pagi nak pergi daftar. Tapi malang nya semua janji kami tak di tepati oleh diri masing-masing sebab malam semalam nya tidur lambat. So kira nya pagi tadi terlajak juga lah kan. Kelam kabut semua. Cepat juga kami siap, pukul 8.30 dah turun. Makan-makan dekat cafe, terus pergi jumpa mentor masing-masing untuk mendapatkan tandatangan yang sepatutnya.

Lepas jumpa mentor, tulis semua subject yang berkaitan, kami terus menuju ke makmal ITE dan daftar untuk masuk ke kelas mana pula. Kami semua berpakat nak masuk ke kelas DBS 2C. Alhamdulillah, semuanya dapat masuk kelas yang sama. Syukur sebab kami daftar awal :) Masa nak daftar tu, berebut juga kitorang beratur. Sampai bergadoh sakan ni sebab potong memotong. Itu lah, orang cakap mana yang lembap dan tidak berhemah tu sila lah ke kiri, tapi degil. Kan dah kena potong :D

Lepas daftar kelas, kami patah balik pergi jumpa mentor. Fuhh! Turun naik tangga memang tak larat. Nasib baik Melaka sekarang sejuk je, hujan memanjang, so tak ada lah berpeluh sebab ke sana ke mari :) Lepas bagi surat-surat yang berkaitan dekat mentor, kami turun balik pergi dekat pejabat bawah pula bagi surat yang lain. Banyak betul surat-surat dia. Kalah abang posman yang selalu hantar surat tu.

Selesai semuanya, kami kembali pulang ke rumah masing-masing dan terus di buai mimpi semula :)



UNTUK TONTONAN SEMUA ...




Helloooo KPM Ayer Molek!!

Yang tengah-tengah tu blok kediaman saya.
Lawa kan asrama kami??? :D


Salam.

Tuesday, January 4, 2011

Luahan Hati

Assalamualaikum.


Tepat jam 10.30 malam aku start menulis entry ni. Aku tak tahu kenapa malam ni tiba-tiba rasa nak luah kan perasan aku ni dekat blog aku yang tak seberapa ni. Macam yang entry sebelum ni lah kan, mood aku tak berapa nak GOOD. Just suam-suam kuku je ni. Sigh.

Ehh! Aku sebenarnya rindu dekat dia. Rindu teramat sangat, terlebih sangat, melampau sangat dah ni. Tapi dia ke mana? Ada dia datang cari aku? Tanya khabar aku? Tak ada kan? Ya, aku tahu dia kata tak nak contact aku buat sementara waktu sampai lah kitorang jumpa. Tapi masalahnya jumpa ke kitorang? Bayangkan lepas dia cakap macam tu, then tiba-tiba esok on the way balik Melaka, aku mati ke apa ke kan. Korang rasa dia menyesal tak ek dengan kata-kata dia tu?

Malam ni aku dah siap packing barang-barang aku nak balik Melaka esok. Hampir siap juga lah, tapi aku tinggal kan sekejap sebab nak post entry ni. Aku tak nak beranjak dari depan TV tadi tapi hati aku menarik-narik aku suruh post entry baru, so aku pun pergi lah :')

Aku dapat message daripada seorang kawan menanyakan tentang broadband mana yang bagus. Secara tak langsung aku teringat kan broadband si dia yang baru beli tu. Tersentap dan meleleh sekejap tadi masa dapat message kawan aku tu. Terfikir juga aku, kenapa lepas dia dah beli broadband baru dia nak cakap macam tu semua kan? Kenapa tidak sebelum beli broadband? Kenapa mesti sekarang? Kenapa ek? Korang tahu tak? Tertanya-tanya.

Kalau dia dah ada broadband sepatutnya dia lebih kerap contact aku kan sebab kami boleh skype every night. Tekaan aku tu semuanya salah rupanya. Apa yang berlaku tak seperti yang di harap kan, di tekakan oleh ku. Menangis. Menangis bila teringat kan peristiwa itu. Menangis bila teringat kan dia. Menangis bila tercium bau dia dekat baju-baju kolej aku. Menangis bila message yang ku terima dan nanti-nanti kan ternyata bukan dari dia lagi. Menangis sebab message aku sudah kosong sekarang. Sadis.

Sekarang aku hanya boleh tunggu dan menunggu dan seterusnya sampai dapat jumpa dengan dia. Kalau dapat lah kan. Tapi tak apa, selagi aku ada kawan yang boleh meng-happy-kan aku di sekeliling aku, aku rasa aku masih boleh bertahan dan bersabar. Mungkin. Tapi hati aku tak siapa pun tahu even dia. Hanya aku dan Tuhan saja yang tahu.

Aku rindu, rindu dan rindu. Menangis tak akan mengubah apa-apa pun. So aku akan berdiam kan diri sehingga masanya tiba. Mungkin masanya akan tiba. Mungkin. Mungkin. Amin.....

Terima kasih, terima kasih sangat-sangat :')


Lagu untuk awak



Salam.

Monday, January 3, 2011

What a Bad Day

Assalamualaikum.


Hari ni betul lah kan 3 Januari 2011 kan? Macam tak percaya dah masuk 2011 kan? Aku rasa macam aku still in 2010. Kenapa dengan tittle entry aku kali ni macam sedih je? Panjang cerita nya. Tapi akan ku pendek kan juga untuk kalian semua supaya muat dalam blog aku ni :)

Actually mood aku sekarang ni tengah tak menentu. Sedih sangat-sangat. Nenek aku pun tak boleh nak tolong dah, katanya. Nak kata putus cinta, tak mungkin kan! Tak mungkin! Sebab aku masih ada kekasih, masih ada dia, masih ada!!

Aku sedih lah, sebab rindu, sayang, cinta............. Ok tukar ayat. Aku sedih sebab semalam ada orang tu kata dia tak nak contact aku lagi sampai lah kitorang berjumpa. Kenapa dia buat begitu? Kenapakah? Mengapakah?


Entah bila lah dapat jumpa kan. Kalau tak jumpa-jumpa means tak boleh lah contact dia? Ohh noooo!! Tak boleh nak tahan!! :'(


Aku pun tak tahu kenapa, mengapa dia nekad, berani, tak fikir panjang, tak fikir kan pasaan aku apabila dia berkata sedemikian. Sadis. Sungguh sadis. Cisss! Menahan lagi menahan lagi menahan tangga air mata syurga aku dari jatuh, patah, berkecai, akhirnya dia jatuh juga mencurah-curah macam air terjun dekat Kota Tinggi tu. Besttt, untuk dia. Untuk aku, sememangnya tak best! T_T

Pada masa yang sama, di dalam kesedihan dan kedukaan yang dialami oleh diriku, secara tak langsung aku mengalami penyakit yang sangat merbahaya kan kesihatan sendiri. Sangat memudaratkan. Ye ke? Ok aku tipu, aku cirit-birit je satu hari ni. Dari pagi sampai lah ke malam aku berulang-alik masuk tandas. Sangat kecewa apabila hendak menahan sakit perut yang di alami itu :(

Hari ni mood memang tak berapa nak ada, nasib baik ada kawan-kawan yang memahami aku dan ajak aku keluar berjalan. Walaupun sekejap waktu kami keluar bersama, tapi itu sudah mencukupi dan mamadai untuk mereka yang menceriakan aku seketika waktu. Terima kasih kawan!

Tapi bila dah keluar untuk hilang kan seketika duka itu, muncul pula unsur-unsur yang mengatakan aku "bersuka ria sana sini di waktu berduka". Ok! Sangat tersentuh di statement itu ya! Tersangat-sangat tersentuh! Dia langsung tak faham dan tak nak faham perasaan aku ni walaupun sedikit. Sadis sesadisnya. *Tak pasti ayat tu untuk aku or orang lain. Tapi aku pasti sepastinya untuk aku! Terima kasih awak :')


Sedih. Setakat tu je boleh tulis untuk korang baca.


Salam.

Sunday, January 2, 2011

Kuala Lumpur

Assalamualaikum.


Tahun baru kali ni rasanya di sambut dengan begitu meriah. Meriah ke?? Meriah juga lah kan berbanding tahun-tahun lepas. Kenapa aku cakap tahun baru kali ni meriah? Sebab aku sambut dekat Kuala Lumpur, memang lah superbbbbb meriahnya! Kalau dekat Johor Bahru tak mungkin kan sambutannya semeriah di Kuala Lumpur. Siapa setuju angkat bulu kaki tinggi-tinggi! Kalau tak angkat siap lah korang!

Sebenarnya, kehadiran aku ke Kuala Lumpur, bukannya nak pergi sambut New Year dekat sini. Tapi saja jalan-jalan ikut parents aku buat hal. Ehh! Maksud aku, ikut parents aku pergi jalan-jalan. Aktiviti sebenarnya nak pergi wedding anak kawan mak aku je, tapi entah macam mana boleh meronda satu KL pula. Penat tak penat lah kan aku sepanjang dekat sini. Tak cukup tidur weyhh!! Korang percaya tak?? Kena percaya juga kalau tak aku bakar rumah kau!!


Konon nak tarik perhatian pembaca dengan menulis macam !@#$%^&*(). Tetapi tidak berjaya! Gelak kan aku beramai-ramai!! Rapattttttt :D
*Merepek*


Sampai je KL, aku dah serbu Uptown Shah Alam dekat seksyen 24 tu. Memang besttt!! Bak kata orang-orang tua zaman sekarang, "HAVOC gi tu". Macam-macam ada, dah lah tempat dia boleh di kata kan besar juga. Penuh ruang yang ada. Fuhhh!! Malam tu berpeluh sakan kami yang pergi ke sana. Maklum lah tempat sempit, sendat lagi mampat, kena pula tak ada kipas di lelangit bumbung tu. Memang berjurai-jurai lah air terjun badan kami. Tapi aku tak ok, still maintain macam stay in the air-cond room. Dekat Uptown tu ada juga lah aku habis kan duit aku. Macam-macam aku beli. Berbaloi-baloi bak kata iklan KAMDAR. Ngee!

Lepas pergi Uptown, aku saja lah kan ajak mak cik aku jalan-jalan pergi I-City dekat seksyen 7 tu. Perghhhh!! Tempat dia memang best! Sumpah best! Aku rasa macam aku dekat Overseas tengah sambut Christmas. Ni semua pengaruh daripada AFZARUL DZARIF lah, sebab dia, aku teringin sangat nak tengok dan pergi I-City tu. Berlambak juga aku berposing sakan dekat sana. Tapi tak upload lah sebab muka time tu buruk, penat, berminyak dan sewaktu dengannya. Masa aku pergi malam tu, tak kena bayar dah sebab malam New Year kan, then kebetulan pula masa tu dah pukul 3 pagi. So free of charge lah kan. Dah pagi pun tetap ramai pengunjung.


Tersangat sangat sangat sangat teruja masa tu. Abah aku lah jadi photographer aku. Kesian dia :D


Ni salah satu gambar yang di snap dekat I-City.
Cantik kan? :)


Hampir pukul 4.30 juga aku keluar malam tu. Sungguh memenat kan! Setelah selesai di I-City, kami semua meneruskan perjalan pulang ke rumah. Sambil tidur sambil termimpi-mimpi lampu-lampu yang ada :)


Di pendekkan cerita..............


Keesokan nya sambung pula dengan menghadiri majlis jemputan kawin anak kawan mak aku. Kemudian pergi rumah sedara, kemudian pergi Uptown Danau Kota, makan dekat Pak Li's Cafe. Kemudian balik, kemudian ber-skype-ing dengan kekasih jiwa gila kental aku, kemudian post terus blog ini!!


*Jam sudah menunjukkan pukul 4.44 pagi.


Take care. Salam.