Followers

Sunday, March 20, 2011

KREW Meet Uncle Hussain

Assalamualaikum.


Tajuk entry kali ni sama macam tajuk entry blog Zarul Dzarif, http://afzaruldzarif.blogspot.com/. Kenapa sama? Sebab aku pergi sama-sama dengan dia, so tajuk entry kami pun sama lah :D


*Malas nak fikir tajuk lain sebenarnya, so aku tiru je lah ^_^


Ceritanya berbunyi dan bermula begini, pada satu hari, si Zarul ni call aku, dia suruh aku jadi pemandu pelancong untuk dia jalan-jalan Johor Bahru. Ok! Dia pun duduk JB juga tapi malangnya dia JB murtad! Satu haram pun dia tak tahu jalan JB. Dia kata kena jalan berulang kali baru dia boleh ingat jalan tu.


*Gila apa kau? Nak jalan beratus kali apa dekat satu jalan tu? Baru kau boleh ingat semua jalan di pelusuk JB? Begitukah?


Atas ni lah dia si jejaka JB murtad tu. Harap muka je handsome, tapi tak boleh pakai! *Terpuji pula! Bangga setaman nanti dia! :D


Actually bukan nak bawa mamat tu jalan, tapi nak bawa Meet Uncle Hussain, MUH, tunjuk jalan dekat mereka. MUH ada show dekat Jb, dekat Angsana dan Perling Mall tapi jalan tak tahu. Boleh kah begitu? Boleh kot. Nama pun artis kan? Standard lah kot tak tahu jalan even ada seorang krew MUH punya kampung dekat JB >_<

Macam mana kami boleh bersama MUH? Macam ni ceritanya, Zarul punya kawan, namanya Kurt, dia krew MUH. Di sebabkan Zarul kawan dengan dia juga lah, aku di jadi kan kuli batak *Eh! Tak! Bukan kuli batak tapi krew sambilan juga* so secara tak sengaja lagi kebetulan, kami dapat lah bersama dengan MUH. Mereka best lagi gempak! Tak sombong dan angkuh!



Lebih kurang 8 - 9 jam juga lah kami bersama dengan MUH ni. Best juga lah kan kalau nak tahu macam mana jadi krew artis dan nak timba pengalaman ni. Mula-mula kami bawa mereka pergi Perling Mall dulu, lepas tu baru pergi Angsana pula. Masa dekat Angsana, jumpa ramai artis-artis lain seperti, Black, Ana Raffali, Shima, Adam AF, Cak Mentor (Abg Stacy and the gang), Shamsul Ghau Ghau, dan lain lain. Aku tak bergambar dengan artis sangat sebab MALU! Tapi zarul banyak bergambar dengan artis. Banyak sangat! :D

Gambar tak banyak mana pun, sebab masa join mereka ke hulu ke hilir ni, tak ada rasa pun nak bergambar. Langsung tak ada! Mungkin kerana kami bersama dengan mereka kot. Tu yang rasa macam *Elerhh! Aku dari siang tadi dengan diorang, duduk hotel gulung poster sama-sama, jalan sama-sama, makan sama-sama so tak heran lah nak ambil gambar dengan artis-artis yang ada ni* macam tu lah lebih kurang. Ngee! Tapi dah balik rumah, dah penat-penat malam tu, baru lah ada rasa nak ambil gambar dengan artis-artis yang ada :')

Bersama Jejaka JB murtad :D

Kurt a.k.a Lotter :D

Abg Gfat *guitar bass* :)

Shah AF8 :)

Kurt - Abg Gfat - Zarul - Shah AF8

Kurt - Zarul - Shah AF8, AGAIN!!

Hazama - Zarul


Aku dah kata dah, gambar Zarul dengan artis yang banyak kan? *Sabotaj Zarul!! Tu je lah gambar yang kami ada. Actually ada lagi yang lain tapi dekat dalam camera MUH. So tak tahu macam mana nak ambil.


*Kurt!! Gambar jangan lupa ambil ok! Muka I lawa-lawa dalam tu! :D

Dalam pukul 12 lebih, kami makan-makan dengan si artis. Lepas makan kami pun balik. MUH nak balik cepat then nak ikut jalan dekat a.k.a shortcut, tapi aku dengan bangga lagi selamba bawa jalan jauh. HAHA. Nasib baik tak kena marah. Kata nak jalan-jalan JB menikmati pemandangan kan? Nahh! Hambik kauu! ^_*

Conclusion, memang best ikut artis! Dapat parking VVIP tau! Dapat duduk satu khemah dengan artis! Dapat berbual live dengan artis! Dapat .... Dapat macam-macam lagi lah! :)


THE END.