Followers

Tuesday, December 28, 2010

Semester Break

Assalamualaikum.


Kenapa tiba-tiba aku rasa macam aku dah besar sangat sebab dah dapat gelaran "SEMESTER BREAK" ni??


Tapi tak ada lah besar sangat. Baru saja nak jinak-jinak ayam dalam dunia belajar selepas Sekolah Menengah. Sebenarnya banyak pengalaman yang aku nak cerita pasal pembelajaran dan pengendalian dan kemasukan ke alam Universiti dan Kolej. Tapi............ Macam nak cerita, macam tak nak cerita. Aku pun tak tahu lah. Bak kata orang-orang tua, pengalaman mengajar kita daripada melakukan kan nye berulang dan berulang dan berulang kembali. Betul ke? Macam tak betul je sebab aku tak rasa kan pun perasaan tak nak melakukan lagi tu!

Tapi bila dah masuk alam Universiti dan Kolej ni, baru lah aku terasa semua tu. Macam nak menangis kalau di fikir kan balik. Menyesal pun tak ada guna juga kan so nak tak nak terpaksa lah aku redha dengan apa yang aku dapat.


Ehh! Ehh! Macam dah lari tajuk lah kan? Sorryyyyyy!!


Sepanjang cuti semester selama sebulan ni aku tak banyak buat kerja amal pun macam yang korang buat *ada ke korang buat??*. Aku kerja je sepanjang bulan ni. Siang pergi kerja sampai malam, then balik terus sambung membuta seperti biasa lah kan. Kalau tak membuta, aku online muka buku aku yang super canggih tu, tak pun aku ber-skype dengan cinta mati aku. Tu je lah kerja aku sepanjang cuti semester ni. Tapi semua tu kena tunggu panggilan telefon ataupun terima SMS baru lah aku buat tu semua. Kalau tak aku terus tidur! Hobi baru sejak balik JB.

Sepanjang sebulan ni juga, aku dah fikir panjang, dah masak-masak dah fikiran aku tu, siap campur garam, gula dan paling penting ajinomoto untuk penyedap rasa bahawa aku akan belajar lebih keras lagi untuk semester akan datang. Kenapa? Hanya aku dan orang-orang tertentu saja yang tahu kenapa dan korang tak payah lah tanya ok. Biar lah rahsia........ Aku tak nak fikir banyak-banyak sangat, nanti pak cik, mak cik, sedara-mara migrain aku datang melawat, makin parah pula jadi nya.


Lalalalalalalaaaaa...... Membebel dan membebel dan membebel lagi. Itu sudah menjadi perkara biasa untuk semua Ibu-Ibu dan perempuan-perempuan yang ada di dunia ini kan?


Tak tahu kenapa perempuan tak lari daripada cinta matinya iaitu MEMBEBEL. Boleh dikatakan setiap hari, setiap masa, setiap jam, setiap minit, setiap saat, aku mesti kena membebel. Banyak sebab aku kena membebel. Sebagai contoh, tak kemas rumah, tak kemas bilik tidur, balik kerja tak basuh muka selepas make up dan macam-macam lagi lah *memang patut pun kena sebab aku kan perempuan*. Tapi telinga aku dah tak tahan lagi nak menampung bebelannya. Dah berdarah, bernanah, berkerak lagi berkuping dah. Korang nak rasa? Jemput lah bermalam dekat rumah aku. Aku jamin korang tak kan tahan walaupun semalam!

Waktu bekerja pula memenatkan badan dan minda aku. Kepala lutut pecah hari-hari berdiri dekat kedai. Skru-skru yang ada semuanya sudah longgar bagaikan skru mainan. Hancur berkecai badan hari-hari kena FULL DAY dekat kedai. Guess sales bulan ni so memang sangat memenatkan lah. Maybe salah masa aku sebab aku cuti semester bulan ni. Malang. Tapi tak apa, kerja dekat situ seronok. Kami dah macam family bak kata Abang Muzz, our Manager. Aku rasa tak kan ada kerja dekat tempat lain sebahagia kerja dekat sini. Superbbbbbb babe!!


Sorry lah, aku tak pandai bercerita tapi aku pandai reka cerita orang. Tettttt!! Bukan. Maksud aku, aku suka tengok dan baca cerita orang :)


Tu saja nak share untuk semester break ni. Take care.

Salam.