Kenapa mesti kau gugur wahai cik rambut yang lurus lagi degil lagi tak lawa?? Penat tau aku jaga kau setiap hari. Aku belai kau, aku cuci kau bagi wangi dan bersih, aku sikat kau, aku ......... Apa lagi??? Macam-macam lah aku buat! Tapi kenapa kau masih lagi nak jatuh ke bumi wahai cik rambut?? Tempat kau cuma berada di atas kepala ku sahaja oke! Jangan nak gatal-gatal turun ke bumi. Heshhh.
Ni yang nak marah ni ~
Macam-macam dah aku buat supaya keguguran rambut aku berkurangan. Tukar shampoo?? Sudah! Pakai shampoo yang 'anti hair fall' pun sudah. Pakai perapi rambut?? Cek! Pun sudah lah gila! Semua nya aku dah guna dah tapi still sama oke keputusan nya. Tiada yang berubah sikit pun. Grrrr ~ Setiap hari kot aku cuci rambut. Huh.
.....................................................................
'Adik gila ke apa hari-hari nak cuci rambut?
Botak and putih nanti baru tahu.'
'Mummy, rambut adik tak boleh tak cuci lah,
nanti lagi rosak oke. Berminyak then melekap je
dekat kepala. Buruk tauuu!!'
'Orang cuci rambut 3 or 4 kali seminggu.
Bukan macam adik everyday.'
'Ishh! Mummy ni tak paham lah!'
......................................................................
Mak aku pun tak paham apa yang aku alami. Dia kata sebab selalu shampoo? Betul ke? Entah lah, aku memang suka shampoo rambut hari-hari sebab dah jadi kebiasaan kot. Hermppp. Walaupun aku kata yang rambut aku gugur tahap gaban yang super kritikal ni (pada aku lah), tapi orang sekeliling aku semua cakap yang rambut aku oke je, tak de nampak gugur nya (Haaaaa,,, tu nak jaga hati aku ke apa tu???). Tapi memang dorang tak nampak kot sebab rambut aku ni gila tebal macam penyapu rumah aku ni haaa.
Tu je lah kelebihan rambut aku yang menutup segala keguguran rambut aku. So orang tak nampak sangat rambut aku dah botak or nipis or what kan. Aku nak rambut aku yang dulu!! Lebat gilaaa! Ikat pun, getah boleh putus sebab terlampau lebat. Huhu. Rambut ......... Mana kau?? Kenapa kau buat aku macam ni?? Kau tahu kan yang kau tu mahkota bagi setiap wanita?? Huhu.
Ada sesiapa yang tahu macam mana nak mengatasi masalah ini?? Sila hubungi saya di talian 010-1234567. Bantuan anda amat di hargai (dengan segera!!).
Terima kasih ;)
Hehe.