I think I'm going to die tomorrow. To all my friends, I love you so much. I want you to know that because I'm leaving tomorrow. So take care of yourself ok guys. After I get my result, I will drive my car as fast as possible and crash with other cars (part ni poyo).
Hadoi lah. Penat lah nak speaking LONDON. Malas dah. Haha. (actually tak berapa nak tahu eja perkataan english tapi cakap tu boleh lah :D) Cerita atas tu tipu belaka! Tak ada maknanya aku nak bunuh diri. Insane~ Haha. Tapi memang masa nak ambil result tu esok, confirm lah aku tak boleh nak terima kenyataan (terima sikit je kenyataan tu sebab salah sendiri). Lagi pula tadi mak aku siap cakap lagi macam ni,
Esok lepas ambil result terus call mummy ok. No excuse! Entah dapat 'A' ke tidak anak aku sorang ni. Haihh. Nak jadi apa lahhh. Dengan nada yang tak berapa nak menyenangkan telingaku untuk mendengar. Huhu.
Tapi tak apa lah mummy, adik dah buat semampu yang boleh. Mana tahu nanti masa dalam Universiti adik boleh cemerlang. Siapa tahu kan masa akan datang adik dapat kerjaya yang bagus? Maybe adik slow dalam pelajaran and maybe juga adik terer dalam hal lain yang boleh buat adik berjaya kan? Siapa tahu? Huh. Hidup jangan cepat mengalah. Life must be go on like usual. Hehe.
Tak ada lah aku jawab depan mak aku macam tu kan. Nak kena membebel apa jawab macam tu. Haha. Tu aku cakap dalam hati and pada diri aku sendiri lah. Hadoi. Tapi memang kesian tengok mak-mak yang mengharapkan anak-anak dia dapat keputusan yang cemerlang. Siapa yang tak nak kan? Huhu. Tapi nak buat macam mana kalau itu je yang termampu kita buat kan? Kena lah kita redha. Huhu.
Esok aku dah tahu dah apa mak aku akan cakap bila aku bagitahu keputusan aku dekat dia. Dia mesti cakap macam ni, confirm dia cakap punya! Macam ni bunyinya,
Hermp. Adik ni memang buat mummy frust lah. Dari UPSR then PMR now SPM. U never make me proud with you on your study. Hermp. Macam mana mummy nak cakap dekat kawan-kawan mummy kalau dia orang tanya apa adik dapat?? Dah lah semua kawan mummy, anak-anak dia sama batch dengan adik. Adik memang buat mummy malu.
Macam tu lah rasanya dia akan cakap sebab sebelum ni pun dia cakap macam tu kalau ada peperiksaan besar. Huhu. Macam mana ni?? Macam mana nak berdepan dengan kawan-kawan, orang-orang yang menanyakan result nanti??? Takut lahhhh!! Malu pun ada nanti! Huhu :(
Tapi tak apa lah Fatin, kau dah buat yang termampu. Apa nak buat lagi kan. Kita tak boleh nak paksa diri nanti makan diri. Huhu. Hopefully parents aku faham aku lah kan. Huhu. Sedih sangat bila result nak keluar dah! Kenapa mesti dia keluar!! BENCI!! BENCI!! BENCI!! Huwarghhhhh!!! T_T
Ok lah, terus tak ada mood dah bila fikir pasal ni. Kita tunggu saja keputusannya esok. Esok aku post lagi ok? Byeee. Take care :(
Good Luck kepada SPM candidates yang lain. Hopefully kau orang dapat keputusan yang cemerlang ok kawan? Uhuk! Uhuk! (sedih)
( confirm malam ni tidur tak lena sebab termimpi-mimpikan slip peperiksaan. Dah terbayang-bayang dah apa huruf yang ada dalam slip tu. Redha saja lah Fatin oiiiii! Huhu. T_T )
Daaaa~