Followers

Friday, January 7, 2011

Registration Days

Assalamualaikum.


Fuhhh! Hari-hari yang semua orang langsung tak nanti kan ialah hari pendaftaran kolej. Kenapa? Sebab penuh sesak dan sangat membosankan! Bangun pagi-pagi, beratur panjang, pergi ke sana ke mari. Mana-mana semua nya sibuk dengan pendaftaran masing-masing.


6 Januari 2011

Semalam aku pergi daftar kan diri untuk masuk ke semester 2. Bangga sekejap di situ sebab dah masuk semester 2 :D Masa hari ni tak ada lah penat sangat sebab tak busy mana pun. Just jalan ikut arrow yang di sedia kan, kemudian jalan je bawak kertas yang diberi. Masuk setiap satu per satu kelas dan ambil tandatangan lecturer yang bertugas. Aku daftar berdua dengan Miya Edora.

Tapi malang nya, sampai ke tempat pendaftaran yang terakhir, kitorang tak boleh daftar pula. Kenapa? Sebabnya kasut Miya bukan kasut yang bersesuaian untuk di pakai masa kuliah. Aku pula sebab tak ada tali untuk sangkut kan ID card aku. Macam apa je kan? Pasal tu pun sangkut pendaftaran kitorang.

Muka Miya dah bengkek, angin, marah gila dah sebab bengang tahap gaban. Dah lah kasut dia kena curi dekat kolej, mana nak cari, beli kasut pagi-pagi tu kan. Kalau ada kereta tak apa lah juga, boleh keluar kejap beli. Ni harammmm..... Terpaksa guna inisiatif lain, iaitu pinjam meminjam. Ngee! Dia terpaksa pinjam kasut kawan yang lain untuk meneruskan pendaftaran kami tu. Aku pula terus berlari *tak lari, tapi jalan kedek-kedek je macam itik* ke koperasi, beli tali yang di maksud kan tu.

Miya sekarang memang anti betul dengan lecturer yang buat pendaftaran dia tetangguh tu. Sangat kesian dengan Miya. Berbakul-bakul dia !@#$%^&*() lecturer tu, aku gelak sakan je. *simbol menunjuk kan bahasa yang sukar difahami* :) Lepas tu selesai lah pendafratan kitorang semalam. Habis je daftar, kitorang lepak kejap dekat cafe, makan-makan, gelak-gelak sakan, perhati kan orang sekeliling semuanya lah kemudian baru balik ke bilik masing-masing :)


7 Januari 2011

Hari ni kononnya masing-masing berjanji nak bangun pagi. Pukul 8 pagi nak pergi daftar. Tapi malang nya semua janji kami tak di tepati oleh diri masing-masing sebab malam semalam nya tidur lambat. So kira nya pagi tadi terlajak juga lah kan. Kelam kabut semua. Cepat juga kami siap, pukul 8.30 dah turun. Makan-makan dekat cafe, terus pergi jumpa mentor masing-masing untuk mendapatkan tandatangan yang sepatutnya.

Lepas jumpa mentor, tulis semua subject yang berkaitan, kami terus menuju ke makmal ITE dan daftar untuk masuk ke kelas mana pula. Kami semua berpakat nak masuk ke kelas DBS 2C. Alhamdulillah, semuanya dapat masuk kelas yang sama. Syukur sebab kami daftar awal :) Masa nak daftar tu, berebut juga kitorang beratur. Sampai bergadoh sakan ni sebab potong memotong. Itu lah, orang cakap mana yang lembap dan tidak berhemah tu sila lah ke kiri, tapi degil. Kan dah kena potong :D

Lepas daftar kelas, kami patah balik pergi jumpa mentor. Fuhh! Turun naik tangga memang tak larat. Nasib baik Melaka sekarang sejuk je, hujan memanjang, so tak ada lah berpeluh sebab ke sana ke mari :) Lepas bagi surat-surat yang berkaitan dekat mentor, kami turun balik pergi dekat pejabat bawah pula bagi surat yang lain. Banyak betul surat-surat dia. Kalah abang posman yang selalu hantar surat tu.

Selesai semuanya, kami kembali pulang ke rumah masing-masing dan terus di buai mimpi semula :)



UNTUK TONTONAN SEMUA ...




Helloooo KPM Ayer Molek!!

Yang tengah-tengah tu blok kediaman saya.
Lawa kan asrama kami??? :D


Salam.