Kenapa ada gambar atas ni??
Haaa.... Hari ini aku keluar pergi tengok movie dengan Fanna. Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Cerita hantu yang berunsurkan komedi. Sangat kelakar ok sampai pecah perut, jatuh begolek-golek dekat tangga wayang Jusco tu aku dengan Fanna gelak :D
Kalau dulu cerita hantu je mesti nak seram, terkejut sana sini semua kan? Tapi sekarang ramai yang buat cerita hantu komedi. So tak ada lah takut sangat kalau nak tidur malam ke drive sorang-sorang balik malam ke apa kan. Memang best cerita ni. Siapa tak tengok rugi!! :) Kepala tenang je layan cerita komedi bodoh ni, jiwa pun rasa lapang sebab ketawa tak berhenti-henti.
Tapi lagi best tengok aku jatuh macam nangka busuk dekat dalam panggung wayang tu. Hadoi lah. Sumpah malu gila!! Nasib baik lah aku dengan Fanna, boleh di kata kan orang terawal masuk so tak ramai sangat yang nampak. Tapi for sure lah kan kakak dua orang yang jalan depan kitorang tu nampak terang-terang punya, sebab aku jatuh memang dekat gila dengan diorang. Haihh. Sungguh memalukan. Kalau aku tahu lah nak jatuh macam tu, aku cover buat-buat tengok sit number :P Tapi tak boleh sebab kalau dah keluar dengan Fanna, boleh lak aku cover semua kan. So kami dok gelak sakan je lah lepas aku jatuh tu :D
The best part is, aku pesan dekat Fanna suruh berhati-hati sebab ada tangga, kebetulan wayang tu gelap. Tapi malangnya aku lak yang tak dengar nasihat sendiri, terus jatuh melutut macam nangka busuk. Sampai lah cerita tu start kitorang tak berhenti-henti gelak sebab aku jatuh. PENGALAMAN MEMALUKAN NI TAK AKAN AKU LUPA KAN!! *_*
Aktiviti bulan ni memang nak tengok movie sahaja habis kan duit dengan Fanna. Banyak cerita baru-baru dan best-best nak keluar bulan December ni. Tak sabar nak tengok yang lain-lain. Hopefully dapat cuti time tiket wayang murah lah kan sebab tiket wayang jusco mahal! :D So lepas ni wayang CS (city square) akan jadi mangsa kami pula. Lama tak tengok wayang sama-sama sejak dah habis sekolah ni. Ngeee!! ♥