Followers

Tuesday, January 11, 2011

Explorace

Assalamualaikum.


Hari ni aku nak cerita pasal aku masuk explorace semalam. Sumpah bosan! Tak tahu kenapa bosan. Maybe sebab mood aku tak berapa nak ada sangat kot. Dengan memikirkan pasal si dia lagi. Ishhh! Tapi aku cuba juga lah kan semalam supaya bergerak dengan pantas sebab nak habis kan explorace tu dengan cepat.

Before kami start explorace tu, kami lepak dekat cafe dulu. Sebab kami turun awal. Gila semangat kan? Si Miaa Vivera tu lah sibuk sangat suruh turun awal. Geram je. Dah lah tengah syok main game dengan Miya Edora time tu, boleh lak dia membebel suruh turun cepat. Terus kelam kabut kami di buatnya dalam bilik.

Sementara tunggu geng-geng lain sampai, kami lepak lah kejap. Tengah-tengah lepak, ada pula mamat ni bagi makanan dekat Iqa. Wahhh! Best! Dapat burger banjir tau. Jangan main-main. Ngee! Di sebabkan semua tengah kebulur tahap dewa dewi, semua dok pelahap burger tu beramai-ramai. Kesian tau burger tu :)

Gambar sebelum di makan.

Semasa nak makan. Poyo kan? Haha.

Yang ni selepas di makan :D


Tepat pukul 5.10 kami berkumpul dekat area cafe kolej kami. Bukan main beriya-iya lagi budak-budak yang turun lambat ni. Haihh. Dah lah tunggu macam apa, sekali turun muka selamba je kan. Tak apa, kami yang dah turun ni masih bersabar lagi sebab kawan-kawan kan. So.... Chill....

Checkpoint pertama kami kena main soduku. Ehh! Yang tahu main ni si Rashidi tu tapi dia lak dah tak ada dekat kolej tu, so tak boleh lah nak minta tolong dia jawabkan :) Terkulai layu juga kami masa jawab soduku tu. Last-last give up pergi bagi dekat ahli lain. Jahat kan?? :D Sementara mereka tengah syok jawab soduku tu, kami main ngelat. Kami jawab soalan checkpoint ke2 pula. Soalan tak nak macam mengarut pula kan. Sumpah bang**g!

Group Cer Citer, name group kami, kami group yang ke2 bergerak lepas checkpoint pertama. Hebat tak hebat lah kan! Checkpoint ke2 kami kena cari macam-macam ayat sambung, benda dan macam-macam lagi. Pusing satu cafe sampai ke surau kami mencari. Kira anak tangga dalam surau perempuan lah. Macam-macam lah! Penat! Nasib baik Melaka sekarang sejuk, so tak ada lah kami berpeluh macam mandi air terjun kan.

Lepas checkpoint ke2, kami meneruskan ke checkpoint ke3. Dekat sini kami kena pasang puzzle yang tak berupa puzzle sangat lah kan. Pening kot time ni nak cari mana pasangan dia. Perghhh! Dah banyak tangan dah yang masuk campur selesaikan puzzle tu tapi aku dok tepi je tengok :) Tengok dan tengok dan tengok, akhirnya selesai juga puzzle kami tu. Fuhh! Hasilnya jadi gambar bunga. Aku dah cakap ambil sampul warna kuning, tapi mereka nak sangat warna hijau. Nahh! Ambil kau dapat flora fauna terus! :)

Checkpoint ke4 pula kami kena cari 5 atok tua dekat padang kolej kami. Time tu semua dok memikir apa maksud atok tua tu. Ada yang siap kumpul penutup botol lagi. Kelakar gila. Last-last dapat juga paham apa atok tua yang di maksud kan tu. Korang tahu apa?? Gula-gula hacks hitam legam tu lah. Haha. Nasib menyebelahi kami, tak sampai seminit lepas tu kami jumpa 7 atok tua. Padahal dia nak 5 je. Hebat kan?? :D

Haaa... Masa checkpoint ke5, checkpoint yang terakhir ni lah aku gelak gila-gila. Time ni mood dah ada balik dah sebab penat kan. Boleh begitu? *tipu je ni* Time ni kami kena joget yang tepi depan belakang tu. Gelek sakan kami dekat blok akademik tu. Sungguh memalukan! Lepas joget, kami disuruh seorang menjadi mumia dan bungkus dia dengan menggunakan satu roll tisu. Tapi tak jadi mumia betul Jadi mumia yang tak berapa nak mumia lah kan.

Lepas tu terus kami patah balik ke tempat mula-mula kami start tu sambil berjalan dengan mumia tak jadi kami tu. Hampir terkoyak juga tapi tak koyak! Yayyy! Berjaya! :D




Atas ni semua masa kami menyiap kan mumia kami.
Si Tasha ni lah yang jadi mumia sebab dia paling kecik :)


Lepas habis semua checkpoint kami, kami tunggu semua kumpulan lain balik sebab nak tengok mumia mereka. Kelakar je semuanya! Haha. Sementara kami melepak dekat situ, kami sempat juga lah berposing sakan dengan rakan sebaya dan dan dannn.... Bergambar dengan abang SOC yang terhangat di pasaran semester 1 kali ni. Poyo je si Radzuan ni jadi SOC. Dah lah sembang tipu dengan budak-budak semester 1, cakap dia semester last. Pembohong! Haha.

Ni lah Radzuan, SOC paling poyo.
Dia kawan baik aku masa semester 1
sampai lah sekarang. KOT :)


Selesai je semua game ni, aku pun terus masuk bilik tidur. Penat tak hhhiiiinnngggaaattt lah kan! Maghrib semua aku langgar. Tak sadar langsung. Maaf! :D Bangun-bangun dan pukul 8, kelam kabut aku bangun mandi sebab nak pergi perjumpaan warden asrama. Turun-turun kena dengar budak-budak dekat cafe kena marah sebab lambat. Nasib baik aku tak kena. Fuhh! Selamat bhaii!

Tu je lah cerita nya. Sekian :D

Salam.