Followers

Tuesday, March 9, 2010

CRAZY OF THE DAY! WOOT! WOOT!

Begini ceritanya. Hari ini aku pergi belajar memandu lah kan macam biasa aktiviti aku kalau tak kerja. Mula-mula dia (ejen memandu) tu cakap pagi-pagi pergi. Tapi rupa-rupanya petang baru nak pergi. Hangin tak hangin lah kan aku dengan Siti Zubaidah (kawan karibku). Haihhh! Tapi tak apa lah kan, kita orang masih boleh menunggu dan bersabar lagi dengan dia (ejen memandu). Tepat pukul dua kalau tak silap aku, dia (ejen memandu) sampai, terpacak kancil depan rumah aku sambil membunyikan hon yang ala-ala pondan tu (maksudnya hon dia tak kuat lah ngok!). Kemudian kami pun meneruskan perjalanan menuju ke destinasi yang sepatutnya.



Sesudah sampai ke destinasi yang di nanti-nantikan oleh aku dan Siti Zubaidah, kita orang pun mulalah jalankan tugas masing-masing iaitu memandu di litar yang sepatutnya. Konon macam dah pro, nak bagi dekat dia orang (orang yang sama belajar dengan kami) bawak kereta dulu sebab aku mengantuk (katanya!). Haha. Tapi dia orang pun tak nak mulakan dulu. Si Atikah (pelajar lain) cakap macam ni



Ekh! Tak apa lah, kau orang lah bawak dulu. Kau orang kan dah pandai bawak kereta. Kita orang belum cekap lagi.


Hampir macam itu lah ayat dia, tapi aku ubat sikit lah kan, bagi power. Haha. Hampehhh! :D



Then, habis je kita orang bawak, kita orang pun bagi lah dekat dia orang yang lain untuk bawak. Aku dengan Siti pun pergi menuju ke kantin. Setelah beberapa jam duduk dekat situ, aku dengan tiba-tiba berkata


Siti, jum pergi belajar lagi. Cuba call **** (ejen memandu) cakap kita nak bawak lagi.


Dia pun bagi handphone canggihnya (canggih ke?? Haha), and aku pun call mamat tu. Mamat tu cakap nanti dia orang turun tapi aku dengan tak sabar ajak Siti pergi duduk dekat pondok atas tu. Masa tu hujan renyai, tapi kami tetap jalan ke pondok tu. Tak menyesal lah weyh pergi duduk dekat pondok tu walaupun kita orang tak dapat bawak buat kali ke 2. Haha. Kenapa aku cakap tak menyesal?? Kau orang nak tahu ke? Sibuk lah kau orang ni. Haihh. Ok lah aku bagitahu ok.


Macam ni, aku pun tak tahu mana satu mula dulu buat kita orang tergelak besar macam perempuan kurang sopan. Haha. Sedang kita orang tengah mencuci mata dekat pondok tu, ada seorang mamat ni bawak kereta naik bukit. Patutnya tayar kereta depan kena masuk dalam petak kuning yang di sediakan dalam petak kuning. Ataupun side mirror kereta kena selari dengan tiang yang pertama tu. Tapi aku tak tahu lah apa yang di fikirkan mamat tu sampai dia boleh terbabas separuh badan kereta dekat atas bukit tu (aku pun tak tahu macam mana nak cakap, kau orang kena ada baru kau orang paham. Tapi aku cerita ni kau orang buat-buat paham sudah lah ye? ^^). Then Siti dengan tanpa rasa segan silu dia berdekak sekuat hati dan sehabis-habisnya dekat mamat tu (tak ada lah sekuat hati, tapi kuat juga lah kan Siti? Haha). Selamba betul minah tu gelakkan orang. Aku dah tak tahu nak buat apa, aku pun join lah gelak sekali. Mula-mula nak cover tapi Siti buat aku tak tahan nak gelak. Haha. Kalau ada Farhanah (kawan karibku juga) mesti lagi kuat dan bertambah seronok kami gelakkan mamat tu. Haha. Muka mamat tu memang bengang habislah kan. Dia tengok je kita orang gelakkan Kita orang memang dah tak boleh nak cover dah masa tu. Sorry lah bro sebab buat kau malu. Haha.


Lepas tu ada lagi kejadian yang menimpa kami untuk kami gelak terbahak-bahak macam orang gila. Haihh. Penat gelak satu hari suntuk macam perempuan sundal. Haha. Ooopppsss! Bukan sundal tapi kurang sopan :) Kejadian seterusnya tak silap aku pasal mamat lain pula. Senang cakap hari ni semuanya cerita pasal LELAKI. Sungguh memalukan ya kaum adam ^^ Mamat yang ni pula maybe dia tak pandai bawak motor lah aku rasa. Baru belajar kot sebab tu macam huru-hara sikit. Haha. Kalau kau orang ada dekat sana mesti kau orang gelak sampai berguling-guling atas jalan raya tu (tipu ni :D). Nak tahu apa terjadi?? Haha. Aku pun sebenarnya tak tahu macam mana perkara ni boleh berlaku sebab aku tak ada dekat-dekat dengan mereka. Yang pasti masa kita orang tengah gelak kan mamat yang sebelum ni, kita orang terdengar ada kecoh-kecoh dekat belah sana (belah mana?? Sanalah! Mana lagi). Dia orang sibuk dengan perkataan Ehhh!!! Ehhhh!! Ehhhh!! Ehhhh!! Breeekkkk!! Aku dengan Siti sepantas kilat memusingkan kepala kita orang 360 darjah. Kepoh juga nak tahu apa berlaku. Masa kita orang toleh je, kita orang nampak mamat ni dengan motor belajar dia terbabas turun bukit lalu melanggar sebuah kancil yang ada di litar tengah buat 3 pointer. Haihh. Kesian budak tu. Gedebushhhh!! Dia jatuh macam nangka busuk. Nasib baik tak ada kecederaan yang serius. Aku pun pelik macam mana dia boleh turun bukit tu pada hal jalan raya mengadap ke sana. Pelik sungguh! Bak kata Siti, aku rasa dia dah tak sabar nak masuk trek motor dekat bawah tu, tu yang dia nampak macam ada jalan dekat bukit pokok tu. Haha. Sial lah kau Siti. Aku tak terpikir pun tau! Haha. Tapi memang kelakar lah. Dengar pada cerita pakcik-pakcik yang ada tu, mereka cakap budak tu start motor tu then ter-press minyak kot. Terus motor tu meraung then bawak dia jalan-jalan turun bukit (aku tambah ayat). Haha. Power tak power lah kan mamat tu. Masa turun bukit tu tak jatuh langsung pun tau. Stable je motor dia. Haha. Hadoi lah.


Tak kelakar pun cerita kau yang ni?? Macam mana nak gelak ni?? Huhu.


Tak kelakar?? Ada aku pedulik?? Dah cerita pun dah cukup baik lah! Kau kena ada dekat sana baru tahu kelakar tak kelakar. Pecah perut kau ketawa nanti tahu!! HUH!


Apa lagi cerita erk?? Aku tak ingat sangat lah sebab dah lupa ingatan gara-gara tahan ngantok tadi. Hehe.


Ouhhhh!! Baru ingat. Ni pasal minachi pula. Tapi cerita dia pendek je and aku rasa pun tak berapa nak kelakar. Tapi pada aku dengan Siti tetap kelakar. Haha. Dia naik bukit juga then boleh relax je turun laju-lajukan. Macam dah pro je aku tengok. Haihh. Then ada lagi sekali tu pun dia terbabas juga atas bukit tu. Haha. Tu lah, kerek lagi turun laju-laju. Kan dah terbabas. Amek kawww!!! :D Tu je cerita dia. Haha. Memang tak kelakar tapi aku nak share juga :)


Then pasal seorang mamat dan mamat lagi. Ni mamat lain pula. Haha. Biasa lah kan kalau dah nama nya perempuan tu perempuan juga lah kan. Cuci mata tak habis-habis tak kira tempat dan masa :) Jumpa mamat ni dekat kantin. Tengok macam handsome tapi pada aku tak pun. Siti cakap dia handsome. Ok lah layan kan je. Then Siti kata dia juling. Biadap sungguh minah tu. Haha. Dia pakai baju kotak-kotak. Kebetulan ada dua orang pakai baju kotak-kotak yang warnanya hampir seakan-akan serupa. Haha. Kita orang confident je yang mamat bawak kereta tu lah mamat yang juling kita orang nampak tu. Rupanya salah orang daaaaa. Bukan dia. Padanlah aku cakap kenapa lah handsome pula dia time ni. Tadi tak handsome. Haha. Tapi mamat yang kita orang salah ni kaya. Haha. Woot wooot!! Money money! Haihh. Aku bukan mata duitan. Sikit tu adalah. Haha. Mana tahu dia kaya?? Biasalah kan, pakcik-pakcik sana semuanya kepoh-kepoh belaka. Haha. Dia orang cerita kuat-kuat, aku dengar je lah :D


Then pasal apeh erk?? Entahlah, aku pun dah lupa da. Cukuplah setakat tu je kau orang tahu ok? Haha. Byeee!! ~_^


(Kalau tak gelak baca cerita aku, lantak kau lahhhh!! Ada aku kesah?? Haha. Chill)


Counting days :(

RESULT SPM ON 11 MARCH 2010

TODAY IS 9 MARCH 2010

2 DAYS LEFT

OMG!!!!!

HELP ME!!!

:(

Geram plus sakit hati betul!

Dah lah kelam kabut tadi pagi sebab bangun lambut. Ingatkan aku lah yang paling lambat, rupa-rupanya dia (ejen memandu) lagi lagi lagi lah lambat! Penat je aku bangun, terus siap cepat-cepat tahu tak!! Kau ni memang betul lah menyusahkan. Grrr!! Macam #$^&&#$@!!! Jangan ingat orang suka cara kau lah weyh! Ikut suka hati kau je nak tukar-tukar masa. Dah tu nak menyempit dengan orang ramai-ramai dalam kereta kancil kau yang kecik tu??? Menyampah siak aku!!! -.-'


Tak sabar siak aku! Aku harap cepat lah aku habis kan pembelajaran memandu aku ni. Tak payah lah aku nak jumpa kau lagi lepas ni. HUH!! -.- Kata pukul 8.30 pagi, tungu punya tunggu sekali pukul 2 baru nak ambil kita orang lah??? WTF??!!! Kalau pukul 2 pun kau lambat juga, memang nak kena maki lah dengan kita orang. !@#$%^&*() fahammmm!!!


Sudah lah, nanti dah lepas belajar aku post lagi. Ni nak lepaskan geram yang tak terlepas je. Grrr! SAKIT BETUL HATI NI BILA DI FIKIRKAN BALIK! !@#$%!!


!@#!@$%$^%&%^*$@#$@#%$#$^%&^*&(*()**%%@#!@#!@@#@#$#%$%^%&%^&^&^&(^#!@!#@$#^&^&*!!!!!!!!!!!!!!!!!


( membebel dalam bahasa yang tidak diketahui kerana ayat tu semuanya haram, lucah, sencert! :| )


-.-


Byeee!!