Pada 21 Ogos 2010, aku dengan 7 sahabat (termasuk aku) keluar dari asrama KPMAM kami tepat jam 4 petang. Heee. Destination yang ingin di tuju ialah Dataran Pahlawan (DPT). Before keluar tu actually budak-budak ni tanya, kalau keluar petang nak balik bila? Aku jawab "balik malam lah, lepas buka". Yang si cappy ni pula sibuk cakap, kalau macam tu baik overnight dekat luar. Aku ni lak, tak paham yang overnight makna nya tak tidur, just jalan-jalan je dari malam sampai lah ke hari esok nya. Ok lah kan, selamba jawab "ok lah, overnight. hembus je lah kan".
Then kita orang pun keluar lah macam biasa, tapi seperate lah kan. Mana muat 1 kereta 7 orang. Aku, cappy, edora dengan radzuan naik 1 kereta, yang lain-lain, acap, ari dengan pian naik kereta lain kot. Maklum lah, tumpang menumpang ni kan amalan mulia. Stay KPMAM ni susah kot nak cari transport. Nak keluar pi bandar lagi lah harammmmm!!! Bapak jauh ok! Heshh. Sampai je dekat jalan pemisah antara DP dengan MP (Mahkota Parade), kita orang singgah MP dulu. Saja gatal nak tukar destination. Member yang lain lak pergi lah DP. Dorang punya hangin, perghhhh! Tak tahu lah nak cakap apa kan. Pada hal bukan besar sangat pun masalah tu, tapi masing-masing buat muka, hehhhh. Tak tahu lah nak describe kan macam mana lagi kan. Last-last aku cakap dengan dak-dak yang stay dengan aku ni, jom pergi DP, abis cerita. Bila dah sampai DP, dah jumpa semua, baru lah nak senyum-senyum kan. Kalau tak muka masam je, macam DP dengan MP tu jauh berbatu-batu. Geram je tengokkk!
Jalan punya jalan, tengok jam dah pukul 6.40 petang. Terus cari port nak berbuka. Mula-mula ingat nak buka KFC, tapi penuh lak tempat tu. Dah lah aku nak tersungkur dekat depat pintu KFC tu. Tak tahu lah kan ada yang nampak tak. Kalau ada nasib lah. Tapi memang malu gila. Lapar punya pasal kan, tahan je lah muka yang tebal tu. Heee. Last sekali, tempat makan paling senang lagi jimat, food court MP tu haa. Murah pun murah kan ;) Tapi yang paling aku tak tahan tu, orang yang tak puasa (ada lah yang memonteng tu) pula yang bersungguh pergi beli makanan. Pelik betul aku masa tu. Aku lak yang kena jaga meja dengan beg dorang. Memang terbaik lahh aku cakap. Hadoi.
Lepas je buka puasa, lepak dekat depan Starbucks. Sambil lepak sambil fikir mana pula destinasi seterusnya. Macam-macam cadangan aku dengar malam tu, tapi semua tak jadi. Yang jadi nak g Jonker Walk je. So kita orang pun terus lah jalan nak pergi Jonker Walk, tapi salah jalan ni. Ok muka semua confident je kan jalan ke arah yang salah. Dah jauh juga lah kan kita orang jalan arah yang salah tu, last-last cappy ambil keputusan bijak, tanya pak cik jaga bangunan tepi jalan tu. Haha. Time tu memang semua penat kot, tapi nak pergi Jonker Walk punya pasal, kami terus kan juga perjalanan tu. Patah balik dekat DP tu then berhenti kejap. Dorang nak pergi toilet lah apa lah. So stay kejap tepi mcD tu. Dah siap, abis semua kita orang jalan lagi sampai separuh jalan kot, aku dengan edora memang dah malas gila nak jalan, last-last aku dengan edora tahan pak cik bawa beca tu. Tanya berapa, dia bagi RM10. Ok lah tu kan? Kita orang pun naik lah. Heee. Tapi memang kesian lah dekat pak cik tu. Kita orang ni berat kot! Masa nak naik bukit tu, pak cik tu turun beca then tolak beca tu. Tak larat dia nak kayuh. Aku dengan edora macam nak turun je tolong tolak sekali. Tapi malas. Haha :D Yang lelaki semua jalan kaki. Dorang kan "tough". Hehe ^_^
Sampai je Jonker Walk tu, kita orang jalan lah sepanjang-panjang tu kan. Ramai gila orang, memang tak boleh nak cerita lah kan. Sesak gila, biasa lah pergi pun malam ahad, memang lah ramai kan. Dari hujung kanan sampai lah ke hujung kiri kita orang jalan. Then berhenti rejat kejap dekat tengah-tengah jalan tu. Then tiba-tiba acap cakap dia nak cari makanan ubi yang panjang lagi berperisa tu. Kita orang pun cari lah kan, cari punya cari tak jumpa-jumpa. Then siapa entah yang nampak kedai ubi tu tersorok di antara celah-celah kedai tu. Sedap memang sedap tapi kurang rencah lah. Acap beli perisa cheese, aku beli BBQ. Engat kan nak save-save sepanjang jalan nak bagi member yang dah ke depan tu rasa, tapi tak sempat nak sampai depan dah habis. Sampai je tempat dorang, dorang buat muka sebab ubi tak ada. Haha. Tu lahhh, siapa suruh gerak asing-asing kan, kan dah tak dapat rasa. Hehe.
Lepas tu, di pendek kan cerita, kita orang memang tak ada tempat nak tidur dan tak ada hala tujuan mana yang kita orang nak pergi malam tu. Last-last pergi jalan-jalan, lepak, ambil gambar. Macam apa dah, heee. Kalau korang nak tahu, actually melaka tak boleh melepak tau dekat mana-mana. Nanti mesti kena halau macam kita orang ni haaa. Mana pergi, semua mesti kena halau. Kesian tak kesian lah kan asik berpindah randah. Macam orang nomad dah :) Sampai lah keesokkan hari nya kita orang tak tidur. Tapi memang seronok tak terkata lah babe. Lagi-lagi dapat seharian dengan budak tu kan. Perghhhh!! Rasa macam dunia tu aku yang punya lahhh! Haha. Dup dap dup dap je jantung aku masa tu. Best dapat tengok muka dia setiap masa. SUKA GILA!! ^_^
(gambar-gambar yang atas tu lah gambar sepanjang kita orang keluar. Tak semua gambar aku masuk kan)
Thanks korang sebab jalan-jalan macam n. Had fun sangat-sangat ;)
TAMAT ...... :)