Followers

Wednesday, June 23, 2010

Tag

THANKS HUDA :D


1) Apa yang anda akan buat bila anda dapat tahu member anda tikam belakang anda?
  • buat buduh then maaf kan dia kot (padahal dalam hati kutuk maki hamun dia. HAHA)

2) 6 orang dihati anda?
  • Abah
  • Mummy
  • Akak
  • Abang
  • Amani mucuk macen
  • Someone that i love maybe ;)

3)Anda rasa anda comel?
  • errr .... tak kot tapi orang cakap saya comel. betul kew?? HAHA (perasannn!!)

4) Single ?
  • Yesss!! I'm single and available. Nak borang? Bolehh, pegi kat hospital sakit jiwa oke :D

5)Blog yang anda suka?
  • semua blog yang saya follow.

6)Adakah bilik anda kemas setiap hari??
  • ouhh tidakk! bilik saya berselerak bagai oke (jujur ni)

7)Lagu terakhir yang anda dengar?
  • dear life - anthony hamilton

8)Last teks mesej?
  • kawan terhebat, sharifah faezah (jiran jur tapi nak msg bagai. hehe)

9)Last phone call?
  • call aida aidid yang gedik. hehe

10) Hari terakhir anda menangis?
  • semalam (nangis gedik)

11) List 5 kaler favorite anda?
  • hitam
  • merah
  • biru
  • merah jambu
  • kuning keemasan

12) Orang terakhir anda ber-Ym?
  • siapa erk? boy kot, tak pun wawa. tak ingat lah.

13)Game paling anda suka?
  • lumba kereta. seronok! champion kot. haha

14) Adakah anda peminat MCR?
  • takkk!! tapi MCR yang minat saya :D

15)Apa perasaan anda menjawab Tag ini?
  • biasa saje :)

16)Anda rasa Tag ini best?
  • boleh lah -.-

17) Tag lagi kepada 10 orang
  • sape-sape je lah yang terbaca, korang buat lah tag oke ;)

Tuesday, June 22, 2010


*sigh. Sekarang mood aku tak menentu. Kenapa? Korang tanya aku kenapa? Well ...... Disebabkan aku pun tak tahu jawapannya so aku akan cakap dekat korang yang AKU PUN TAK TAHU APA SEBABNYA.


Setiap hari rutin harian aku macam biasa aku bangun tidur lambat (tak senonoh kan anak dara sorang ni??). Ishhh! Tak de lah lambat sangat kan tapi di ketegori kan lambat juga lah. Lepas bangun tidur, aku tak terus mandi, sebaliknya aku akan turun ke bawah lepas tu on kotak hitam yang berukuran 42 inch dekat hall rumah aku (television lah sengal). Lepas tengok TV, mula lah perut meragam kelaparan. Berjoget-joget makanan depan mata aku yang menghalang aku untuk menonton kotak hitam lagi bergaya itu. Hermpp. Kadang-kadang sampai ke petang aku tak mandi di sebabkan kemalasan yang melanda diri ku ini.


Fatinnnn!!! (Yew, aphal??) Perangai kau macam ni, macam mana nanti kau dekat kolej?? (Entah lah erk, insyaAllah bila dekat kolej aku berubah kot.) Kalau lah boleh kan, ishhh. Buruk perangai kau tahu, anak dara. (Suka hati aku lahhh!!! Jangan sebok boleh?? Aku tak susah kan kau pun kan??) Oke, fineee!! lantakkk..... (Good!)


Ini boleh di ketegori kan dalam perkataan DEPRESS kan? Or maybe STRESS?? Or ..... What ever lah. Tak tahu dah. Hermppp. Punca nya masih tidak di ketahui lagi kenapa, kerana pakar bedah forensik aku cakap dia tak dapat kenal pasti penyakit aku ni. Malang sungguhhh! Sambungan kisah di atas, aku bila sorang-sorang, kadang-kadang macam rasa nak menangis. SObs sobs sobs. Kadang-kadang tu meleleh juga lah air mata kaca aku ni kan but still, aku tak tahu kenapa. Bila menangis dengan sendiri nya, jantung aku mula lah laju, perasaan mula lah gunda gulana semuanya. Seperti serba serbi tidak kena. Kenapa kah??


Perasaan macam tu memang buat aku tak selesa oke. Sometimes sampai aku rasa, paip dekat mata aku ni bocor ke sebab aku menangis tanpa sebab, kew sebab terlampau banyak air mata, tu yang dia nak melimpah keluar tu. Or maybe sebab aku dah lama tak menangis so dia nak aku rasa tu balik, then dia pun keluar lah. Begitu kah?? Pelik kan tapi benar oke! And now aku pun selalu dapat mimpi yang pelik-pelik, mimpi yang aku tak jangka terjadi or dapat, mimpi yang tidak di kenali orang nya, mimpi yang ...... Macam-macam lagi lah mimipi.


Ada ketika mimpi tu buat aku tersenyum. Ada ketika mimpi tu memang menggembirakan aku tapi buat aku menangis sebab terlalu gembira kot. Ada ketika mimpi tu buat aku takut dan tidak henti-henti memikirkan nya. Ada ketika mimpi tu macam tak masuk akal sebab orang yang jauh ada dan aku tak kenal ada dalam mimpi aku. Ada ketika mimpi tu aku macam nak hapus kan saja. Ada ketika ............ Dia muncul tanpa kata-kata :(


Orang cakap kalau kita mimpi kan orang, kita rindu dia. Betul ke? Tapi yang aku pelik, aku tak teringat langsung pada orang yang ada dalam mimpi-mimpi aku, lagi kan nak terpikir pasal dorang. Tiba-tiba dapat mimpi. Mungkin kah mereka yang mengingati aku? Heshhh ..... (perasan gila!!)


*geli dengan ayat entry sendiri sebab macam jiwang. HAHA.


Mood memang totally serabut and tak dapat di selamat kan melainkan ada Prince Charming yang datang. Kehkehkehh *gedikkkk! :D


Dah lah, tak tahu dah nak merepek apa lagi. Sorry lah cause entry kali ni (dan sebelum-sebelumnya) tak berapa nak best and sorry sebab tak de title. Tak tahu nak letak tajuk apa sebab semuanya macam tak kena.


Korang buat lah conclusion sendiri oke pasal cerita atas ni. Ni semua draft je, kalau nak tulis betul-betul, 1000 muka surat pun belum tentu cukup. Hehe.


Bubbye and take care the readers.

Assalamualaikum w.h.t ;)

8 reasons why I'm single

1. Because every good looking guy is a jerk.

2. Because every nice guy isn't good looking.

3. Because every nice and good looking guy is taken.

4. Because every nice, good looking, single guy is broke.

5. Because every nice, good looking, single, rich guy is a cheater.

6. Because every nice, good looking, single, rich, non-cheater guy is a gay.

7. Because every nice, good looking, single, rich, non-cheater and straight guy doesn't have interest in us.

8. Because every nice, good looking, single, rich, non-cheater and straight guy that does have any interest in us ...... Has kids and divorced!!


LOL. Is it true?? *sigh

Monday, June 21, 2010

Stress! isk ~ isk

Apa yang buat aku stress sangat ni????

Ini! Ini lah punca nyaaa!!! Masalah keguguran rambut yang melampau lagi kritikal lagi nazak. Ishhhh!! (tak de lah kritikal sangat and tak de lah gugur over macam minah atas ni. Hehe)



Kenapa mesti kau gugur wahai cik rambut yang lurus lagi degil lagi tak lawa?? Penat tau aku jaga kau setiap hari. Aku belai kau, aku cuci kau bagi wangi dan bersih, aku sikat kau, aku ......... Apa lagi??? Macam-macam lah aku buat! Tapi kenapa kau masih lagi nak jatuh ke bumi wahai cik rambut?? Tempat kau cuma berada di atas kepala ku sahaja oke! Jangan nak gatal-gatal turun ke bumi. Heshhh.


Ni yang nak marah ni ~


Macam-macam dah aku buat supaya keguguran rambut aku berkurangan. Tukar shampoo?? Sudah! Pakai shampoo yang 'anti hair fall' pun sudah. Pakai perapi rambut?? Cek! Pun sudah lah gila! Semua nya aku dah guna dah tapi still sama oke keputusan nya. Tiada yang berubah sikit pun. Grrrr ~ Setiap hari kot aku cuci rambut. Huh.

.....................................................................

'Adik gila ke apa hari-hari nak cuci rambut?
Botak and putih nanti baru tahu.'

'Mummy, rambut adik tak boleh tak cuci lah,
nanti lagi rosak oke. Berminyak then melekap je
dekat kepala. Buruk tauuu!!'

'Orang cuci rambut 3 or 4 kali seminggu.
Bukan macam adik everyday.'

'Ishh! Mummy ni tak paham lah!'

......................................................................

Mak aku pun tak paham apa yang aku alami. Dia kata sebab selalu shampoo? Betul ke? Entah lah, aku memang suka shampoo rambut hari-hari sebab dah jadi kebiasaan kot. Hermppp. Walaupun aku kata yang rambut aku gugur tahap gaban yang super kritikal ni (pada aku lah), tapi orang sekeliling aku semua cakap yang rambut aku oke je, tak de nampak gugur nya (Haaaaa,,, tu nak jaga hati aku ke apa tu???). Tapi memang dorang tak nampak kot sebab rambut aku ni gila tebal macam penyapu rumah aku ni haaa.


Tu je lah kelebihan rambut aku yang menutup segala keguguran rambut aku. So orang tak nampak sangat rambut aku dah botak or nipis or what kan. Aku nak rambut aku yang dulu!! Lebat gilaaa! Ikat pun, getah boleh putus sebab terlampau lebat. Huhu. Rambut ......... Mana kau?? Kenapa kau buat aku macam ni?? Kau tahu kan yang kau tu mahkota bagi setiap wanita?? Huhu.

Aku nak rambut lebat and panjang macam ni balik!! Tolong lahhh!! Yun Nam Hair Care pun tak boleh nak ubat kan rambut aku, rasanya lahhhh..... (Tak de duit then nak cakap Yun Nam tak bagus lak. Piiirrrraaahhhhh!! :) )



Ada sesiapa yang tahu macam mana nak mengatasi masalah ini?? Sila hubungi saya di talian 010-1234567. Bantuan anda amat di hargai (dengan segera!!).


Terima kasih ;)


Hehe.

Dia .........

Dia seorang yang baik hati. Dia seorang yang happy go-lucky serta tidak banyak bersuara. Dia sayang akan anak-anak nya terutama anak bongsu nya (oke yang ni perasan).Dia segala-galanya bagi kami. Dia Sentiasa ada di sisi keluarga tak kira sesibuk mana pun kerjanya, Dia tetap akan duduk bersama keluarganya. Saya sayang kan Dia. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa sayangnya saya kepada Dia. Dia selalu menolong kawan-kawan, adik-beradiknya yang di dalam kesusahan. Walaupun Dia jarang mendapat kan balasan yang setimpal, tapi saya tahu Dia juga tidak pernah meminta balasan untuk kebaikan yang di lakukan olehnya. Dia sentiasa ikhlas menolong orang.


Saya tahu saya banyak menyusahkan Dia dan membuatnya berkecil hati mahupun marah. Walaupun saya berbuat begitu, tetapi Dia tetap, sentiasa, masih menyayangi saya dan tidak boleh berjauhan dari saya. Kerana katanya saya adalah 'handbag'nya. Kemana Dia pergi, walaupun sedekat 50 meter jauhnya dari rumah, Dia tetap akan membawa saya dan mengajak saya. Dia segala-galanya bagi saya. Hanya Dia sahaja yang paham, tahan dengan kerenah saya. Ke mana saya hendak pergi, Dia akan memenuhinya dengan tiada rasa penat lelah. Dia .......... Sentiasa Dia yang melayan kerenah anak-anaknya.


Siapakah Dia?? Dia ialah bapa kepada 3 orang anak dan suami kepada seorang Ibu yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.
Dia ialah ayah saya, ayah kesayangan saya! Saya sangat menyayanginya lebih daripada apa yang Dia tahu.



Zulkifli bin Mohd Noor


"Abah ... Adik nak mintak maaf if adik selalu buat abah marah, selalu buat abah sakit hati, selalu jadi annoying and spoil brad. Walaupun adik macam tu, tapi adik tetap sayang abah tak kira apa pun yang terjadi. Terima kasih abah, sebab tahan dan sanggup melayan kerenah adik ni. Mummy, akak, abang pun tak sanggup nak layan adik seperti abah. I love you so much, abah ♥"




A Dad is respected because he gives his children leadership.

A Dad is appreciated because he gives his children care.

A Dad is valued because he gives his children time.

A Dad is loved because he gives his children the one thing they treasure most – himself.

HAPPY FATHER'S DAY, ABAH.



The End ~ ♥

Wednesday, June 16, 2010

Mereka :(

Rinduuuuuuu!!! Terlalu rinduuuuuuu!!!!! Korangggggg!!!!!! :(



Hermpppppppp (mengeluh panjang). Kenapa?? Aku pun tak tahu kenapa lately ni aku sedih sangat-sangat lepas kehilangan kawan-kawan yang aku sayang dari form1 sampai ke form5. Huhu. Setiap hari aku teringat kan dorang (tak tahu lah kalau dorang ingat aku tak kan, tapi for sure mesti dah tak kan??) Ye, aku tahu dorang tak ingat aku lagi, so tak payah remind aku ok sebab terasa sangat hati ni........................... ;(



Yessss!!! Aku mengaku memang susah orang lain nak ganti kawan yang memang dah sebati dengan kita kan?? Aku pun tahu memang tak ada orang lain yang sama dengan dorang. And totally yessss again, aku mengaku memang aku salah and tersalah langkah dalam apa jua aku lakukan. Aku memang menyesal sangat-sangat. Korang tahu kenapa?? Sebab everyday aku keluar rumah, tengok handphone, online mesti aku teringat dekat korang. Hermpp. Kalau aku ada supercartoon aku, DORAEMON, memang aku mintak dia kembali kan aku ke masa lalu yang tak ada masa akan datang sebab aku takut perkara macam itu berulang lag. Tapi tu semua hanya mimpi kan?? Huhu. (terima kenyataan Fatin!!!!)



Kenangan yang di lalui bersama korang semua memang tak boleh nak dilupakan walaupun sesaat. Oke fineee!! Aku tahu korang memang marah sangat dekat aku kan? Well, setiap manusia buat salah kan? Huhu. Huhu. Setiap peristiwa yang kita lalui bersama semuanya tak pernah lekang dari ingatan aku. Huhu. Yesss!!! I'm a spoil brad!! I know that!! Huhu. Setaip masa aku selalu tertanya-tanya apa korang buat, apa korang cakap kan, apa korang gelak kan. Huhu. Kawan yang sekarang tak boleh ganti yang seadanya. Huhu. Semua benda aku teringat kan pasal korang, even kalau nak keluar dengan kawan-kawan pun aku teringat pasal korang. Hermpppp :(



Tapi sekarang aku nak sambung belajar dah and maybe aku pun ambil keputusan supaya aku jarang kan balik Taman Daya, sebab terlampau banyak peristiwa kita bersama di sini. Aku akan ubah jadi orang yang lain dan baru selepas 3 tahun dari sekarang. Huhu. Sumpah sedih okeeee!!!! Aku tak tahu nak describe macam mana kesedihan aku ni lagi. Lepas je korang pergi, semua orang dah lain dengan aku. Aku tahu tak ramai yang senang kawan dengan aku kan? Tapi aku tak kesah lah kan and aku happy dapat jadi kawan baik korang selama 5 tahun kita berkawan. Huhu.



Aku ingat lagi masa kita sama-sama dulu, buat jahat sama-sama, ketawa sampai keluar air mata sama-sama, kutuk-kutuk orang sama-sama, keluar semua sama-sama. Sampai cikgu-cikgu, kawan-kawan semua cakap kita ni memang tak boleh nak di pisah kan sebab di mana ada aku mesti ada korang. Perkara wajibbbb!!! Huhu. Tapi sekarang???? Semua nya aku buat sorang-sorang. Duduk terperap dekat rumah, kawan-kawan message pun macam malas nak layan. Selalu sangat rindu kan korang. Terlalu oke, terlalu rinduuuu!!! Huhu. Baru sekarang aku rasa macam mana rasa hilang seorang rakan karib yang terlalu akrab. Huhu. (kau menyesal pun tak guna, dorang tak kan kembali kawan dengan kau, kau kan dah buat hal, lupa kan je lah oke?) Hermppp, ingat senang nak lupa kan???? Mati hidup semula pun dorang tetap kawan aku dunia akhirat. Huhu. Tak ada yang sama dengan dorang.



Terlalu banyak masalah, rahsia, perkara, coretan, cerita dan yang kita kongsi dan kita lakukan bersama yang memang aku percaya korang pun tak akan dan tak mungkin akan bocor kan rahsia itu. Semua masalah mesti aku cerita dekat dorang, tapi sekarang..........????? Siapa yang nak jadi telinga untuk aku bercerita, mulut untuk aku ketawa, bahu untuk aku menangis. Siapa??? Tak ada sesiapa pun yang boleh lakukan itu semua melainkan korang. Huhu.



Kalau korang baca ni pun, mesti korang cakap padan dengan muka aku kan tak pun mesti korang cakap ni lah balasan aku sebab buat korang macam tu or maybe more. Huhu. Cakap lah apa korang nak cakap pun oke tapi aku memang betul-betul menyesal, sampai kiamat pun aku rasa menyesal aku tak kan hilang macam tu je selagi korang jauh dari aku. Huhu. Kalau korang boleh terima aku balik pun maybe korang rasa kekok kan nak kawan dengan aku lagi? Tak apa, semua aku paham, semua sekali. Tak ada sikit pun yang aku tak paham. Memang standard kan kalau kawan dah buat tahi, then kita nak kawan dengan dia balik, mesti macam tak selesa kan? Huhu. Aku paham semua tu :(



*berjurai-jurai air mata (T_T)



Aku just nak korang tahu yang tak kan ada kawan lain yang boleh ganti kan korang sebagai kawan karib aku sampai bila-bila. Huhu. And aku pun nak tahu yang kawan better than others tu tak kan ada orang lain melain kan korang.




*tersalah anggap* Kau memang selaluuuu!!!! Selalu sangat tersalah anggap and tersalah pilih kawan. Kau bodoh Fatin!! Kau terlalu bodohhhh!!! ;'(




Ishhhhhhhh....!!!!! Terlalu banyak, terlalu banyak sangat sangat sangat kenangan kita bersama yang memang aku tak dapat nak lupa kan dan lari dari kenangan itu. Huhu :(



Kepada Nurul Farhanah Roslan, Siti Zubaidah Abu Bakar, Muhammad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, aku mintak maaf sangat-sangat oke dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab selama ni aku banyak buat salah dan tak pandai jaga friendship kita. Aku juga nak mintak maaf sebab delete korang dalam friend list sebab masa tu aku terlampau marah sangat and terasa. Huhu. Harap korang paham. Sob sob sobbbssss!! Halal kan semua makan minum yang dah masuk dalam badan aku oke. Take care koranggg :'(





Ikhlas dari hati ke hati,
fatin ♥
:(

Tuesday, June 15, 2010

Finally!! Yessssss!!! haha

Haha. Confirm korang tertanya-tanya kan kenapa title aku macam tu? Haha. Sebabnyaaaaaaaaaa............. Jeng jeng jenggggg!!!! Heeeee,,


Sebabnya segala hasrat aku nak tengok cerita Lagenda Budak Setan (LBS) dari sehari ke sehari tercapai juga (hari tu tak jadi sebab ada hal tertentu). Haha. Walaupun kena menyelinap keluar. Weee ~ Ehhhhhhh! Bukan menyelinap keluar but ambil kesempatan. Haha. Maksud nya??? Haiyohhh. Apa ke lemau nya korang ni??? Makna nyaaaaa, aku keluar bila abah aku tak ada. Haha. Korang tertanya-tanya mana mak aku?? Mak aku tak ada, ada kursus so boleh lah keluar. Weheeee!! Jahat kan aku??? Haha :D


Oke dah jauh terpesong niiiiiiii............. Kembali ke topik asal, heeheeheeeee ;)


Sumpah aku suka cerita diaaaa!! Aku menangis teresak-esak oke dalam panggung! ;'( Heshhh. (oke ni cerita tipu oke part nangis. Haha) Tapi terburai juga lah kan air mata aku. Fuhhh ~ Dari awal sampai akhir, cerita dia memang sedihhh. Aku ingat nak melalak guling-guling dalam panggung tu tapi cover cun punya pasal, tak jadi lah kan. Haha.


Kalau di tanya berapa bintang aku nak bagi, aku bagi 1001 bintang oke!! (saje nak menggediksss bagi lebih-lebih sebab cerita dia sedappppp!!!) Hehe ;P


Nak tahu cerita lebih lanjut?? Tengok lah sendiri bhaiii!! Tak kan semua nak kena suap. Haha (ayat cikgu-cikgu sekolah). Oke lah malas dah na tulis panjang-panjang. Ambik ni aku dedicate lagu ni dekat semua yang baca blog kosong lagi membosankan lagi tak meriah ni. Hehe.





Ehhh ~ ehhh ~ ehhhhhhhh!! Lupa lak nak ucap terima kasih dekat Syahmi Akmal sebab kau sudi teman and belanja aku tengok cerita ni. Hehe. Sayang kauuuu!!! :D



Byeeee and take care guyssss. ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ :)

Kelakar kot ^_^

Saje lah kan bosan-bosan aku type je lah dekat google tu nama-nama orang. Then keluar lah nama orang jepun, tergelak aku bila baca nama-nama and maksud nya sekali. Haha. Kreatif habis ok orang yang buat tu. Hehe :D


01. Yang pemarah – KEiJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu – KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi – NANACHi KASIBANYA
05. Yang suka layan blues – APO NADIKATO
06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI
14. Yang suka BERSUMPAH – SAIIFOO BAUKARI
15. Yang Lembab – AYUMI SIPUTBABI
16. Yang suka tidur – ASHIKO MEMBUTO
17. Yang suka cari pasal -KAKIYO GADUHO
18. Yang suka mengumpat – YASUKO MENGATO
19. Yang suka senyum sinis kat orang -SEIYUMO BAUKAMBINO


Haha. Kalau korang nak tengok yang lain-lain, pandai-pandai korang lah search sendiri ok. Heeee ;P

Double thumbs up ok for those who create this! Weeee ~ Super loikeeeeee ;))


Salammmmmm ~

Thursday, June 10, 2010

What is Love?

Love is a temporary madness. It erupts like an earthquake and then subsides. And when it subsides you have to make a decision. You have to work out whether your roots have become so entwined together that it is inconceivable that you should ever part. Because this is what love is. Love is not breathlessness, it is not excitement, it is not the promulgation of promises of eternal passion. That is just being "in love" which any of us can convince ourselves we are. Love itself is what is left over when being in love has burned away, and this is both an art and a fortunate accident. Your mother and I had it, we had roots that grew towards each other underground, and when all the pretty blossom had fallen from our branches we found that we were one tree and not two.

Wednesday, June 2, 2010

*sigh

Hey hye hoi huiii.......

Salammmmm..............,,,




Entry kali ni tak tahu macam mana nak cerita, so di pendek kan cerita............,,




Aku dah kehilangan BEST FRIENDS FOREVER aku!! Sedih gila ok that time! Allah saja yang tahu how I felt on that time, day, second. Huhu. Masa tu aku dekat Kuala Lumpur (KL), tiba-tiba dapat message dari kawan-kawan lain, dorang cakap kawan-kawan aku sound-sound aku dekat Facebook. Hermppp. Tak tahu apa salah aku, or maybe aku ada buat salah then aku tak notice about it or what. I just don't know. Huhu. Tapi tak apa lah kan, dah orang tak nak kawan nak buat macam mana. Aku delete je terus meraka dari Facebook aku. Huhu. Sumpah ok!! SUMPAHH!! Yang Facebook memang buat aku hilang kawan. Hermpppp :'(



Now I have a new friend, a friend that better than others :) Even dorang cakap kita ni plastic cause kita penah kutuk-kutuk each other, tapi kau lah yang the best ok! Standard kot pada aku yang manusia main kutuk-kutuk belakang time sekolah dulu. But now I only have you dear. I hope that we can be a super best friend ever oke :) Thank you for being my friend, Nazurah Mohd Noor <3


( Tak nak berdendam cause aku nak berubah dan mulakan hidup baru. Thanks oke korang cause selama ni jadi kawan yang baik untuk aku walaupun setakat sampai high school. Aku tak kan lupakan masa-masa kita bersama. Susah senang kita semua. Aku akan ingat :) I really really really appriciate that guys. Love you guys :') )


Tak lupa juga dekat kawan aku yang lain - Aida Aidid and Nik Iesha Nik Sirajuddin. Love you guys :D





Kenapa ada gambar atas ni? Hehe. Sebabnya tomorrow I'm going to watch this movie (Lagenda Budak Setan) with my friends at Jusco Tebrau City. Hehe. Supposely, Nazurah pun ada juga esok tapi nak buat macam mana kan, dah ayah dia tak sehat, kena masuk wad. Tak kan nak paksa pula. Maybe next time kita keluar together-gether ok sayang? :P

Tak sabar nak tengok!! Mesti meleleh!! Hehe. Ok lah, tu je entry hari ni. Byeeeeee :D