Followers

Saturday, March 20, 2010

Today, yesterday and tomorrow :p

Lama gila kot aku tak post blog aku yang tak berapa nak best ni. Haihh. Busy lah dengan kerja. Hehe. Cari duit sendiri lah katakan :D Sepanjang 6 hari kot aku tak post blog, macam-macam cerita ni aku nak kongsi. Kau orang dah ready belum nak baca ni?? Dah ambil popcorn, bantal busuk semua?? Sudah ke belum ni??? Lincah lahhhh! Lembap lah kau ni! Haihh.


Ok, kita start dari hari selasa bersamaan 16/03/2010.


Tarikh tu birthday Kak Lat (kakak yang kerja dekat guess kids). Kesian dia, husband dia tak wish pun and tak bagi apa-apa pun dekat dia pagi tu. So aku dengan Ika (pekerja guess kids juga) pun plan lah nak beli kan something untuk dia. Bincang punya bincang sambil makan dekat pizza hut (macam anak orang kaya) then kita orang terfikir nak belikan dia kek dekat SR tu. Apa SR?? Hadoi. Tak kan tak tahu kot??


SR = Secrete Recepi (macam mana entah eja, aku tak tahu)


Tapi tak jadi beli kek untuk dia cause nak save bajet. Haha. Kita orang bungkus pizza yang tak habis tu then tong-tong beli bunga ros 5 kuntum untuk dia. Romantik tak kita orang?? Haha. Sampai je dekat guess, kita orang pun konon-konon nak buat suprise lah kan, ingat kan tak jadi, rupanya jadi lah weyh! Haha. Muka Kak Lat macam nak menangis korang tahu. Punya touching dia time tu. Haha. Afer that kita orang pun posing-posing lah kejap kan, tapi aku tak lawa time tu. Haha. (kau memang tak lawa lah Fatin! Jangan nak perasan lawa ok! Hehhh!)


Ye ye ye, aku tahu aku tak lawa. Tapi aku comel je kan?? Haha. (statement cannot go siakk!)



Time ni macam aku lak punya birthday. Haha.



Itu dia Kak Lat kita, yang berbaju merah mak ngah. Hehe.



Tu lah bunga yang aku dengan Ika bagi. Heee. Cantik kan??
Yang cantik belah kiri tu lah Ika. Cantik kan?? :p


Lat kecik je orang nya. Tengah pregnant. Hehe.
Ikaaaa!! Cover perut kau weyhh!! Haha :D


Aku buruk kot dalam picture ni. Huhu :(


Lepas posing, kita orang bluetooth lah gambar dekat phone masing-masing. Then Abg Muzz (manager aku) sound aku macam ni, memang tak boleh blah ayat dia. Haha.


"Nak kerja sana pula ke? Kalau nak nanti abang mus tulis surat apply kan" (sambil buat muka perli. Geram je aku tengok).


Aku hanya mampu tersenyum riang saja :D




Then sambung pula cerita pada hari rabu keesokan hari nya. 17/03/2010.


Hari ni aku pergi belajar kereta buat kali yang terakhir sebelum aku diuji oleh JPJ esoknya. Aku pergi pagi-pagi dengan Siti, tapi aku tak naik satu kereta dengan dia. Sedih je kan! Huhu. Sampai dekat Intensif tu, Aida dah tercongok tunggu aku. Haha. Minah tu pun belajar juga hari tu. Masa dekat Intensif tak ada cerita best kot yang aku nak tulis dalam ni, so aku skip je lah ok?? Heee :)


Balik je dari Intensif tu, aku dengan Siti terus pergi rumah Farhanah. Then terus pergi CS. Macam dah bosan dah, balik-balik pergi CS. Kalau dekat JB ni memang dah tak ada tempat lain dah selain CS yang gah tu. Dalam pukul 2 lebih kot kita orang sampai CS. Aku memang menyirap dengan pakcik teksi yang macam pu**ma* tu. Geram gilaaaa! Bawak dah lah lembap nak mampos! Then meter jalan laju macam Bullet Train dekat Jepun sana tu. Perghhh! Setiap kali meter tu naik, darah aku pun naik sekali. Macam nak maki je pakcik tu. Dalam teksi tu aku dah sound-sound dah tapi dia buat-buat tak paham je. Haihh. Sabar je lah neng aku. Huh!


Sampai je CS, tempat pertama aku tuju ialah toilet of cause :D Siti dengan Farhanah ikut je lah kan. Haaa. After touch up make up, kita orang pusing-pusing masuk padini. Sumpah aku menyesal tak beli speck padini tu. Haihh. Murah pun murah, lawa memang lawa! Huhu. Tak apa lah lain kali aku beli. Hee. Then pusing-pusing dalam CS tu carik baju untuk pergi kerja, tak jumpa pun yang lawa-lawa and yang berkenan di hati. Aku kalau beli baju memang cerewet sikit (bak kata Farhanah a.k.a maksom). Dah lepas tawaf 7 kali CS tu, tak juga aku beli mana-mana baju sampai lah Aida datang. Haha. Aida datang je terus kita orang carik kedai makan sebab nya, Farhanah tu haaaa! Kebulur nak mampos! Dekat rumah tak nak makan. Sama je dengan Siti. Haha.


Mula-mula plan nak makan dekat kebayan KotaRaya tapi tak jadi cause malas nak nak keluar kan kereta. Terus kita orang makan dekat Sarabat. Famous ke tempat tu?? Entah lah. Makanan pun not bad lah. Lapar punya pasal, bedal je. Tapi orang yang paling kebulur pula tak habis makan. Sebab apa korang nak tahu?? Sebab asam pedas yang dia order tu masam gilaaa! Haha. Dia tak boleh nak telan. Padan muka kau Farhanah! Haha.


Weyh korang! Panjang tau cerita aku ni, tak kisah ke nak baca???

Tulis je laaaa, kita orang baca je.

Heee. Ok! Aku pendek kan cerita ok? :D


Continueeeee.................


Then kita orang balik nak dekat pukul 7 juga kot. Jalan jem lagi, Yang si Zarul seboleh-boleh nak belikan Cool Blog untuk adik dia dekat tesco tu. Kita orang ikut je lah kan cause tumpang kereta. Hehe. Then balik tu Farhanah stay kejap rumah aku sebab kita orang bak hangout lagi malam tu. Balik cause Siti tu haaaa, dia kata makcik Leha marah kalau balik malam-malam. Haihh.


Dalam pukul 8 lebih kot kita orang bergerak menuju ke Bazar JB dekat bandar tu. Sebelum pergi sana, kita orang singgah Jusco Tebrau ambil Hadi, dia nak ikut katanya. So ambil aje lah kan. Tujuan pergi Bazar Jb sebenarnya nak cari Jibbits untuk crocs aku. Haha. Semata-mata korang tahu, pergi sana nak beli Jibbits tu then balik :D Aku memang macam tu, kalau kata aku nak malam tu, malam tu juga aku pergi. Peduli apa aku :)


Sampai Bazar JB tu, aku nampak sorang mamat ni. Dari jauh macam kenal. Siapa agaknya gerangan beliau??? Makin lama aku makin dekat dengan dia. Bila dah dekat tu, haiyahhhhh!! Hampeh. Aku ingat kan baru nak usha-usha (poyo part ni. Tak ada maknanya aku nak usha) then tengok si Hafiz sepupu sepapat gua lah pula. Haha. Tapi memang tak tipu lah weyh dia ni memang handsome, kacak dan bergaya. Haha. Geli lahhh! Hee. !@#$%^*( ()*^%$#@!!$%??? (bahasa apa tu?? adalah aku cakap, rahsia mana boleh bagi tahu! :D) Confirm dah ada 'girlfriend nok! :D Habis lah kalau dia baca blog aku ni, mula lah kembang dia aku dok memuji-muji dia. Haha.


Ok ok, tujuan nya bukan nak cakap pasal dia, tapi saja bagitahu sebab aku suka tengok muka dia :D


Lepas beli Jibbits tu, kita orang lepak kejap dekat tepi tembok tu. Sambil melepak mulalah kita orang jalan kan tugas. Apa lagi kalau bukan berposing sakan. Hahaaaa...........





Ni lah Farhanah. BFF aku :D



From left : Hadi, Farhanah, Zarul (the driver :D)



Mana-mana pergi yang wajib mesti 3 ni nak kena ada :D



Masa malam tu rambut Zarul serabai tau. Hadoi.
Katanya tu rambut malam, malas nak set.



Fatin mesti tak tinggal muncung dia :D



Lepas tu kita orang pergi Danga Bay sampai lah pukul 11.30 malam baru kita orang balik. Time nak balik ada roadblock pulaaa! Kecoh lahhh! Jem terus jalan depan Singgah Selalu tu. Lambat juga kita orang sampai rumah. Hehe :)



Khamis bersamaan 18/03/2010.


Aku tak tahu apa berlaku hari tu, yang aku ingat malam tu Faezah call ajak teman dia hantar kawan dia balik dekat pandan. Then balik aku call Farhanah lah pula ajak melepak makan dekat area rumah dengan Cikgu Syikin. Tu jeeee :D


Jumaat, 19/03/2010.


Aku sudah naik kerja semula :)


Dah habis dah cerita. Haha.
Ok byeeeee!!! :D



3 comments: