Followers

Sunday, January 2, 2011

Kuala Lumpur

Assalamualaikum.


Tahun baru kali ni rasanya di sambut dengan begitu meriah. Meriah ke?? Meriah juga lah kan berbanding tahun-tahun lepas. Kenapa aku cakap tahun baru kali ni meriah? Sebab aku sambut dekat Kuala Lumpur, memang lah superbbbbb meriahnya! Kalau dekat Johor Bahru tak mungkin kan sambutannya semeriah di Kuala Lumpur. Siapa setuju angkat bulu kaki tinggi-tinggi! Kalau tak angkat siap lah korang!

Sebenarnya, kehadiran aku ke Kuala Lumpur, bukannya nak pergi sambut New Year dekat sini. Tapi saja jalan-jalan ikut parents aku buat hal. Ehh! Maksud aku, ikut parents aku pergi jalan-jalan. Aktiviti sebenarnya nak pergi wedding anak kawan mak aku je, tapi entah macam mana boleh meronda satu KL pula. Penat tak penat lah kan aku sepanjang dekat sini. Tak cukup tidur weyhh!! Korang percaya tak?? Kena percaya juga kalau tak aku bakar rumah kau!!


Konon nak tarik perhatian pembaca dengan menulis macam !@#$%^&*(). Tetapi tidak berjaya! Gelak kan aku beramai-ramai!! Rapattttttt :D
*Merepek*


Sampai je KL, aku dah serbu Uptown Shah Alam dekat seksyen 24 tu. Memang besttt!! Bak kata orang-orang tua zaman sekarang, "HAVOC gi tu". Macam-macam ada, dah lah tempat dia boleh di kata kan besar juga. Penuh ruang yang ada. Fuhhh!! Malam tu berpeluh sakan kami yang pergi ke sana. Maklum lah tempat sempit, sendat lagi mampat, kena pula tak ada kipas di lelangit bumbung tu. Memang berjurai-jurai lah air terjun badan kami. Tapi aku tak ok, still maintain macam stay in the air-cond room. Dekat Uptown tu ada juga lah aku habis kan duit aku. Macam-macam aku beli. Berbaloi-baloi bak kata iklan KAMDAR. Ngee!

Lepas pergi Uptown, aku saja lah kan ajak mak cik aku jalan-jalan pergi I-City dekat seksyen 7 tu. Perghhhh!! Tempat dia memang best! Sumpah best! Aku rasa macam aku dekat Overseas tengah sambut Christmas. Ni semua pengaruh daripada AFZARUL DZARIF lah, sebab dia, aku teringin sangat nak tengok dan pergi I-City tu. Berlambak juga aku berposing sakan dekat sana. Tapi tak upload lah sebab muka time tu buruk, penat, berminyak dan sewaktu dengannya. Masa aku pergi malam tu, tak kena bayar dah sebab malam New Year kan, then kebetulan pula masa tu dah pukul 3 pagi. So free of charge lah kan. Dah pagi pun tetap ramai pengunjung.


Tersangat sangat sangat sangat teruja masa tu. Abah aku lah jadi photographer aku. Kesian dia :D


Ni salah satu gambar yang di snap dekat I-City.
Cantik kan? :)


Hampir pukul 4.30 juga aku keluar malam tu. Sungguh memenat kan! Setelah selesai di I-City, kami semua meneruskan perjalan pulang ke rumah. Sambil tidur sambil termimpi-mimpi lampu-lampu yang ada :)


Di pendekkan cerita..............


Keesokan nya sambung pula dengan menghadiri majlis jemputan kawin anak kawan mak aku. Kemudian pergi rumah sedara, kemudian pergi Uptown Danau Kota, makan dekat Pak Li's Cafe. Kemudian balik, kemudian ber-skype-ing dengan kekasih jiwa gila kental aku, kemudian post terus blog ini!!


*Jam sudah menunjukkan pukul 4.44 pagi.


Take care. Salam.

No comments:

Post a Comment