Hari ni betul lah kan 3 Januari 2011 kan? Macam tak percaya dah masuk 2011 kan? Aku rasa macam aku still in 2010. Kenapa dengan tittle entry aku kali ni macam sedih je? Panjang cerita nya. Tapi akan ku pendek kan juga untuk kalian semua supaya muat dalam blog aku ni :)
Actually mood aku sekarang ni tengah tak menentu. Sedih sangat-sangat. Nenek aku pun tak boleh nak tolong dah, katanya. Nak kata putus cinta, tak mungkin kan! Tak mungkin! Sebab aku masih ada kekasih, masih ada dia, masih ada!!
Aku sedih lah, sebab rindu, sayang, cinta............. Ok tukar ayat. Aku sedih sebab semalam ada orang tu kata dia tak nak contact aku lagi sampai lah kitorang berjumpa. Kenapa dia buat begitu? Kenapakah? Mengapakah?
Entah bila lah dapat jumpa kan. Kalau tak jumpa-jumpa means tak boleh lah contact dia? Ohh noooo!! Tak boleh nak tahan!! :'(
Aku pun tak tahu kenapa, mengapa dia nekad, berani, tak fikir panjang, tak fikir kan pasaan aku apabila dia berkata sedemikian. Sadis. Sungguh sadis. Cisss! Menahan lagi menahan lagi menahan tangga air mata syurga aku dari jatuh, patah, berkecai, akhirnya dia jatuh juga mencurah-curah macam air terjun dekat Kota Tinggi tu. Besttt, untuk dia. Untuk aku, sememangnya tak best! T_T
Pada masa yang sama, di dalam kesedihan dan kedukaan yang dialami oleh diriku, secara tak langsung aku mengalami penyakit yang sangat merbahaya kan kesihatan sendiri. Sangat memudaratkan. Ye ke? Ok aku tipu, aku cirit-birit je satu hari ni. Dari pagi sampai lah ke malam aku berulang-alik masuk tandas. Sangat kecewa apabila hendak menahan sakit perut yang di alami itu :(
Hari ni mood memang tak berapa nak ada, nasib baik ada kawan-kawan yang memahami aku dan ajak aku keluar berjalan. Walaupun sekejap waktu kami keluar bersama, tapi itu sudah mencukupi dan mamadai untuk mereka yang menceriakan aku seketika waktu. Terima kasih kawan!
Tapi bila dah keluar untuk hilang kan seketika duka itu, muncul pula unsur-unsur yang mengatakan aku "bersuka ria sana sini di waktu berduka". Ok! Sangat tersentuh di statement itu ya! Tersangat-sangat tersentuh! Dia langsung tak faham dan tak nak faham perasaan aku ni walaupun sedikit. Sadis sesadisnya. *Tak pasti ayat tu untuk aku or orang lain. Tapi aku pasti sepastinya untuk aku! Terima kasih awak :')
Sedih. Setakat tu je boleh tulis untuk korang baca.
Salam.
No comments:
Post a Comment