Followers

Saturday, March 20, 2010

Today, yesterday and tomorrow :p

Lama gila kot aku tak post blog aku yang tak berapa nak best ni. Haihh. Busy lah dengan kerja. Hehe. Cari duit sendiri lah katakan :D Sepanjang 6 hari kot aku tak post blog, macam-macam cerita ni aku nak kongsi. Kau orang dah ready belum nak baca ni?? Dah ambil popcorn, bantal busuk semua?? Sudah ke belum ni??? Lincah lahhhh! Lembap lah kau ni! Haihh.


Ok, kita start dari hari selasa bersamaan 16/03/2010.


Tarikh tu birthday Kak Lat (kakak yang kerja dekat guess kids). Kesian dia, husband dia tak wish pun and tak bagi apa-apa pun dekat dia pagi tu. So aku dengan Ika (pekerja guess kids juga) pun plan lah nak beli kan something untuk dia. Bincang punya bincang sambil makan dekat pizza hut (macam anak orang kaya) then kita orang terfikir nak belikan dia kek dekat SR tu. Apa SR?? Hadoi. Tak kan tak tahu kot??


SR = Secrete Recepi (macam mana entah eja, aku tak tahu)


Tapi tak jadi beli kek untuk dia cause nak save bajet. Haha. Kita orang bungkus pizza yang tak habis tu then tong-tong beli bunga ros 5 kuntum untuk dia. Romantik tak kita orang?? Haha. Sampai je dekat guess, kita orang pun konon-konon nak buat suprise lah kan, ingat kan tak jadi, rupanya jadi lah weyh! Haha. Muka Kak Lat macam nak menangis korang tahu. Punya touching dia time tu. Haha. Afer that kita orang pun posing-posing lah kejap kan, tapi aku tak lawa time tu. Haha. (kau memang tak lawa lah Fatin! Jangan nak perasan lawa ok! Hehhh!)


Ye ye ye, aku tahu aku tak lawa. Tapi aku comel je kan?? Haha. (statement cannot go siakk!)



Time ni macam aku lak punya birthday. Haha.



Itu dia Kak Lat kita, yang berbaju merah mak ngah. Hehe.



Tu lah bunga yang aku dengan Ika bagi. Heee. Cantik kan??
Yang cantik belah kiri tu lah Ika. Cantik kan?? :p


Lat kecik je orang nya. Tengah pregnant. Hehe.
Ikaaaa!! Cover perut kau weyhh!! Haha :D


Aku buruk kot dalam picture ni. Huhu :(


Lepas posing, kita orang bluetooth lah gambar dekat phone masing-masing. Then Abg Muzz (manager aku) sound aku macam ni, memang tak boleh blah ayat dia. Haha.


"Nak kerja sana pula ke? Kalau nak nanti abang mus tulis surat apply kan" (sambil buat muka perli. Geram je aku tengok).


Aku hanya mampu tersenyum riang saja :D




Then sambung pula cerita pada hari rabu keesokan hari nya. 17/03/2010.


Hari ni aku pergi belajar kereta buat kali yang terakhir sebelum aku diuji oleh JPJ esoknya. Aku pergi pagi-pagi dengan Siti, tapi aku tak naik satu kereta dengan dia. Sedih je kan! Huhu. Sampai dekat Intensif tu, Aida dah tercongok tunggu aku. Haha. Minah tu pun belajar juga hari tu. Masa dekat Intensif tak ada cerita best kot yang aku nak tulis dalam ni, so aku skip je lah ok?? Heee :)


Balik je dari Intensif tu, aku dengan Siti terus pergi rumah Farhanah. Then terus pergi CS. Macam dah bosan dah, balik-balik pergi CS. Kalau dekat JB ni memang dah tak ada tempat lain dah selain CS yang gah tu. Dalam pukul 2 lebih kot kita orang sampai CS. Aku memang menyirap dengan pakcik teksi yang macam pu**ma* tu. Geram gilaaaa! Bawak dah lah lembap nak mampos! Then meter jalan laju macam Bullet Train dekat Jepun sana tu. Perghhh! Setiap kali meter tu naik, darah aku pun naik sekali. Macam nak maki je pakcik tu. Dalam teksi tu aku dah sound-sound dah tapi dia buat-buat tak paham je. Haihh. Sabar je lah neng aku. Huh!


Sampai je CS, tempat pertama aku tuju ialah toilet of cause :D Siti dengan Farhanah ikut je lah kan. Haaa. After touch up make up, kita orang pusing-pusing masuk padini. Sumpah aku menyesal tak beli speck padini tu. Haihh. Murah pun murah, lawa memang lawa! Huhu. Tak apa lah lain kali aku beli. Hee. Then pusing-pusing dalam CS tu carik baju untuk pergi kerja, tak jumpa pun yang lawa-lawa and yang berkenan di hati. Aku kalau beli baju memang cerewet sikit (bak kata Farhanah a.k.a maksom). Dah lepas tawaf 7 kali CS tu, tak juga aku beli mana-mana baju sampai lah Aida datang. Haha. Aida datang je terus kita orang carik kedai makan sebab nya, Farhanah tu haaaa! Kebulur nak mampos! Dekat rumah tak nak makan. Sama je dengan Siti. Haha.


Mula-mula plan nak makan dekat kebayan KotaRaya tapi tak jadi cause malas nak nak keluar kan kereta. Terus kita orang makan dekat Sarabat. Famous ke tempat tu?? Entah lah. Makanan pun not bad lah. Lapar punya pasal, bedal je. Tapi orang yang paling kebulur pula tak habis makan. Sebab apa korang nak tahu?? Sebab asam pedas yang dia order tu masam gilaaa! Haha. Dia tak boleh nak telan. Padan muka kau Farhanah! Haha.


Weyh korang! Panjang tau cerita aku ni, tak kisah ke nak baca???

Tulis je laaaa, kita orang baca je.

Heee. Ok! Aku pendek kan cerita ok? :D


Continueeeee.................


Then kita orang balik nak dekat pukul 7 juga kot. Jalan jem lagi, Yang si Zarul seboleh-boleh nak belikan Cool Blog untuk adik dia dekat tesco tu. Kita orang ikut je lah kan cause tumpang kereta. Hehe. Then balik tu Farhanah stay kejap rumah aku sebab kita orang bak hangout lagi malam tu. Balik cause Siti tu haaaa, dia kata makcik Leha marah kalau balik malam-malam. Haihh.


Dalam pukul 8 lebih kot kita orang bergerak menuju ke Bazar JB dekat bandar tu. Sebelum pergi sana, kita orang singgah Jusco Tebrau ambil Hadi, dia nak ikut katanya. So ambil aje lah kan. Tujuan pergi Bazar Jb sebenarnya nak cari Jibbits untuk crocs aku. Haha. Semata-mata korang tahu, pergi sana nak beli Jibbits tu then balik :D Aku memang macam tu, kalau kata aku nak malam tu, malam tu juga aku pergi. Peduli apa aku :)


Sampai Bazar JB tu, aku nampak sorang mamat ni. Dari jauh macam kenal. Siapa agaknya gerangan beliau??? Makin lama aku makin dekat dengan dia. Bila dah dekat tu, haiyahhhhh!! Hampeh. Aku ingat kan baru nak usha-usha (poyo part ni. Tak ada maknanya aku nak usha) then tengok si Hafiz sepupu sepapat gua lah pula. Haha. Tapi memang tak tipu lah weyh dia ni memang handsome, kacak dan bergaya. Haha. Geli lahhh! Hee. !@#$%^*( ()*^%$#@!!$%??? (bahasa apa tu?? adalah aku cakap, rahsia mana boleh bagi tahu! :D) Confirm dah ada 'girlfriend nok! :D Habis lah kalau dia baca blog aku ni, mula lah kembang dia aku dok memuji-muji dia. Haha.


Ok ok, tujuan nya bukan nak cakap pasal dia, tapi saja bagitahu sebab aku suka tengok muka dia :D


Lepas beli Jibbits tu, kita orang lepak kejap dekat tepi tembok tu. Sambil melepak mulalah kita orang jalan kan tugas. Apa lagi kalau bukan berposing sakan. Hahaaaa...........





Ni lah Farhanah. BFF aku :D



From left : Hadi, Farhanah, Zarul (the driver :D)



Mana-mana pergi yang wajib mesti 3 ni nak kena ada :D



Masa malam tu rambut Zarul serabai tau. Hadoi.
Katanya tu rambut malam, malas nak set.



Fatin mesti tak tinggal muncung dia :D



Lepas tu kita orang pergi Danga Bay sampai lah pukul 11.30 malam baru kita orang balik. Time nak balik ada roadblock pulaaa! Kecoh lahhh! Jem terus jalan depan Singgah Selalu tu. Lambat juga kita orang sampai rumah. Hehe :)



Khamis bersamaan 18/03/2010.


Aku tak tahu apa berlaku hari tu, yang aku ingat malam tu Faezah call ajak teman dia hantar kawan dia balik dekat pandan. Then balik aku call Farhanah lah pula ajak melepak makan dekat area rumah dengan Cikgu Syikin. Tu jeeee :D


Jumaat, 19/03/2010.


Aku sudah naik kerja semula :)


Dah habis dah cerita. Haha.
Ok byeeeee!!! :D



Sunday, March 14, 2010

Result SPM 2009. Wondering aite???

Sorry lah lambat update pasal result SPM aku. Busy lah dengan apply online now. Hehe. (macam hebat je keputusan kan?? Haha). Sekarang ni lah baru ada masa nak update pasal result yang tidak membanggakan mak bapak. Heee. Aku pun tak tahu lah nak cakap macam mana pasal result aku. Bak kata orang tu, boleh lah untuk masuk mana-mana Universiti or Kolej yang ada dalam Malaysia ni. Alhamdulillah lah kan kalau dapat masuk mana-mana U. Haihh.


Ramai juga yang message aku and call aku tanya pasal result. Ada yang aku jawab tu boleh lah. Ada yang aku tak jawab langsung. Malas lah nak jawab. Kenapa aku malas nak jawab?? Sebabnyaaaa........,, budak SPM mesti tahu jawapannya tau. Haha. Sebab keputusan dia orang mesti lah power-power, thats why they all busy body wanna know what I get. Haiyahhh.


Fatin, Fatin. Kenapa lah result kau sebegini rupa??? Huhu. Sungguh tak membanggakan mak bapak kau lah Fatin. Nanti kalau dah dapat mana-mana U or masuk kolej, jangan lupa ya belajar besungguh-sungguh? Janji ya Fatin?? Hermp. Ye lah, aku janji aku akan belajar bila dekat menara gading nanti (kalaulah dapat. Hopefully dapat lah kan? Kau orang doa kan aku ok??)


Doa kan ya saya dapat masuk U mana-mana? Terima kasih kawan :)

Thursday, March 11, 2010

Glurppp! Errrrr,, What will happen to me tomorrow???


I think I'm going to die tomorrow. To all my friends, I love you so much. I want you to know that because I'm leaving tomorrow. So take care of yourself ok guys. After I get my result, I will drive my car as fast as possible and crash with other cars (part ni poyo).


Hadoi lah. Penat lah nak speaking LONDON. Malas dah. Haha. (actually tak berapa nak tahu eja perkataan english tapi cakap tu boleh lah :D) Cerita atas tu tipu belaka! Tak ada maknanya aku nak bunuh diri. Insane~ Haha. Tapi memang masa nak ambil result tu esok, confirm lah aku tak boleh nak terima kenyataan (terima sikit je kenyataan tu sebab salah sendiri). Lagi pula tadi mak aku siap cakap lagi macam ni,


Esok lepas ambil result terus call mummy ok. No excuse! Entah dapat 'A' ke tidak anak aku sorang ni. Haihh. Nak jadi apa lahhh. Dengan nada yang tak berapa nak menyenangkan telingaku untuk mendengar. Huhu.


Tapi tak apa lah mummy, adik dah buat semampu yang boleh. Mana tahu nanti masa dalam Universiti adik boleh cemerlang. Siapa tahu kan masa akan datang adik dapat kerjaya yang bagus? Maybe adik slow dalam pelajaran and maybe juga adik terer dalam hal lain yang boleh buat adik berjaya kan? Siapa tahu? Huh. Hidup jangan cepat mengalah. Life must be go on like usual. Hehe.


Tak ada lah aku jawab depan mak aku macam tu kan. Nak kena membebel apa jawab macam tu. Haha. Tu aku cakap dalam hati and pada diri aku sendiri lah. Hadoi. Tapi memang kesian tengok mak-mak yang mengharapkan anak-anak dia dapat keputusan yang cemerlang. Siapa yang tak nak kan? Huhu. Tapi nak buat macam mana kalau itu je yang termampu kita buat kan? Kena lah kita redha. Huhu.


Esok aku dah tahu dah apa mak aku akan cakap bila aku bagitahu keputusan aku dekat dia. Dia mesti cakap macam ni, confirm dia cakap punya! Macam ni bunyinya,


Hermp. Adik ni memang buat mummy frust lah. Dari UPSR then PMR now SPM. U never make me proud with you on your study. Hermp. Macam mana mummy nak cakap dekat kawan-kawan mummy kalau dia orang tanya apa adik dapat?? Dah lah semua kawan mummy, anak-anak dia sama batch dengan adik. Adik memang buat mummy malu.


Macam tu lah rasanya dia akan cakap sebab sebelum ni pun dia cakap macam tu kalau ada peperiksaan besar. Huhu. Macam mana ni?? Macam mana nak berdepan dengan kawan-kawan, orang-orang yang menanyakan result nanti??? Takut lahhhh!! Malu pun ada nanti! Huhu :(


Tapi tak apa lah Fatin, kau dah buat yang termampu. Apa nak buat lagi kan. Kita tak boleh nak paksa diri nanti makan diri. Huhu. Hopefully parents aku faham aku lah kan. Huhu. Sedih sangat bila result nak keluar dah! Kenapa mesti dia keluar!! BENCI!! BENCI!! BENCI!! Huwarghhhhh!!! T_T


Ok lah, terus tak ada mood dah bila fikir pasal ni. Kita tunggu saja keputusannya esok. Esok aku post lagi ok? Byeee. Take care :(


Good Luck kepada SPM candidates yang lain. Hopefully kau orang dapat keputusan yang cemerlang ok kawan? Uhuk! Uhuk! (sedih)


( confirm malam ni tidur tak lena sebab termimpi-mimpikan slip peperiksaan. Dah terbayang-bayang dah apa huruf yang ada dalam slip tu. Redha saja lah Fatin oiiiii! Huhu. T_T )


Daaaa~


Tuesday, March 9, 2010

CRAZY OF THE DAY! WOOT! WOOT!

Begini ceritanya. Hari ini aku pergi belajar memandu lah kan macam biasa aktiviti aku kalau tak kerja. Mula-mula dia (ejen memandu) tu cakap pagi-pagi pergi. Tapi rupa-rupanya petang baru nak pergi. Hangin tak hangin lah kan aku dengan Siti Zubaidah (kawan karibku). Haihhh! Tapi tak apa lah kan, kita orang masih boleh menunggu dan bersabar lagi dengan dia (ejen memandu). Tepat pukul dua kalau tak silap aku, dia (ejen memandu) sampai, terpacak kancil depan rumah aku sambil membunyikan hon yang ala-ala pondan tu (maksudnya hon dia tak kuat lah ngok!). Kemudian kami pun meneruskan perjalanan menuju ke destinasi yang sepatutnya.



Sesudah sampai ke destinasi yang di nanti-nantikan oleh aku dan Siti Zubaidah, kita orang pun mulalah jalankan tugas masing-masing iaitu memandu di litar yang sepatutnya. Konon macam dah pro, nak bagi dekat dia orang (orang yang sama belajar dengan kami) bawak kereta dulu sebab aku mengantuk (katanya!). Haha. Tapi dia orang pun tak nak mulakan dulu. Si Atikah (pelajar lain) cakap macam ni



Ekh! Tak apa lah, kau orang lah bawak dulu. Kau orang kan dah pandai bawak kereta. Kita orang belum cekap lagi.


Hampir macam itu lah ayat dia, tapi aku ubat sikit lah kan, bagi power. Haha. Hampehhh! :D



Then, habis je kita orang bawak, kita orang pun bagi lah dekat dia orang yang lain untuk bawak. Aku dengan Siti pun pergi menuju ke kantin. Setelah beberapa jam duduk dekat situ, aku dengan tiba-tiba berkata


Siti, jum pergi belajar lagi. Cuba call **** (ejen memandu) cakap kita nak bawak lagi.


Dia pun bagi handphone canggihnya (canggih ke?? Haha), and aku pun call mamat tu. Mamat tu cakap nanti dia orang turun tapi aku dengan tak sabar ajak Siti pergi duduk dekat pondok atas tu. Masa tu hujan renyai, tapi kami tetap jalan ke pondok tu. Tak menyesal lah weyh pergi duduk dekat pondok tu walaupun kita orang tak dapat bawak buat kali ke 2. Haha. Kenapa aku cakap tak menyesal?? Kau orang nak tahu ke? Sibuk lah kau orang ni. Haihh. Ok lah aku bagitahu ok.


Macam ni, aku pun tak tahu mana satu mula dulu buat kita orang tergelak besar macam perempuan kurang sopan. Haha. Sedang kita orang tengah mencuci mata dekat pondok tu, ada seorang mamat ni bawak kereta naik bukit. Patutnya tayar kereta depan kena masuk dalam petak kuning yang di sediakan dalam petak kuning. Ataupun side mirror kereta kena selari dengan tiang yang pertama tu. Tapi aku tak tahu lah apa yang di fikirkan mamat tu sampai dia boleh terbabas separuh badan kereta dekat atas bukit tu (aku pun tak tahu macam mana nak cakap, kau orang kena ada baru kau orang paham. Tapi aku cerita ni kau orang buat-buat paham sudah lah ye? ^^). Then Siti dengan tanpa rasa segan silu dia berdekak sekuat hati dan sehabis-habisnya dekat mamat tu (tak ada lah sekuat hati, tapi kuat juga lah kan Siti? Haha). Selamba betul minah tu gelakkan orang. Aku dah tak tahu nak buat apa, aku pun join lah gelak sekali. Mula-mula nak cover tapi Siti buat aku tak tahan nak gelak. Haha. Kalau ada Farhanah (kawan karibku juga) mesti lagi kuat dan bertambah seronok kami gelakkan mamat tu. Haha. Muka mamat tu memang bengang habislah kan. Dia tengok je kita orang gelakkan Kita orang memang dah tak boleh nak cover dah masa tu. Sorry lah bro sebab buat kau malu. Haha.


Lepas tu ada lagi kejadian yang menimpa kami untuk kami gelak terbahak-bahak macam orang gila. Haihh. Penat gelak satu hari suntuk macam perempuan sundal. Haha. Ooopppsss! Bukan sundal tapi kurang sopan :) Kejadian seterusnya tak silap aku pasal mamat lain pula. Senang cakap hari ni semuanya cerita pasal LELAKI. Sungguh memalukan ya kaum adam ^^ Mamat yang ni pula maybe dia tak pandai bawak motor lah aku rasa. Baru belajar kot sebab tu macam huru-hara sikit. Haha. Kalau kau orang ada dekat sana mesti kau orang gelak sampai berguling-guling atas jalan raya tu (tipu ni :D). Nak tahu apa terjadi?? Haha. Aku pun sebenarnya tak tahu macam mana perkara ni boleh berlaku sebab aku tak ada dekat-dekat dengan mereka. Yang pasti masa kita orang tengah gelak kan mamat yang sebelum ni, kita orang terdengar ada kecoh-kecoh dekat belah sana (belah mana?? Sanalah! Mana lagi). Dia orang sibuk dengan perkataan Ehhh!!! Ehhhh!! Ehhhh!! Ehhhh!! Breeekkkk!! Aku dengan Siti sepantas kilat memusingkan kepala kita orang 360 darjah. Kepoh juga nak tahu apa berlaku. Masa kita orang toleh je, kita orang nampak mamat ni dengan motor belajar dia terbabas turun bukit lalu melanggar sebuah kancil yang ada di litar tengah buat 3 pointer. Haihh. Kesian budak tu. Gedebushhhh!! Dia jatuh macam nangka busuk. Nasib baik tak ada kecederaan yang serius. Aku pun pelik macam mana dia boleh turun bukit tu pada hal jalan raya mengadap ke sana. Pelik sungguh! Bak kata Siti, aku rasa dia dah tak sabar nak masuk trek motor dekat bawah tu, tu yang dia nampak macam ada jalan dekat bukit pokok tu. Haha. Sial lah kau Siti. Aku tak terpikir pun tau! Haha. Tapi memang kelakar lah. Dengar pada cerita pakcik-pakcik yang ada tu, mereka cakap budak tu start motor tu then ter-press minyak kot. Terus motor tu meraung then bawak dia jalan-jalan turun bukit (aku tambah ayat). Haha. Power tak power lah kan mamat tu. Masa turun bukit tu tak jatuh langsung pun tau. Stable je motor dia. Haha. Hadoi lah.


Tak kelakar pun cerita kau yang ni?? Macam mana nak gelak ni?? Huhu.


Tak kelakar?? Ada aku pedulik?? Dah cerita pun dah cukup baik lah! Kau kena ada dekat sana baru tahu kelakar tak kelakar. Pecah perut kau ketawa nanti tahu!! HUH!


Apa lagi cerita erk?? Aku tak ingat sangat lah sebab dah lupa ingatan gara-gara tahan ngantok tadi. Hehe.


Ouhhhh!! Baru ingat. Ni pasal minachi pula. Tapi cerita dia pendek je and aku rasa pun tak berapa nak kelakar. Tapi pada aku dengan Siti tetap kelakar. Haha. Dia naik bukit juga then boleh relax je turun laju-lajukan. Macam dah pro je aku tengok. Haihh. Then ada lagi sekali tu pun dia terbabas juga atas bukit tu. Haha. Tu lah, kerek lagi turun laju-laju. Kan dah terbabas. Amek kawww!!! :D Tu je cerita dia. Haha. Memang tak kelakar tapi aku nak share juga :)


Then pasal seorang mamat dan mamat lagi. Ni mamat lain pula. Haha. Biasa lah kan kalau dah nama nya perempuan tu perempuan juga lah kan. Cuci mata tak habis-habis tak kira tempat dan masa :) Jumpa mamat ni dekat kantin. Tengok macam handsome tapi pada aku tak pun. Siti cakap dia handsome. Ok lah layan kan je. Then Siti kata dia juling. Biadap sungguh minah tu. Haha. Dia pakai baju kotak-kotak. Kebetulan ada dua orang pakai baju kotak-kotak yang warnanya hampir seakan-akan serupa. Haha. Kita orang confident je yang mamat bawak kereta tu lah mamat yang juling kita orang nampak tu. Rupanya salah orang daaaaa. Bukan dia. Padanlah aku cakap kenapa lah handsome pula dia time ni. Tadi tak handsome. Haha. Tapi mamat yang kita orang salah ni kaya. Haha. Woot wooot!! Money money! Haihh. Aku bukan mata duitan. Sikit tu adalah. Haha. Mana tahu dia kaya?? Biasalah kan, pakcik-pakcik sana semuanya kepoh-kepoh belaka. Haha. Dia orang cerita kuat-kuat, aku dengar je lah :D


Then pasal apeh erk?? Entahlah, aku pun dah lupa da. Cukuplah setakat tu je kau orang tahu ok? Haha. Byeee!! ~_^


(Kalau tak gelak baca cerita aku, lantak kau lahhhh!! Ada aku kesah?? Haha. Chill)


Counting days :(

RESULT SPM ON 11 MARCH 2010

TODAY IS 9 MARCH 2010

2 DAYS LEFT

OMG!!!!!

HELP ME!!!

:(

Geram plus sakit hati betul!

Dah lah kelam kabut tadi pagi sebab bangun lambut. Ingatkan aku lah yang paling lambat, rupa-rupanya dia (ejen memandu) lagi lagi lagi lah lambat! Penat je aku bangun, terus siap cepat-cepat tahu tak!! Kau ni memang betul lah menyusahkan. Grrr!! Macam #$^&&#$@!!! Jangan ingat orang suka cara kau lah weyh! Ikut suka hati kau je nak tukar-tukar masa. Dah tu nak menyempit dengan orang ramai-ramai dalam kereta kancil kau yang kecik tu??? Menyampah siak aku!!! -.-'


Tak sabar siak aku! Aku harap cepat lah aku habis kan pembelajaran memandu aku ni. Tak payah lah aku nak jumpa kau lagi lepas ni. HUH!! -.- Kata pukul 8.30 pagi, tungu punya tunggu sekali pukul 2 baru nak ambil kita orang lah??? WTF??!!! Kalau pukul 2 pun kau lambat juga, memang nak kena maki lah dengan kita orang. !@#$%^&*() fahammmm!!!


Sudah lah, nanti dah lepas belajar aku post lagi. Ni nak lepaskan geram yang tak terlepas je. Grrr! SAKIT BETUL HATI NI BILA DI FIKIRKAN BALIK! !@#$%!!


!@#!@$%$^%&%^*$@#$@#%$#$^%&^*&(*()**%%@#!@#!@@#@#$#%$%^%&%^&^&^&(^#!@!#@$#^&^&*!!!!!!!!!!!!!!!!!


( membebel dalam bahasa yang tidak diketahui kerana ayat tu semuanya haram, lucah, sencert! :| )


-.-


Byeee!!

Monday, March 8, 2010

Driving Class

Hai hai hai. Hoi hoi hoi. Hui hui hui. Haha ^^


Eheemmmm! Eheeemmmm! Assalamualaikum :)


Macam mana nak start ekh? Tak payah start lah ekh, aku terus cerita je ok? Hehe. Macam ni ceritanya, hari ni aku pergi belajar kereta. Actually bukan belajar lah tapi buat ujian QTI. Apa tu QTI?? Korang tak tahu ke? Hadoi laaa, kenapa korang tak tahu meyh? Kesian sungguh! Haha. Biadap lah kau Fatin! Ngeee! :D


QTI = Quantity Total Income


Haha. Menipu lah tu kan. Tak lah, sebenarnya QTI tu ialah ujian yang nak menentukan sama ada kita layak ke tidak untuk di uji oleh JPJ untuk mendapatkan lesen P. Whoaaa! Tak sabar lah nak JPJ. Kalau lulus boleh bawak kereta pegi mana-mana yang aku suka. Kawan-kawan pun nanti suka sebab dia orang boleh menumpang aku. Haha. Jangan marah ekh korang, statement tipu je ni :) Ok ok, aku nak start cerita pasal ujian memandu aku ni. Ready ok korang!











Satu














Dua
















Tiga












Once upon a time, there was a cute girl who live in Malaysia.................................


Jangan merapu lah weyh tulis blog! Cepat cerita!


Haha. Ok ok tak merapu lagi. Macam ni, kelmarin (6 mac 2010) aku message dia (ejen memandu aku)


Aku : weyh, boleh belajar kereta tak hari isnin?
Si Polan : boleh, terus buat QTI.
Aku : gila ke apa?? aku tak hafal jalan lah!
Si Polan : jangan nak leceh lah. isnin buat QTI terus tauu! pukul 2 orang amek.
Aku : ok lah ok lah (sambil terpikir kan siti)
Si Polan : ok set!


Korang tertanya-tanya kenapa aku terpikir kan siti masa tu?? Sebab aku tak ada kawan lah nak pergi belajar. Tu yang aku teringat dekat dia tu. Heee. Tapi hampeh, dia tak nak juga pergi. Kenapa?? Sebab dia dah tawar hati dengan ejen kita orang tu. Haha.
Lepas je aku message dia (ejen) aku pun hangin lah kan sebab tiba-tiba kena buat QTI. Tapi tak apa lah, aku terus kan juga usaha buat ujian tu. HUH!


Hari isnin, mula lah rasa risau tak tentu hala. Hadoi. Nak tunggu pukul 2 tu, punya lah lama! Sementara tunggu tu, aku pun tidur je lah. Tak ada kerja lain. Haha. Akhirnya sampai juga pukul 2 yang aku nanti-nanti kan. Tapi apa yang berlaku?????????
Dia (ejen) datang lambat lah pula! Dalam hati aku dah macam-macam aku bebelkan. Macam mak nenek dah. Huhu. Tepat 2.30 petang dia sampai depan rumah aku. Fuhhh! Akhirnya sampai juga mamat ni. Engat kan dah lupa jalan dah. Hermp.


Sampai je dekat PLMI tu, jantung mula dup dap dup dap macam ada orang tengah ketuk dram. Tapi aku tabah kan hati pergi juga buat ujian tu.


Ok ok, straight to the point aku gagal masa ujian bukit, parking tu semua. Haha. Terus pak cik yang buat QTI tu cakap, awak duduk dekat bawah, nanti kita buat jalan raya pula. Ok lah kan. Masa jalan raya tu alhamdullilah semua berjalan dengan lancar. Tak ada yang tak lancar pun. Kereta pun tak ada nak termati. Nasib baik dia (pak cik QTI) bagi lulus tau! Sayang pak cik tu lah! Haha.


TERIMA KASIH BUAT PAK CIK QTI TU KERANA TELAH MELULUSKAN SAYA. SAYA BERJANJI AKAN BELAJAR LAGI DAN LULUS DALAM UJIAN JPJ NANTI ^^


So moral of the story is :

Fatin lulus ujian memandunya dengan gembira sekali. Hahaha
Sorry lah kalau cerita tak berapa nak best sebab tak tahu macam mana nak best kan dia :D


Nak post tu je. Esok aku belajar kereta lagi dengan siti. Nanti aku post lagi ok. Mana tahu ada gambar pula kan :)

Bubbyeee!!!

Sunday, March 7, 2010

Lonely. Haha

Haha. Actually title atas tu tak ada lah betul sangat. Tak lonely pun. Sunyi sikit je. Haha. Tapi memang betul lah, kalau hidup membujang, tak ada orang yang nak sayang, memang sunyi gila bhaiiii! Kawan pun tak boleh nak happy dan hilang kan lonely no more tu. Haha. Tapi aku tak ada lah desperate sangat nak kan lelaki dalam hidup aku. Saja bagi tahu yang aku lonely.


Aku tak tahu nak layan siapa and kenapa aku tak nak terima orang lain dalam hidup aku lepas break off dengan itu mamat yang terakhir. Hadoi laaahhhh!! Tapi tak apa. Single lagi best kot :) Senang nak ke sana ke sini. Semua aku pergi dengan kawan-kawan je. Tak ada hal punya. Haha. Tapi kalau boleh nak juga lah dapat 'boyfriend' yang baik and paham aku kot :D


Hehe. Tu je nak post actually. Saja na kongsi cause tak tahu na buat apa ni. Bosan tahap gaban punyaaaaa!! Haha. Ok lah malas nak type lagi. Byeee :)

Gambar sekadar hiasan. Haha :D




Wednesday, March 3, 2010

Tittle?? None! Mix up :)

Assalamualaikum rakan sekalian. I mean pembaca sekalian :)


Lama kan aku tak update blog ni?? Hadoi. Korang kena paham yang aku ni dah besar dan dah mula busy dengan kerjaya yang ada sekarang. Jangan lah korang marah aku sebab dah lama tak update blog ni. Haha. ( macam dah besar sangat je dengan kerjaya yang ada :D )


Bukan lah. Sebenarnya aku malas nak on laptop ni sebab kalau aku da start on aku tak boleh berhenti. Nanti semua benda aku buat. Aku online myspace, facebook, formspring, blog. Semua lahhhh! Aku busy sikit sekarang ni. Kerja lagi tak tentu masa. Balik da penat. Haihh. So paham-paham je lah ok? :)


Fuhhhh! Sekarang dekat guess tengah busy dengan sale. Sale start 26 February that day. Ya Allah!! Penat gilaaa! Hari-hari aku full day tau. Dari pagi sampi ke malam baru balik. Balik je terus terbongkang. Tu yang dah lama tak update blog. Heee ^_^


Tiba-tiba pula teringat yang aku ni lepasan SPM. Dah sebuk dengan kerja je, sampai lupa yang result aku dah nak kua. OMG! Result SPM is coming up! I think on 16th March! Tetttt! Stresssss! Help me! Ya Allah, mesti result aku tak berapa nak baik kan? :(
Maklum lah tak belajar sangat. Takut sangat sangat sangat! Confirm kena membebel punya dengan mak bila dapat result nanti. AAAAARRRRRRGGGGGHHHH!!! TIDAKKKKKK!!! Aku tak nak tahu result aku boleh?? Boleh tak kalau PPD tak payah keluar kan result untuk budak SPM yang tak berapa nak pandai macam kami-kami yang tengah gugup ni??? T_T


Dah lah tengah stress pasal result nak keluar, lagi pula di tambah dengan abah yang selalu menekan dan menanyakan soalan macam ni


Bila nak start belajar kereta balik?? Ni dah masuk bulan 3 dah ni. Bila nak dapat lesen kereta kalau lambat macam ni????


Aku lagi-lagi lah dan bertambah-tambah lah stress kan. Penat dengan kerja lagi. Kerja pula cuti tak kena dengan hari dengan nak belajar kereta. Ada je yang menghalang. GGRRRR!!! Hopefully aku dapat lesen before April :(


Lagi satu! Hidup bertambah ceria lepas kedatangan Nur Amani, my lovely niece. I love her so much. Comel gilaaa! :) Dah tak pikir benda lain dah selain dia. Hehe. Hari-hari bangun pagi mesti cari dia paling utama! Malam-malam before tidur pun kena kiss dia dulu. Haha. Tapi dia suka merentan lah. Kalau dah menangis, hadoiiiiiii. Tak boleh nak berhenti seyh!! Tapi tak apa, tetap sayang dia seadanya :D



Comel kan budak comot ni? Nur Amani Mohd Najib :)
Born on 10 February 2010


Ok lah, malas lah nak type lagi. Penat dan mengantuk dah ni. Esok nak kerja lagi. Ok bye takecare you guys. Luv yaaa -_^