Followers

Tuesday, December 28, 2010

Semester Break

Assalamualaikum.


Kenapa tiba-tiba aku rasa macam aku dah besar sangat sebab dah dapat gelaran "SEMESTER BREAK" ni??


Tapi tak ada lah besar sangat. Baru saja nak jinak-jinak ayam dalam dunia belajar selepas Sekolah Menengah. Sebenarnya banyak pengalaman yang aku nak cerita pasal pembelajaran dan pengendalian dan kemasukan ke alam Universiti dan Kolej. Tapi............ Macam nak cerita, macam tak nak cerita. Aku pun tak tahu lah. Bak kata orang-orang tua, pengalaman mengajar kita daripada melakukan kan nye berulang dan berulang dan berulang kembali. Betul ke? Macam tak betul je sebab aku tak rasa kan pun perasaan tak nak melakukan lagi tu!

Tapi bila dah masuk alam Universiti dan Kolej ni, baru lah aku terasa semua tu. Macam nak menangis kalau di fikir kan balik. Menyesal pun tak ada guna juga kan so nak tak nak terpaksa lah aku redha dengan apa yang aku dapat.


Ehh! Ehh! Macam dah lari tajuk lah kan? Sorryyyyyy!!


Sepanjang cuti semester selama sebulan ni aku tak banyak buat kerja amal pun macam yang korang buat *ada ke korang buat??*. Aku kerja je sepanjang bulan ni. Siang pergi kerja sampai malam, then balik terus sambung membuta seperti biasa lah kan. Kalau tak membuta, aku online muka buku aku yang super canggih tu, tak pun aku ber-skype dengan cinta mati aku. Tu je lah kerja aku sepanjang cuti semester ni. Tapi semua tu kena tunggu panggilan telefon ataupun terima SMS baru lah aku buat tu semua. Kalau tak aku terus tidur! Hobi baru sejak balik JB.

Sepanjang sebulan ni juga, aku dah fikir panjang, dah masak-masak dah fikiran aku tu, siap campur garam, gula dan paling penting ajinomoto untuk penyedap rasa bahawa aku akan belajar lebih keras lagi untuk semester akan datang. Kenapa? Hanya aku dan orang-orang tertentu saja yang tahu kenapa dan korang tak payah lah tanya ok. Biar lah rahsia........ Aku tak nak fikir banyak-banyak sangat, nanti pak cik, mak cik, sedara-mara migrain aku datang melawat, makin parah pula jadi nya.


Lalalalalalalaaaaa...... Membebel dan membebel dan membebel lagi. Itu sudah menjadi perkara biasa untuk semua Ibu-Ibu dan perempuan-perempuan yang ada di dunia ini kan?


Tak tahu kenapa perempuan tak lari daripada cinta matinya iaitu MEMBEBEL. Boleh dikatakan setiap hari, setiap masa, setiap jam, setiap minit, setiap saat, aku mesti kena membebel. Banyak sebab aku kena membebel. Sebagai contoh, tak kemas rumah, tak kemas bilik tidur, balik kerja tak basuh muka selepas make up dan macam-macam lagi lah *memang patut pun kena sebab aku kan perempuan*. Tapi telinga aku dah tak tahan lagi nak menampung bebelannya. Dah berdarah, bernanah, berkerak lagi berkuping dah. Korang nak rasa? Jemput lah bermalam dekat rumah aku. Aku jamin korang tak kan tahan walaupun semalam!

Waktu bekerja pula memenatkan badan dan minda aku. Kepala lutut pecah hari-hari berdiri dekat kedai. Skru-skru yang ada semuanya sudah longgar bagaikan skru mainan. Hancur berkecai badan hari-hari kena FULL DAY dekat kedai. Guess sales bulan ni so memang sangat memenatkan lah. Maybe salah masa aku sebab aku cuti semester bulan ni. Malang. Tapi tak apa, kerja dekat situ seronok. Kami dah macam family bak kata Abang Muzz, our Manager. Aku rasa tak kan ada kerja dekat tempat lain sebahagia kerja dekat sini. Superbbbbbb babe!!


Sorry lah, aku tak pandai bercerita tapi aku pandai reka cerita orang. Tettttt!! Bukan. Maksud aku, aku suka tengok dan baca cerita orang :)


Tu saja nak share untuk semester break ni. Take care.

Salam.

Sunday, December 19, 2010

Rambut

Assalamualaikum.

Arghhhh!!! Rambut dah kena potong!! Malas nak cerita panjang-panjang. Menyakitkan hati. Dah buruk jadi nya ;(

Tengok je lah hasil nyaaaa.......


Sebelum :D


Selepas :(


Buruk kan hasil nya?? Huhu :(

Rindu rambut lama. Menyesal potong. Hermp. Nak tunggu panjang punya lah lama. Memang tak kan potong lagi lepas ni...!!!!!! T_T

Terima kasih kepada siapa yang cakap buruk tu ;'( Dan terima kasih juga kepada siapa yang cakap comel sangat itu :D

Terima kasih juga kepada DIA sebab tak menyejuk kan hati aku langsung. THANKS!!

Salam.

Monday, December 13, 2010

Movie Time

Assalamualaikum.

Kenapa ada gambar atas ni??


Haaa.... Hari ini aku keluar pergi tengok movie dengan Fanna. Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Cerita hantu yang berunsurkan komedi. Sangat kelakar ok sampai pecah perut, jatuh begolek-golek dekat tangga wayang Jusco tu aku dengan Fanna gelak :D

Kalau dulu cerita hantu je mesti nak seram, terkejut sana sini semua kan? Tapi sekarang ramai yang buat cerita hantu komedi. So tak ada lah takut sangat kalau nak tidur malam ke drive sorang-sorang balik malam ke apa kan. Memang best cerita ni. Siapa tak tengok rugi!! :) Kepala tenang je layan cerita komedi bodoh ni, jiwa pun rasa lapang sebab ketawa tak berhenti-henti.

Tapi lagi best tengok aku jatuh macam nangka busuk dekat dalam panggung wayang tu. Hadoi lah. Sumpah malu gila!! Nasib baik lah aku dengan Fanna, boleh di kata kan orang terawal masuk so tak ramai sangat yang nampak. Tapi for sure lah kan kakak dua orang yang jalan depan kitorang tu nampak terang-terang punya, sebab aku jatuh memang dekat gila dengan diorang. Haihh. Sungguh memalukan. Kalau aku tahu lah nak jatuh macam tu, aku cover buat-buat tengok sit number :P Tapi tak boleh sebab kalau dah keluar dengan Fanna, boleh lak aku cover semua kan. So kami dok gelak sakan je lah lepas aku jatuh tu :D

The best part is, aku pesan dekat Fanna suruh berhati-hati sebab ada tangga, kebetulan wayang tu gelap. Tapi malangnya aku lak yang tak dengar nasihat sendiri, terus jatuh melutut macam nangka busuk. Sampai lah cerita tu start kitorang tak berhenti-henti gelak sebab aku jatuh. PENGALAMAN MEMALUKAN NI TAK AKAN AKU LUPA KAN!! *_*



Kepada anda di luar sana, marilah ramai-ramai sokong cerita hantu komedi bangsa kita. Memang tak kering gusi di buatnya. Sangat besttttt!!! :)

Aktiviti bulan ni memang nak tengok movie sahaja habis kan duit dengan Fanna. Banyak cerita baru-baru dan best-best nak keluar bulan December ni. Tak sabar nak tengok yang lain-lain. Hopefully dapat cuti time tiket wayang murah lah kan sebab tiket wayang jusco mahal! :D So lepas ni wayang CS (city square) akan jadi mangsa kami pula. Lama tak tengok wayang sama-sama sejak dah habis sekolah ni. Ngeee!!

Wednesday, December 8, 2010

Knowing About Me


Thanks to Fanna Roslan ; http://potpetfanna.blogspot.com/ for the tagged :)

Write a note with 25 random, things, fact or goal about me?? Nahh!

Apa aku nak tulis?? Biaq cek fikir sat naaa.....


...........................................................


1. Seorang yang pemalas, gemuk, bulat, tak lawa macam kawan-kawan aku yang lain.

2. Aku tak suka lipas! Paling benci ok! Kalau jumpa boleh jerit satu rumah tahu.

3. Suka makan makanan yang tak berkhasiat.

4. Teringin nak diet tapi 1 haram pun tak menjadi sebab tak ada kawan nak diet. Boleh begitu?

5. Anak bongsu daripada 3 beradik.

6. Seorang yang manja, mengada-ngada, gedik dan sebagainya *Tapi BF aku cakap tak. Mesti dia tipu kan??!!

7. Aku boleh sabar dengan perangai orang tapi orang tak boleh sabar dengan perangai aku. Macam mana tu? Hehh.

8. Aku kalau nak kan something tu, aku akan meronta-ronta untuk mendapatkannya. Macam budak-budak. Nama pun bongsu kan.

9. Nak jadi business woman yang berjaya. Boleh ke??

10. Sangat menyukai kucing. Tapi kucing yang bersih je lah. Yang kat tepi jalan tak suka!!


...........................................................


Baru 10 je aku tulis?? Rasa macam dah tulis 20 dah tadi. Apa lagi erk??


..........................................................


11. Tak suka di kong-kong dan tak suka kena marah.

12. Tak suka di arah-arah buat itu ini. Suka buat sendiri kalau rajin. Ikut mood.

13. Kaki berjalan, shoppaholics. Pantang nampak benda lawa sikit. Mesti nak beli tapi pakai nya tak juga.

14. Panas baran dan paling penting.... SUKA MEMBEBEL. Hobi aku kot :D

15. Sudah mempunyai buah hati yang tersangat kecik. Comel je orangnya ;)

16. Suka jalan-jalan keliling dunia tapi tak ada orang nak bawa :(

17. Suka berkawan tapi memilih kawan sebab takut tejebak dengan gejala tak sihat.

18. Tak merokok, tak pernah minum air kencing syaitan, tak pernah pergi club tapi bershisha. Boleh ke?? HAHA

19. Rindu nak menjengkit dengan BFF tercinta. Entah bila lah dapat keluar lengkap semua ada.

20. Sekarang tengah menuntut di Kolej Profesional Mara, Melaka.

21. Gila nak jalan-jalan keliling melaka. Best!

22. Nak bela rambut panjang macam mak ponti. Haha.

23. Tak suka orang cakap belakang. F**K mereka!!

24. Suka perhati kan gerak geri orang tu dan menilai nya dengan sekelip mata dengan kawan-kawan.

25. Teringin nak bawa kereta ke kolej pada sem depan! Hopefully dapat lah. Mummy, abah... Bagi lah adik kereta! :(


Finally..........!!! Habis pun aku tulis sampai 25. Penat dok fikir. Mengambil masa selama 1jam lebih oke nak fikir apa. Banyak bebenor sampai 25 perkara. Gilo apo??? Grr ~


Mari kita lihat siapa yang terkena tag ini................... Jeng... Jeng.. Jeng.......



Terlebih sorang. Kira halal lah tu ;)

Tuesday, December 7, 2010

Public Holidays

Assalamualaikum.


Hari ni off day untuk aku daripada berkerja di Guess!! Yeahh! Rehat kan minda dan badan dari segala makhluk yang ada di Guess :D Asik beralih kerja petang then full then petang balik then full balik. Memang penat yang teramat sangat! Memang cuti yang di nanti-nanti kan oleh diriku ini. Fuhh! Akhirnya dapat juga cuti.


Timetable for today :

Tidur, tidur, tidur dan tidur lagi sampai lah mata lebam, kepala pening, badan lesu. Yess!! :D


Secara tak sengaja dapat off day masa public holidays. Sumpah best! Semua ada dekat rumah. Yippyy!! Lagi best kalau dia pun ada juga. Rinduuuu!! :(


Selamat menyambut Awal Muharam or Maal Hijrah 2010
bersamaan 1 Muharam 1432.

Friday, December 3, 2010

Hello December!!

Assalamualaikum.


Rasanya masih tak terlambat kalau aku nak ucapkan Hello December kan? :)


So, HELLO DECEMBER and GOOD BYE TWO THOUSAND TEN (2010).


Tak sabar rasanya nak masuk TWO THOUSAND ELEVEN (2011). Pelik je bunyinya in english kan? LOL. Kenapa aku tak sabar nak masuk dua ribu sebelas ni? Banyak sebabnya.... Salah satu darinya adalah, aku tak sabar nak tengok result final exam aku untuk semester 1 yang lepas. Dan..... Yang paling penting tak sabar nak tunggu kehadiran Si Jejaka hati saya tu datang Melaka. Rindu yang teramat dekat dia!! :D

Ahhh! Bila cakap pasal result final exam tu, gementar pun ada juga. Tapi tetap nak tahu ni sebab aku memang CONFIRM FAILED subject accounting aku. Haihh. Tak boleh nak buat apa dah, kena redha and bersedia je lah untuk repeat! :( Kalau boleh tak nak repeat sebab kalau repeat, aku akan bertambah semester sampai semester 6. Tak suka!! Tapi nak buat macam mana, dah memang, sememangnya, sepastinya akan repeat subject tu.


*Terima dengan hati yang sayu lagi bersalju dan salji. Sadis.


Kepada lecterur saya, Siti Hawa binti **** (tak tahu), saya Fatin Nabiha Zulkifli nak minta maaf dekat miss sebab selama ni saya suka main dalam class miss. Selalu tak buat kerja miss. Selalu buat miss marah. Biasalah miss, kalau dah duduk dalam geng dekat belakang macam tu memang berbual je lebihnya. Saya juga bagi pihak kawan-kawan class yang lain ingin mengucapkan selamat menyambung pelajaran. Terima kasih sebab ajar kami yang nakal ni. Kami menghargainya :)


(Kawan-kawan class confirm gelak kalau dorang baca ayat yang atas ni!!)


Ouhh! Sangat suka gambar ini!

Mood kembali normal, suka, gatai, gedik dan sebagainya apabila teringatkan Si Dia. Tak sabar nak jumpa Si Kekasih hati saya ni. Haishh, rindunya!
*Padahal lama lagi ni nak jumpa tapi dah heboh satu dunia. Fatin.. Fatin..

Kalau ada rezeki, insyaAllah masa plan kami nak pergi Melaka Wonderland dengan Miya dan kawan-kawan yang lain, Si Rashidi ni dapat lah datang kan. Plan nya bulan Januari 2011. Lama lagi tapi nak buat macam mana kan, kena lah tahan perasaan rindu yang membuak-buak ni.


Ehh! Ehh! Rindu lah! Rindu! Rindu! Rindu dekat awak! :(


Bila nak jumpa lagi?? T_T


Last but not least, I Love You, Rashidi! Whoot! Whoot!

Monday, November 29, 2010

Selamat Jalan Romeo

Assalamualaikum.


Kenapa tajuk entry aku kali ni selamat jalan? Korang tahu? Mesti tak tahu kan? Tajuk aku ni berkaitan dengan Si Jejaka hati saya tu lah.


Macam ni, now kan aku tengah semester break and dia pula dah habis semester. Kiranya dia dah habis belajar lah. Sebelum dia balik rumah dia dekat Perak sana tu, dia balik rumah aku dulu. 3 hari 2 malam juga lah dia dekat rumah aku ni (macam hotel dah) :D Tapi tak kesah lah. Atleast dapat juga jumpa dia buat kali terakhir. Terakhir ke? Maybe not. Maybe buat pertama kali agaknya :)

Tiket bas beliau tepat jam 10 malam. Jam 8 malam kami dah keluar rumah dah sebab mummy and abah nak makan luar, so jalan sekali lah semua kan. Kami sampai setengah jam awal dekat Larkin Sentral tu. So dah lepas hantar tu, aku tinggal lah dia kan sebab sedara jauh aku nak datang rumah. Before tinggal kan dia tu, aku salam dia, dia cium pipi kanan, kiri dan dahi aku. Ya ALLAH!! Masa dia peluk aku, rasa sebaknya hati that time tuhan je lah yang tahu :(

Aku tak lepak lama-lama. Lepas dia peluk cepat-cepat aku lepaskan pelukan dia sebab takut meleleh air mata kaca aku yang bernilai ni. Tak nak lah kan nangis depan dia nanti dia pula nangis sebab dia gembeng, cengeng, kuat nangis. Oppsss! Kantoi dah! Sorry awak! :D Tadi aku message dia tanya bas dah jalan belum, dia cakap belum. Kesian dia kena tunggu sorang-sorang.

( Hey pak cik driver bas! Boleh tak pak cik jalan cepat sikit? Kesian BF saya tau nak balik rumah awal-awal. Pak cik jangan bawa bas laju-laju eh pak cik? Pak cik jaga BF saya betul-betul tau sebab dia ada semput lah cik. Takut anything happen to him. Air cond jangan on kuat-kuat tau pak cik! Kalau dia tertidur, tolong selimut kan dia. Bantal musyuk dia jangan bawa lari ok! Saya mengharap dekat pak cik ni! ) *Macam lah driver bas tu dengar aku membebel sorang-sorang ni*


Hopefully dia selamat sampai ke rumah dia. Amin......


Sampai R&R jangan lupa beli topup and message kita ok shidi!! I'm waiting....


Selamat jalan dan selamat tinggal Mohamad Rashidi bin Mohamad Zainol. Ada masa nanti datang lah Melaka ok? Kita outting and overnight sama-sama lagi macam dulu. Take care b. I love you so much! Mmuuaaahhh!! :*

♥ ♥ ♥

Ehh! Terjiwang lak kat sini. Sorry guys! :D

Salam.

Friday, November 26, 2010

Bermula lah sebuah kisah....

Assalamualaikum.

Lama sudah aku tidak meng-update blog ni sebab busy dengan belajar, belajar dan belajar (tak ada lah belajar sangat, main je lebih). Bila dah lama tak update blog ni rasa macam tak tahu dah nak tulis apa dalam ni sebab terlalu banyak cerita sepanjang aku meninggalkan blogspot. Kesian blogspot rindu aku (aku tahu kau tipu!). Rindu juga nak ber-blogging ;P


Mana nak start ni?? Tak tahu nak cerita yang mana satu......

Ok. Mula dengan tarikh keramat aku lah boleh?? ;)


Tanggal 20 bulan 10 tahun 2010 hidup aku dah jadi DOUBLE ^_^ Masa tu pukul 20:10 (24 hours). Mula-mula malu-malu juga lah. Macam kucing dah ter-ngiau-ngiau dekat cafe kolej aku tu. Last-last aku terima juga. Tak tahu macam mana boleh terima. Sayang punya pasal kot *_^ Masa tu terpinga-pinga juga lah, betul ke mamat ni kan. Ke main-main. Sekali betul so aku pun on je lah. Gataiiii ;)

Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa semuanya aku tulis ada 2010? Maklum lah, sejak aku duduk belajar dekat Melaka, Melaka kan negeri yang maju (maju ke??). Korang tak kan tak dengar radio or tengok kotak kaca yang gerak-gerak dekat rumah korang (TV) pasal Melaka maju? Tak tengok? Kuno lah you all ni. Benci I tau, dah lah I stay Melaka sekarang. Pada tarikh 20.10.2010, jam 20:10 Melaka telah di isytihar kan sebagai Melaka Maju dan telah menjadi tarikh keramat aku dan si jejaka pujaan

Konon cun, cantik, handsome, comel, kacak semuanya lah tu pilih tarikh tu padahal tak sabar nak tuttttt... (Top government secrete) :D

Si Gadis merajuk dengan Si Jejaka :(

Si Gadis bahagia bersama Si Jejaka

Ahhhh! Sudahhh! Tamat cerita pasal si jejaka dan si teruna. Ehh! Si teruna lak, si.... Sang kekasih perempuan kita panggil apa erk? Tak tahu lah. Hentam je lah... Tamat lah sudah cerita dongeng si gadis dan Si Jejaka..... *THE END*


Pada tanggal 8 November 2010 kalau tak silap aku lah kan, final exam aku start. Nervous juga lah bila nak dekat tarikh tu tapi aku dan yang lain-lain masih stay cool lagi. Siap boleh main-main lagi time belajar semua. Haihh. Apa nak jadi kitorang ni kan? Biasa lah budak baru masuk kolej, memang lah main-main lebih ;) Esok nak jawab paper, malam tu baru nak baca buku, belajar, selak buku semua. Bukan main lagi tak tidur sampai lah paper start (time jawab mengantuk tak ingat weyh! Terkeluaq ayaq liuq basiq saya tau!). Mula-mula start final, one week one paper. Masuk week yang kedua pun macam tu juga. Satu paper juga. Sementara nak tunggu paper seterusnya, aku balik JB, rumahku syurgaku. Tapi satu apa buku pun aku tak bawa balik.

Then balik je Melaka semula mula lah gabra nehiii... Menggletat macam ulat gonggok kat hostel aku kena air panas or air sejuk :P Time tu mula lah nak belajar sampai pagi. Senang cakap setiap kali ada paper, memang aku tak tidur lah sampai ke pagi. Kadang-kadang tu tidur 2 or 3 jam je. Konon belajar lah kan tak tidur sampai ke pagi. Belajar dekat bilik TV, mana satu yang akan menguasai minda kita dengan lebih banyak? Mesti lah flat screen TV kolej aku tu kan? Sambil belajar sambil kuikuikui kahkahkah (gelak sakan) macam mana nak masuk semua apa yang dah belajar.


Belajar dan bergolek? :D


Belajar dan bergambar? Boleh lah :D


Belajar dan belajar bersungguh-sungguh


Tadi 26.11.2010 baru lah habis paper aku. Paper aku semua sekali ada 5 paper. Paper Introduction to Business, Fundamental to English, Information Technology Fundamental, Business Mathematics dan yang terakhir paper Financial Accounting 1. Kesemuanya senang-senang belaka (berlawanan). Haihh. Sampai tak terkata lah senangnya. Adi Putra pun boleh jawab sambil makan kuaci tau.

Bila dah habis paper, hati punya lah suka, gembira, happy dan sama maksud dengannya. Tapi bila duduk melepak dengan kawan-kawan dekat bilik hostel, baru lah terfikir TAKUT KENA REPEAT. Ok, bila fikir pasal tu memang menggigil bhaii kaki. Hopefully tak ada lah sesiapa yang repeat. Amin......

*Confirm ada punya yang repeat paper. Tengok lah nanti. Grr ~

Now dah balik rumah tak tahu nak buat apa so aku update lah blog aku yang bosan ni. Tehee! Tu je lah buat masa ni. Nanti kalau ada masa, insyaAllah aku akan update lagi.

Tungguuu ..........

Monday, October 11, 2010

Weee ~

Salam 1 Malaysia!!

Setelah sebulan aku tak update blog, rasa macam rindu lak nak update. Walaupun tak ada cerita! Ehhh! Ada sebenarnya tapi biar lah rahsia. Haha. Tak boleh cakap sebab public kot. Kalau nak tahu contact-contact lah aku ok? Hehe.

Just nak cakap thanks dekat kawan-kawan KPMAM sebab banyak bantu aku. Kepada abang sem 5 tu kan, tolong lah jaga 'GF' awak elok-elok ya?? ;)

KPMAM best kot. Haha. Aku tahu dulu aku cakap tak best semua kan?? Now aku nak cakap, KPMAM THE BEST!! Sebab Miya Edora ada. Haha. Cinta mati dekat kau lah tambi!! Dapat elaun jangan lupa aku ok kawan?? *_<

Assalamualaikum...
Bye :D

Friday, September 10, 2010

Salam Eid Ul-Fitr

Salam 1 Malaysia dan Selamat Hari Raya semua!

Macam yang aku cakap lah kan sebelum ni, raya aku kali ni bosan. Yeahhh!! Sudah sememangnya bosan!! Haha. Raya pertama aku bangun lambat, then bangun-bangun bukan pergi siap-siap pakai baju raya, make-up bagai tu semua. Tapi aku dengan seluar pendek beserta t-shirt saje, pergi cuci pinggan mangkuk yang berlambak dekat dapur tu. Haha.


1 Malaysia wadah perpaduan,
Ramadhan berlalu kita tinggalkan,
Jalinan persaudaraan kita eratkan,
Syawal tiba kita raikan.


Ehhh! Terbagi pantun lak. Hee.

Nak sambung cerita ni, aku salam raya dengan family aku dalam pukul 4 petang kot. Lambat kan?? Tak tahu lah kenapa raya tahun ni lambat sangat sampai petang. Maybe semua penat kot, then nak tunggu kakak aku datang dengan family dia lagi. Tu yang lambat kot.


Indah persada berjejal bintang,
Sinar purnama di hujung desa,
Lebaran tiba disambut girang,
Mohon diampun salah dan dosa.


(Sambungan pantun atas tadi. Hehe)

Lagi 1, duit raya ni haaa. Tak ada langsung. Betul lah cakap kau, Zarul, kita dah tua, tak ada lagi yang nak bagi duit raya. Huuwwaaarrgghhhhhh!! Sedihnyaaa!! Mulut kau sememangnya bacin ok Zarul Dzarif! Benci kau! Haha. Tapi aku pun rasa macam tu juga, dah besar kan buat apa nak kutip sangat duit raya ni. Aku tunggu duit elaun dari KPMAM, kolej aku je nanti. Tak sabar nak jadi kaya sekejap :)


Yang jauh kami dekatkan,
Yang dekat kami rapatkan,
Yang rapat kami mesrakan,

Semoga silaturrahim berkekalan.


(Lagi sekali :p )

Sampai ke malam aku dekat rumah je, tak kua ke mana-mana pun. Memang bosan lah raya kali ni!! Tak sabar lak rasanya nak balik melaka. Huhu. Kawan-kawan pun semuanya busy memanjang. Ada yang balik kampung, ada yang beraya rumah sanak sudara. Haihhh.

Abahhhh!! Jum lah pergi KL, kita raya sanaa!! :(

The conclusion is, raya tahun 2010 memang tak best bagi aku tapi best bagi orang lain. Huhu.

Sekian, Terima Kasih.




Janji ialah suatu komitmen. Komitmen bahawa ia bukan sekadar kata-kata. Komitmen yang membuktikan nilai suatu kepercayaan. Baik kecil mahupun besar, genggamlah janji anda seerat mungkin. Agar tiada insan yang ternanti-nanti. Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Pesanan penaja :
Menggenggam janji, menyimpul kasih di Aidilfitri.


Fatin Nabiha Zulkifli

Thursday, September 9, 2010

Raya??

Assalamualaikum semua. Esok last kita berpuasa. Sebulan sudah Ramadhan berlalu. Terasa cepat sungguh (maklumlah puasa tak cukup). Terasa sedih nak tinggal kan Ramadhan. InsyaAllah kalau di panjang kan umur, Ramadhan akan datang kita akan berjumpa lagi :)


Yayy! Yayy! Esok raya! Duit raya! Duit raya!! :D


(Mood raya tak ada pun sebenarnya. Saje je nak happening kan suasana yang suram ni)

Tak tahu lah kenapa mood raya aku tahun ni malap sungguh. Langsung tak ada pelita hidup, sedikit lampu menerangi jalan-jalan, lorong-lorong, liku-liku untuk sampai ke jalan sambutan hari raya tak ada langsung. Kenapa agaknya ye?? Kau tahu tak kenapa??


Selamat hari raya!!
Raya!! Raya!! Raya!!


(Ok, dah menjerit satu taman delima pun, aku still tak ada semangat nak raya. Tolong lahhhh!!!)

Mungkin lah kan, aku rasa sebab aku dah besar kot. Then raya pun semakin hari semakin meningkat (maksudnya raya awal tahun lah, bukan akhir tahun lagi), tu yang bosan sikit kot. Naik raya lak ada exam then final exam. Bertambah-tambah tak best lah raya aku ni haaa.


Esok dapat duit raya?? Pakai baju raya?? Wahhh!! Best-nyaa!!


(Ahhh!! Masih tiada pelita raya aku!!)


Kenapakah?? Kenapakah?? Kenapakah?? Yeahhh!! Aku rasa sebab aku dah besar, tu yang tak merasa raya lagi tu. Huhh ~ Benarkah?? Benarkah?? Benarkah??


(Tak ada mood raya tapi baju raya sekoyan ni)

Tak apa lah, kalau aku tak ada semangat nak raya, aku tetap akan wish dekat korang semua ....








SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

AMPUN DAN MAAF DIPINTA,
MOGA CAHAYA SYAHWAL KALI INI MEMBERI SERIBU MAKNA DAN DERKAT DARINYA.. AMIN..

IKHLAS DARI :
FATIN NABIHA ZULKIFLI
;)

Thursday, September 2, 2010

Thank You! and Wishing

Nak ucap kan terima kasih kepada si DIA yang ingat birthday aku walaupun DIA lambat wish. Actually tak expect lak yang DIA akan wish birthday aku kan. Lagi pun dah malam dah masa tu. So aku tak cakap pape lah, just redha je, maybe DIA dah lupa. Tak apa lah kan. Tup tup masa nak tidur tu, message datang lak. Baca-baca bukak ada orang wish lagi birthday aku. Tapi aku tak save kot number tu. Aku tanya lah siapa, mula-mula terfikir gak DIA, tapi tak mungkin kan. So tanya je lah. Sekali jangkaan aku tepat, memang DIA yang wish. Thanks lah kawan sebab still ingat birthday aku walaupun kita tak lagi sehaluan jalan dan tak lagi ........... Ermmmm ... Entahhh ....

Terima kasih sekali lagi kawan :) Mesti korang ingat DIA tu lelaki kan? Heee, bukan lah. DIA tu perempuan lah. Kawan baik aku since form2 kalau tak silap, Nurul Farhanah Roslan ^_^

Ohhhhh .... Rindu mereka yang melampau lagi terlampau. Hermp ..... *REDHA

2 September 2010
HAPPY 18th BIRTHDAY NURUL FARHANAH ROSLAN!!
May God bless you sayang.
Take care always ok? :)

Monday, August 23, 2010

Ronda Bandar Melaka

Pada 21 Ogos 2010, aku dengan 7 sahabat (termasuk aku) keluar dari asrama KPMAM kami tepat jam 4 petang. Heee. Destination yang ingin di tuju ialah Dataran Pahlawan (DPT). Before keluar tu actually budak-budak ni tanya, kalau keluar petang nak balik bila? Aku jawab "balik malam lah, lepas buka". Yang si cappy ni pula sibuk cakap, kalau macam tu baik overnight dekat luar. Aku ni lak, tak paham yang overnight makna nya tak tidur, just jalan-jalan je dari malam sampai lah ke hari esok nya. Ok lah kan, selamba jawab "ok lah, overnight. hembus je lah kan".




Then kita orang pun keluar lah macam biasa, tapi seperate lah kan. Mana muat 1 kereta 7 orang. Aku, cappy, edora dengan radzuan naik 1 kereta, yang lain-lain, acap, ari dengan pian naik kereta lain kot. Maklum lah, tumpang menumpang ni kan amalan mulia. Stay KPMAM ni susah kot nak cari transport. Nak keluar pi bandar lagi lah harammmmm!!! Bapak jauh ok! Heshh. Sampai je dekat jalan pemisah antara DP dengan MP (Mahkota Parade), kita orang singgah MP dulu. Saja gatal nak tukar destination. Member yang lain lak pergi lah DP. Dorang punya hangin, perghhhh! Tak tahu lah nak cakap apa kan. Pada hal bukan besar sangat pun masalah tu, tapi masing-masing buat muka, hehhhh. Tak tahu lah nak describe kan macam mana lagi kan. Last-last aku cakap dengan dak-dak yang stay dengan aku ni, jom pergi DP, abis cerita. Bila dah sampai DP, dah jumpa semua, baru lah nak senyum-senyum kan. Kalau tak muka masam je, macam DP dengan MP tu jauh berbatu-batu. Geram je tengokkk!




Jalan punya jalan, tengok jam dah pukul 6.40 petang. Terus cari port nak berbuka. Mula-mula ingat nak buka KFC, tapi penuh lak tempat tu. Dah lah aku nak tersungkur dekat depat pintu KFC tu. Tak tahu lah kan ada yang nampak tak. Kalau ada nasib lah. Tapi memang malu gila. Lapar punya pasal kan, tahan je lah muka yang tebal tu. Heee. Last sekali, tempat makan paling senang lagi jimat, food court MP tu haa. Murah pun murah kan ;) Tapi yang paling aku tak tahan tu, orang yang tak puasa (ada lah yang memonteng tu) pula yang bersungguh pergi beli makanan. Pelik betul aku masa tu. Aku lak yang kena jaga meja dengan beg dorang. Memang terbaik lahh aku cakap. Hadoi.




Lepas je buka puasa, lepak dekat depan Starbucks. Sambil lepak sambil fikir mana pula destinasi seterusnya. Macam-macam cadangan aku dengar malam tu, tapi semua tak jadi. Yang jadi nak g Jonker Walk je. So kita orang pun terus lah jalan nak pergi Jonker Walk, tapi salah jalan ni. Ok muka semua confident je kan jalan ke arah yang salah. Dah jauh juga lah kan kita orang jalan arah yang salah tu, last-last cappy ambil keputusan bijak, tanya pak cik jaga bangunan tepi jalan tu. Haha. Time tu memang semua penat kot, tapi nak pergi Jonker Walk punya pasal, kami terus kan juga perjalanan tu. Patah balik dekat DP tu then berhenti kejap. Dorang nak pergi toilet lah apa lah. So stay kejap tepi mcD tu. Dah siap, abis semua kita orang jalan lagi sampai separuh jalan kot, aku dengan edora memang dah malas gila nak jalan, last-last aku dengan edora tahan pak cik bawa beca tu. Tanya berapa, dia bagi RM10. Ok lah tu kan? Kita orang pun naik lah. Heee. Tapi memang kesian lah dekat pak cik tu. Kita orang ni berat kot! Masa nak naik bukit tu, pak cik tu turun beca then tolak beca tu. Tak larat dia nak kayuh. Aku dengan edora macam nak turun je tolong tolak sekali. Tapi malas. Haha :D Yang lelaki semua jalan kaki. Dorang kan "tough". Hehe ^_^




Sampai je Jonker Walk tu, kita orang jalan lah sepanjang-panjang tu kan. Ramai gila orang, memang tak boleh nak cerita lah kan. Sesak gila, biasa lah pergi pun malam ahad, memang lah ramai kan. Dari hujung kanan sampai lah ke hujung kiri kita orang jalan. Then berhenti rejat kejap dekat tengah-tengah jalan tu. Then tiba-tiba acap cakap dia nak cari makanan ubi yang panjang lagi berperisa tu. Kita orang pun cari lah kan, cari punya cari tak jumpa-jumpa. Then siapa entah yang nampak kedai ubi tu tersorok di antara celah-celah kedai tu. Sedap memang sedap tapi kurang rencah lah. Acap beli perisa cheese, aku beli BBQ. Engat kan nak save-save sepanjang jalan nak bagi member yang dah ke depan tu rasa, tapi tak sempat nak sampai depan dah habis. Sampai je tempat dorang, dorang buat muka sebab ubi tak ada. Haha. Tu lahhh, siapa suruh gerak asing-asing kan, kan dah tak dapat rasa. Hehe.





Lepas tu, di pendek kan cerita, kita orang memang tak ada tempat nak tidur dan tak ada hala tujuan mana yang kita orang nak pergi malam tu. Last-last pergi jalan-jalan, lepak, ambil gambar. Macam apa dah, heee. Kalau korang nak tahu, actually melaka tak boleh melepak tau dekat mana-mana. Nanti mesti kena halau macam kita orang ni haaa. Mana pergi, semua mesti kena halau. Kesian tak kesian lah kan asik berpindah randah. Macam orang nomad dah :) Sampai lah keesokkan hari nya kita orang tak tidur. Tapi memang seronok tak terkata lah babe. Lagi-lagi dapat seharian dengan budak tu kan. Perghhhh!! Rasa macam dunia tu aku yang punya lahhh! Haha. Dup dap dup dap je jantung aku masa tu. Best dapat tengok muka dia setiap masa. SUKA GILA!! ^_^


(gambar-gambar yang atas tu lah gambar sepanjang kita orang keluar. Tak semua gambar aku masuk kan)

Thanks korang sebab jalan-jalan macam n. Had fun sangat-sangat ;)

TAMAT ...... :)

Wednesday, August 18, 2010

Bila???


Rinnnnddduuuuuuuu sangat-sangat-sangat nak jalan-jalan dekat bandar JB. HUHU. Bila nak balik ni?? Tolong lah wahai cik masa, saya nak balik secepat yang mungkin. Tolong lah cuti raya cepat sikit, tak sabar nak jumpa kawan-kawan dekat JB sana tu haaa! Rindu dengan mereka! ;(

Monday, August 16, 2010

Ramadhan di KPMAM

Whoaa! First time puasa dekat tempat orang ni. Sahur sorang-sorang, buka sorang-sorang. Tapi setakat ni ok lah. Nanti lama-lama biasa lah kan? Hehe.
Sorry lah lambat sikit post blog pasal puasa ni, sebab tak ada masa lah nak post. busy memanjang macam sekolah menengah dah. Hehe.
Ok lah just nak ucap kan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
!

Dan dan dannnn ......
Tak lupa juga nak ucap kan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

Saje nak wish awal sebab tak sabar nak balik rumah! :)

Saturday, July 24, 2010

Life in KPM Ayer Molek, Melaka

Tak tahu nak cakap apa, yang penting tempat dia PENDALAMAN (pada aku lah). Keliling kelapa sawit. SUSAH nak dapat line maxis (handphone) and line broadband aku (celcom). Memang macam haram! Haha. Tapi kawan-kawan so far ok lah kan. Sekarang aku cuma bertiga saja, ke mana pegi mesti bertiga juga. Hehe. Malas nak cari kawan lain ;)


Sorry lah, picture tak ada lah buat masa ni sebab tak berminat nak ambil masa dekat KPM sana tu haaaa. Yang ada masa outing je lah kan, kalau nak tengok pergi facebook aku ok ;)

Please search Fatin Nabiha Zulkifli for my facebook. TQ >_<


Standard rasanya kalau pergi mana-mana sambung belajar, tak kira kolej ke, universiti ke, apa ke semua orang mesti sama kan? Mesti ada yang POYO, YEYE lagi MENYAMPAH kan mata orang lain. Itu memang dah jadi kebiasan. Naik malas aku nak fikir, tapi kadang-kadang tu ada juga lah dok buat dosa mengumpat dengan geng. BENCI BENCI BENCI!! Hehe.


Pergi KPM sana tu dengan harapan nak dapat kan 4flat, katanya ...... Haha. Tapi tak tahu lah aku boleh dapat ke tak pointer tu. Heshh. Pening bila di fikir kan balik. InsyaAllah aku akan dapat pointer tu dan jadi pelajar yang setiap sem dapat DEKAN (pelajar cemerlang). Amin ~


Dah lah, tak tahu nak cerita apa lagi. Nanti kalau ada masa or picture yang aku nak kongsi aku post entry lagi oke. Maklum lah busy belajar. Pulaaa ..... Haha. Busy juga lah kan dengan class yang berderet-deret tu haa. Heshhh. Ok bye!


Salam and Good Night ;)

Wednesday, July 21, 2010

New*



Will update her blog soon.
Wait and see ;)



Wednesday, June 23, 2010

Tag

THANKS HUDA :D


1) Apa yang anda akan buat bila anda dapat tahu member anda tikam belakang anda?
  • buat buduh then maaf kan dia kot (padahal dalam hati kutuk maki hamun dia. HAHA)

2) 6 orang dihati anda?
  • Abah
  • Mummy
  • Akak
  • Abang
  • Amani mucuk macen
  • Someone that i love maybe ;)

3)Anda rasa anda comel?
  • errr .... tak kot tapi orang cakap saya comel. betul kew?? HAHA (perasannn!!)

4) Single ?
  • Yesss!! I'm single and available. Nak borang? Bolehh, pegi kat hospital sakit jiwa oke :D

5)Blog yang anda suka?
  • semua blog yang saya follow.

6)Adakah bilik anda kemas setiap hari??
  • ouhh tidakk! bilik saya berselerak bagai oke (jujur ni)

7)Lagu terakhir yang anda dengar?
  • dear life - anthony hamilton

8)Last teks mesej?
  • kawan terhebat, sharifah faezah (jiran jur tapi nak msg bagai. hehe)

9)Last phone call?
  • call aida aidid yang gedik. hehe

10) Hari terakhir anda menangis?
  • semalam (nangis gedik)

11) List 5 kaler favorite anda?
  • hitam
  • merah
  • biru
  • merah jambu
  • kuning keemasan

12) Orang terakhir anda ber-Ym?
  • siapa erk? boy kot, tak pun wawa. tak ingat lah.

13)Game paling anda suka?
  • lumba kereta. seronok! champion kot. haha

14) Adakah anda peminat MCR?
  • takkk!! tapi MCR yang minat saya :D

15)Apa perasaan anda menjawab Tag ini?
  • biasa saje :)

16)Anda rasa Tag ini best?
  • boleh lah -.-

17) Tag lagi kepada 10 orang
  • sape-sape je lah yang terbaca, korang buat lah tag oke ;)

Tuesday, June 22, 2010


*sigh. Sekarang mood aku tak menentu. Kenapa? Korang tanya aku kenapa? Well ...... Disebabkan aku pun tak tahu jawapannya so aku akan cakap dekat korang yang AKU PUN TAK TAHU APA SEBABNYA.


Setiap hari rutin harian aku macam biasa aku bangun tidur lambat (tak senonoh kan anak dara sorang ni??). Ishhh! Tak de lah lambat sangat kan tapi di ketegori kan lambat juga lah. Lepas bangun tidur, aku tak terus mandi, sebaliknya aku akan turun ke bawah lepas tu on kotak hitam yang berukuran 42 inch dekat hall rumah aku (television lah sengal). Lepas tengok TV, mula lah perut meragam kelaparan. Berjoget-joget makanan depan mata aku yang menghalang aku untuk menonton kotak hitam lagi bergaya itu. Hermpp. Kadang-kadang sampai ke petang aku tak mandi di sebabkan kemalasan yang melanda diri ku ini.


Fatinnnn!!! (Yew, aphal??) Perangai kau macam ni, macam mana nanti kau dekat kolej?? (Entah lah erk, insyaAllah bila dekat kolej aku berubah kot.) Kalau lah boleh kan, ishhh. Buruk perangai kau tahu, anak dara. (Suka hati aku lahhh!!! Jangan sebok boleh?? Aku tak susah kan kau pun kan??) Oke, fineee!! lantakkk..... (Good!)


Ini boleh di ketegori kan dalam perkataan DEPRESS kan? Or maybe STRESS?? Or ..... What ever lah. Tak tahu dah. Hermppp. Punca nya masih tidak di ketahui lagi kenapa, kerana pakar bedah forensik aku cakap dia tak dapat kenal pasti penyakit aku ni. Malang sungguhhh! Sambungan kisah di atas, aku bila sorang-sorang, kadang-kadang macam rasa nak menangis. SObs sobs sobs. Kadang-kadang tu meleleh juga lah air mata kaca aku ni kan but still, aku tak tahu kenapa. Bila menangis dengan sendiri nya, jantung aku mula lah laju, perasaan mula lah gunda gulana semuanya. Seperti serba serbi tidak kena. Kenapa kah??


Perasaan macam tu memang buat aku tak selesa oke. Sometimes sampai aku rasa, paip dekat mata aku ni bocor ke sebab aku menangis tanpa sebab, kew sebab terlampau banyak air mata, tu yang dia nak melimpah keluar tu. Or maybe sebab aku dah lama tak menangis so dia nak aku rasa tu balik, then dia pun keluar lah. Begitu kah?? Pelik kan tapi benar oke! And now aku pun selalu dapat mimpi yang pelik-pelik, mimpi yang aku tak jangka terjadi or dapat, mimpi yang tidak di kenali orang nya, mimpi yang ...... Macam-macam lagi lah mimipi.


Ada ketika mimpi tu buat aku tersenyum. Ada ketika mimpi tu memang menggembirakan aku tapi buat aku menangis sebab terlalu gembira kot. Ada ketika mimpi tu buat aku takut dan tidak henti-henti memikirkan nya. Ada ketika mimpi tu macam tak masuk akal sebab orang yang jauh ada dan aku tak kenal ada dalam mimpi aku. Ada ketika mimpi tu aku macam nak hapus kan saja. Ada ketika ............ Dia muncul tanpa kata-kata :(


Orang cakap kalau kita mimpi kan orang, kita rindu dia. Betul ke? Tapi yang aku pelik, aku tak teringat langsung pada orang yang ada dalam mimpi-mimpi aku, lagi kan nak terpikir pasal dorang. Tiba-tiba dapat mimpi. Mungkin kah mereka yang mengingati aku? Heshhh ..... (perasan gila!!)


*geli dengan ayat entry sendiri sebab macam jiwang. HAHA.


Mood memang totally serabut and tak dapat di selamat kan melainkan ada Prince Charming yang datang. Kehkehkehh *gedikkkk! :D


Dah lah, tak tahu dah nak merepek apa lagi. Sorry lah cause entry kali ni (dan sebelum-sebelumnya) tak berapa nak best and sorry sebab tak de title. Tak tahu nak letak tajuk apa sebab semuanya macam tak kena.


Korang buat lah conclusion sendiri oke pasal cerita atas ni. Ni semua draft je, kalau nak tulis betul-betul, 1000 muka surat pun belum tentu cukup. Hehe.


Bubbye and take care the readers.

Assalamualaikum w.h.t ;)

8 reasons why I'm single

1. Because every good looking guy is a jerk.

2. Because every nice guy isn't good looking.

3. Because every nice and good looking guy is taken.

4. Because every nice, good looking, single guy is broke.

5. Because every nice, good looking, single, rich guy is a cheater.

6. Because every nice, good looking, single, rich, non-cheater guy is a gay.

7. Because every nice, good looking, single, rich, non-cheater and straight guy doesn't have interest in us.

8. Because every nice, good looking, single, rich, non-cheater and straight guy that does have any interest in us ...... Has kids and divorced!!


LOL. Is it true?? *sigh

Monday, June 21, 2010

Stress! isk ~ isk

Apa yang buat aku stress sangat ni????

Ini! Ini lah punca nyaaa!!! Masalah keguguran rambut yang melampau lagi kritikal lagi nazak. Ishhhh!! (tak de lah kritikal sangat and tak de lah gugur over macam minah atas ni. Hehe)



Kenapa mesti kau gugur wahai cik rambut yang lurus lagi degil lagi tak lawa?? Penat tau aku jaga kau setiap hari. Aku belai kau, aku cuci kau bagi wangi dan bersih, aku sikat kau, aku ......... Apa lagi??? Macam-macam lah aku buat! Tapi kenapa kau masih lagi nak jatuh ke bumi wahai cik rambut?? Tempat kau cuma berada di atas kepala ku sahaja oke! Jangan nak gatal-gatal turun ke bumi. Heshhh.


Ni yang nak marah ni ~


Macam-macam dah aku buat supaya keguguran rambut aku berkurangan. Tukar shampoo?? Sudah! Pakai shampoo yang 'anti hair fall' pun sudah. Pakai perapi rambut?? Cek! Pun sudah lah gila! Semua nya aku dah guna dah tapi still sama oke keputusan nya. Tiada yang berubah sikit pun. Grrrr ~ Setiap hari kot aku cuci rambut. Huh.

.....................................................................

'Adik gila ke apa hari-hari nak cuci rambut?
Botak and putih nanti baru tahu.'

'Mummy, rambut adik tak boleh tak cuci lah,
nanti lagi rosak oke. Berminyak then melekap je
dekat kepala. Buruk tauuu!!'

'Orang cuci rambut 3 or 4 kali seminggu.
Bukan macam adik everyday.'

'Ishh! Mummy ni tak paham lah!'

......................................................................

Mak aku pun tak paham apa yang aku alami. Dia kata sebab selalu shampoo? Betul ke? Entah lah, aku memang suka shampoo rambut hari-hari sebab dah jadi kebiasaan kot. Hermppp. Walaupun aku kata yang rambut aku gugur tahap gaban yang super kritikal ni (pada aku lah), tapi orang sekeliling aku semua cakap yang rambut aku oke je, tak de nampak gugur nya (Haaaaa,,, tu nak jaga hati aku ke apa tu???). Tapi memang dorang tak nampak kot sebab rambut aku ni gila tebal macam penyapu rumah aku ni haaa.


Tu je lah kelebihan rambut aku yang menutup segala keguguran rambut aku. So orang tak nampak sangat rambut aku dah botak or nipis or what kan. Aku nak rambut aku yang dulu!! Lebat gilaaa! Ikat pun, getah boleh putus sebab terlampau lebat. Huhu. Rambut ......... Mana kau?? Kenapa kau buat aku macam ni?? Kau tahu kan yang kau tu mahkota bagi setiap wanita?? Huhu.

Aku nak rambut lebat and panjang macam ni balik!! Tolong lahhh!! Yun Nam Hair Care pun tak boleh nak ubat kan rambut aku, rasanya lahhhh..... (Tak de duit then nak cakap Yun Nam tak bagus lak. Piiirrrraaahhhhh!! :) )



Ada sesiapa yang tahu macam mana nak mengatasi masalah ini?? Sila hubungi saya di talian 010-1234567. Bantuan anda amat di hargai (dengan segera!!).


Terima kasih ;)


Hehe.

Dia .........

Dia seorang yang baik hati. Dia seorang yang happy go-lucky serta tidak banyak bersuara. Dia sayang akan anak-anak nya terutama anak bongsu nya (oke yang ni perasan).Dia segala-galanya bagi kami. Dia Sentiasa ada di sisi keluarga tak kira sesibuk mana pun kerjanya, Dia tetap akan duduk bersama keluarganya. Saya sayang kan Dia. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa sayangnya saya kepada Dia. Dia selalu menolong kawan-kawan, adik-beradiknya yang di dalam kesusahan. Walaupun Dia jarang mendapat kan balasan yang setimpal, tapi saya tahu Dia juga tidak pernah meminta balasan untuk kebaikan yang di lakukan olehnya. Dia sentiasa ikhlas menolong orang.


Saya tahu saya banyak menyusahkan Dia dan membuatnya berkecil hati mahupun marah. Walaupun saya berbuat begitu, tetapi Dia tetap, sentiasa, masih menyayangi saya dan tidak boleh berjauhan dari saya. Kerana katanya saya adalah 'handbag'nya. Kemana Dia pergi, walaupun sedekat 50 meter jauhnya dari rumah, Dia tetap akan membawa saya dan mengajak saya. Dia segala-galanya bagi saya. Hanya Dia sahaja yang paham, tahan dengan kerenah saya. Ke mana saya hendak pergi, Dia akan memenuhinya dengan tiada rasa penat lelah. Dia .......... Sentiasa Dia yang melayan kerenah anak-anaknya.


Siapakah Dia?? Dia ialah bapa kepada 3 orang anak dan suami kepada seorang Ibu yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.
Dia ialah ayah saya, ayah kesayangan saya! Saya sangat menyayanginya lebih daripada apa yang Dia tahu.



Zulkifli bin Mohd Noor


"Abah ... Adik nak mintak maaf if adik selalu buat abah marah, selalu buat abah sakit hati, selalu jadi annoying and spoil brad. Walaupun adik macam tu, tapi adik tetap sayang abah tak kira apa pun yang terjadi. Terima kasih abah, sebab tahan dan sanggup melayan kerenah adik ni. Mummy, akak, abang pun tak sanggup nak layan adik seperti abah. I love you so much, abah ♥"




A Dad is respected because he gives his children leadership.

A Dad is appreciated because he gives his children care.

A Dad is valued because he gives his children time.

A Dad is loved because he gives his children the one thing they treasure most – himself.

HAPPY FATHER'S DAY, ABAH.



The End ~ ♥

Wednesday, June 16, 2010

Mereka :(

Rinduuuuuuu!!! Terlalu rinduuuuuuu!!!!! Korangggggg!!!!!! :(



Hermpppppppp (mengeluh panjang). Kenapa?? Aku pun tak tahu kenapa lately ni aku sedih sangat-sangat lepas kehilangan kawan-kawan yang aku sayang dari form1 sampai ke form5. Huhu. Setiap hari aku teringat kan dorang (tak tahu lah kalau dorang ingat aku tak kan, tapi for sure mesti dah tak kan??) Ye, aku tahu dorang tak ingat aku lagi, so tak payah remind aku ok sebab terasa sangat hati ni........................... ;(



Yessss!!! Aku mengaku memang susah orang lain nak ganti kawan yang memang dah sebati dengan kita kan?? Aku pun tahu memang tak ada orang lain yang sama dengan dorang. And totally yessss again, aku mengaku memang aku salah and tersalah langkah dalam apa jua aku lakukan. Aku memang menyesal sangat-sangat. Korang tahu kenapa?? Sebab everyday aku keluar rumah, tengok handphone, online mesti aku teringat dekat korang. Hermpp. Kalau aku ada supercartoon aku, DORAEMON, memang aku mintak dia kembali kan aku ke masa lalu yang tak ada masa akan datang sebab aku takut perkara macam itu berulang lag. Tapi tu semua hanya mimpi kan?? Huhu. (terima kenyataan Fatin!!!!)



Kenangan yang di lalui bersama korang semua memang tak boleh nak dilupakan walaupun sesaat. Oke fineee!! Aku tahu korang memang marah sangat dekat aku kan? Well, setiap manusia buat salah kan? Huhu. Huhu. Setiap peristiwa yang kita lalui bersama semuanya tak pernah lekang dari ingatan aku. Huhu. Yesss!!! I'm a spoil brad!! I know that!! Huhu. Setaip masa aku selalu tertanya-tanya apa korang buat, apa korang cakap kan, apa korang gelak kan. Huhu. Kawan yang sekarang tak boleh ganti yang seadanya. Huhu. Semua benda aku teringat kan pasal korang, even kalau nak keluar dengan kawan-kawan pun aku teringat pasal korang. Hermpppp :(



Tapi sekarang aku nak sambung belajar dah and maybe aku pun ambil keputusan supaya aku jarang kan balik Taman Daya, sebab terlampau banyak peristiwa kita bersama di sini. Aku akan ubah jadi orang yang lain dan baru selepas 3 tahun dari sekarang. Huhu. Sumpah sedih okeeee!!!! Aku tak tahu nak describe macam mana kesedihan aku ni lagi. Lepas je korang pergi, semua orang dah lain dengan aku. Aku tahu tak ramai yang senang kawan dengan aku kan? Tapi aku tak kesah lah kan and aku happy dapat jadi kawan baik korang selama 5 tahun kita berkawan. Huhu.



Aku ingat lagi masa kita sama-sama dulu, buat jahat sama-sama, ketawa sampai keluar air mata sama-sama, kutuk-kutuk orang sama-sama, keluar semua sama-sama. Sampai cikgu-cikgu, kawan-kawan semua cakap kita ni memang tak boleh nak di pisah kan sebab di mana ada aku mesti ada korang. Perkara wajibbbb!!! Huhu. Tapi sekarang???? Semua nya aku buat sorang-sorang. Duduk terperap dekat rumah, kawan-kawan message pun macam malas nak layan. Selalu sangat rindu kan korang. Terlalu oke, terlalu rinduuuu!!! Huhu. Baru sekarang aku rasa macam mana rasa hilang seorang rakan karib yang terlalu akrab. Huhu. (kau menyesal pun tak guna, dorang tak kan kembali kawan dengan kau, kau kan dah buat hal, lupa kan je lah oke?) Hermppp, ingat senang nak lupa kan???? Mati hidup semula pun dorang tetap kawan aku dunia akhirat. Huhu. Tak ada yang sama dengan dorang.



Terlalu banyak masalah, rahsia, perkara, coretan, cerita dan yang kita kongsi dan kita lakukan bersama yang memang aku percaya korang pun tak akan dan tak mungkin akan bocor kan rahsia itu. Semua masalah mesti aku cerita dekat dorang, tapi sekarang..........????? Siapa yang nak jadi telinga untuk aku bercerita, mulut untuk aku ketawa, bahu untuk aku menangis. Siapa??? Tak ada sesiapa pun yang boleh lakukan itu semua melainkan korang. Huhu.



Kalau korang baca ni pun, mesti korang cakap padan dengan muka aku kan tak pun mesti korang cakap ni lah balasan aku sebab buat korang macam tu or maybe more. Huhu. Cakap lah apa korang nak cakap pun oke tapi aku memang betul-betul menyesal, sampai kiamat pun aku rasa menyesal aku tak kan hilang macam tu je selagi korang jauh dari aku. Huhu. Kalau korang boleh terima aku balik pun maybe korang rasa kekok kan nak kawan dengan aku lagi? Tak apa, semua aku paham, semua sekali. Tak ada sikit pun yang aku tak paham. Memang standard kan kalau kawan dah buat tahi, then kita nak kawan dengan dia balik, mesti macam tak selesa kan? Huhu. Aku paham semua tu :(



*berjurai-jurai air mata (T_T)



Aku just nak korang tahu yang tak kan ada kawan lain yang boleh ganti kan korang sebagai kawan karib aku sampai bila-bila. Huhu. And aku pun nak tahu yang kawan better than others tu tak kan ada orang lain melain kan korang.




*tersalah anggap* Kau memang selaluuuu!!!! Selalu sangat tersalah anggap and tersalah pilih kawan. Kau bodoh Fatin!! Kau terlalu bodohhhh!!! ;'(




Ishhhhhhhh....!!!!! Terlalu banyak, terlalu banyak sangat sangat sangat kenangan kita bersama yang memang aku tak dapat nak lupa kan dan lari dari kenangan itu. Huhu :(



Kepada Nurul Farhanah Roslan, Siti Zubaidah Abu Bakar, Muhammad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, aku mintak maaf sangat-sangat oke dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab selama ni aku banyak buat salah dan tak pandai jaga friendship kita. Aku juga nak mintak maaf sebab delete korang dalam friend list sebab masa tu aku terlampau marah sangat and terasa. Huhu. Harap korang paham. Sob sob sobbbssss!! Halal kan semua makan minum yang dah masuk dalam badan aku oke. Take care koranggg :'(





Ikhlas dari hati ke hati,
fatin ♥
:(