Followers

Tuesday, December 28, 2010

Semester Break

Assalamualaikum.


Kenapa tiba-tiba aku rasa macam aku dah besar sangat sebab dah dapat gelaran "SEMESTER BREAK" ni??


Tapi tak ada lah besar sangat. Baru saja nak jinak-jinak ayam dalam dunia belajar selepas Sekolah Menengah. Sebenarnya banyak pengalaman yang aku nak cerita pasal pembelajaran dan pengendalian dan kemasukan ke alam Universiti dan Kolej. Tapi............ Macam nak cerita, macam tak nak cerita. Aku pun tak tahu lah. Bak kata orang-orang tua, pengalaman mengajar kita daripada melakukan kan nye berulang dan berulang dan berulang kembali. Betul ke? Macam tak betul je sebab aku tak rasa kan pun perasaan tak nak melakukan lagi tu!

Tapi bila dah masuk alam Universiti dan Kolej ni, baru lah aku terasa semua tu. Macam nak menangis kalau di fikir kan balik. Menyesal pun tak ada guna juga kan so nak tak nak terpaksa lah aku redha dengan apa yang aku dapat.


Ehh! Ehh! Macam dah lari tajuk lah kan? Sorryyyyyy!!


Sepanjang cuti semester selama sebulan ni aku tak banyak buat kerja amal pun macam yang korang buat *ada ke korang buat??*. Aku kerja je sepanjang bulan ni. Siang pergi kerja sampai malam, then balik terus sambung membuta seperti biasa lah kan. Kalau tak membuta, aku online muka buku aku yang super canggih tu, tak pun aku ber-skype dengan cinta mati aku. Tu je lah kerja aku sepanjang cuti semester ni. Tapi semua tu kena tunggu panggilan telefon ataupun terima SMS baru lah aku buat tu semua. Kalau tak aku terus tidur! Hobi baru sejak balik JB.

Sepanjang sebulan ni juga, aku dah fikir panjang, dah masak-masak dah fikiran aku tu, siap campur garam, gula dan paling penting ajinomoto untuk penyedap rasa bahawa aku akan belajar lebih keras lagi untuk semester akan datang. Kenapa? Hanya aku dan orang-orang tertentu saja yang tahu kenapa dan korang tak payah lah tanya ok. Biar lah rahsia........ Aku tak nak fikir banyak-banyak sangat, nanti pak cik, mak cik, sedara-mara migrain aku datang melawat, makin parah pula jadi nya.


Lalalalalalalaaaaa...... Membebel dan membebel dan membebel lagi. Itu sudah menjadi perkara biasa untuk semua Ibu-Ibu dan perempuan-perempuan yang ada di dunia ini kan?


Tak tahu kenapa perempuan tak lari daripada cinta matinya iaitu MEMBEBEL. Boleh dikatakan setiap hari, setiap masa, setiap jam, setiap minit, setiap saat, aku mesti kena membebel. Banyak sebab aku kena membebel. Sebagai contoh, tak kemas rumah, tak kemas bilik tidur, balik kerja tak basuh muka selepas make up dan macam-macam lagi lah *memang patut pun kena sebab aku kan perempuan*. Tapi telinga aku dah tak tahan lagi nak menampung bebelannya. Dah berdarah, bernanah, berkerak lagi berkuping dah. Korang nak rasa? Jemput lah bermalam dekat rumah aku. Aku jamin korang tak kan tahan walaupun semalam!

Waktu bekerja pula memenatkan badan dan minda aku. Kepala lutut pecah hari-hari berdiri dekat kedai. Skru-skru yang ada semuanya sudah longgar bagaikan skru mainan. Hancur berkecai badan hari-hari kena FULL DAY dekat kedai. Guess sales bulan ni so memang sangat memenatkan lah. Maybe salah masa aku sebab aku cuti semester bulan ni. Malang. Tapi tak apa, kerja dekat situ seronok. Kami dah macam family bak kata Abang Muzz, our Manager. Aku rasa tak kan ada kerja dekat tempat lain sebahagia kerja dekat sini. Superbbbbbb babe!!


Sorry lah, aku tak pandai bercerita tapi aku pandai reka cerita orang. Tettttt!! Bukan. Maksud aku, aku suka tengok dan baca cerita orang :)


Tu saja nak share untuk semester break ni. Take care.

Salam.

Sunday, December 19, 2010

Rambut

Assalamualaikum.

Arghhhh!!! Rambut dah kena potong!! Malas nak cerita panjang-panjang. Menyakitkan hati. Dah buruk jadi nya ;(

Tengok je lah hasil nyaaaa.......


Sebelum :D


Selepas :(


Buruk kan hasil nya?? Huhu :(

Rindu rambut lama. Menyesal potong. Hermp. Nak tunggu panjang punya lah lama. Memang tak kan potong lagi lepas ni...!!!!!! T_T

Terima kasih kepada siapa yang cakap buruk tu ;'( Dan terima kasih juga kepada siapa yang cakap comel sangat itu :D

Terima kasih juga kepada DIA sebab tak menyejuk kan hati aku langsung. THANKS!!

Salam.

Monday, December 13, 2010

Movie Time

Assalamualaikum.

Kenapa ada gambar atas ni??


Haaa.... Hari ini aku keluar pergi tengok movie dengan Fanna. Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Cerita hantu yang berunsurkan komedi. Sangat kelakar ok sampai pecah perut, jatuh begolek-golek dekat tangga wayang Jusco tu aku dengan Fanna gelak :D

Kalau dulu cerita hantu je mesti nak seram, terkejut sana sini semua kan? Tapi sekarang ramai yang buat cerita hantu komedi. So tak ada lah takut sangat kalau nak tidur malam ke drive sorang-sorang balik malam ke apa kan. Memang best cerita ni. Siapa tak tengok rugi!! :) Kepala tenang je layan cerita komedi bodoh ni, jiwa pun rasa lapang sebab ketawa tak berhenti-henti.

Tapi lagi best tengok aku jatuh macam nangka busuk dekat dalam panggung wayang tu. Hadoi lah. Sumpah malu gila!! Nasib baik lah aku dengan Fanna, boleh di kata kan orang terawal masuk so tak ramai sangat yang nampak. Tapi for sure lah kan kakak dua orang yang jalan depan kitorang tu nampak terang-terang punya, sebab aku jatuh memang dekat gila dengan diorang. Haihh. Sungguh memalukan. Kalau aku tahu lah nak jatuh macam tu, aku cover buat-buat tengok sit number :P Tapi tak boleh sebab kalau dah keluar dengan Fanna, boleh lak aku cover semua kan. So kami dok gelak sakan je lah lepas aku jatuh tu :D

The best part is, aku pesan dekat Fanna suruh berhati-hati sebab ada tangga, kebetulan wayang tu gelap. Tapi malangnya aku lak yang tak dengar nasihat sendiri, terus jatuh melutut macam nangka busuk. Sampai lah cerita tu start kitorang tak berhenti-henti gelak sebab aku jatuh. PENGALAMAN MEMALUKAN NI TAK AKAN AKU LUPA KAN!! *_*



Kepada anda di luar sana, marilah ramai-ramai sokong cerita hantu komedi bangsa kita. Memang tak kering gusi di buatnya. Sangat besttttt!!! :)

Aktiviti bulan ni memang nak tengok movie sahaja habis kan duit dengan Fanna. Banyak cerita baru-baru dan best-best nak keluar bulan December ni. Tak sabar nak tengok yang lain-lain. Hopefully dapat cuti time tiket wayang murah lah kan sebab tiket wayang jusco mahal! :D So lepas ni wayang CS (city square) akan jadi mangsa kami pula. Lama tak tengok wayang sama-sama sejak dah habis sekolah ni. Ngeee!!

Wednesday, December 8, 2010

Knowing About Me


Thanks to Fanna Roslan ; http://potpetfanna.blogspot.com/ for the tagged :)

Write a note with 25 random, things, fact or goal about me?? Nahh!

Apa aku nak tulis?? Biaq cek fikir sat naaa.....


...........................................................


1. Seorang yang pemalas, gemuk, bulat, tak lawa macam kawan-kawan aku yang lain.

2. Aku tak suka lipas! Paling benci ok! Kalau jumpa boleh jerit satu rumah tahu.

3. Suka makan makanan yang tak berkhasiat.

4. Teringin nak diet tapi 1 haram pun tak menjadi sebab tak ada kawan nak diet. Boleh begitu?

5. Anak bongsu daripada 3 beradik.

6. Seorang yang manja, mengada-ngada, gedik dan sebagainya *Tapi BF aku cakap tak. Mesti dia tipu kan??!!

7. Aku boleh sabar dengan perangai orang tapi orang tak boleh sabar dengan perangai aku. Macam mana tu? Hehh.

8. Aku kalau nak kan something tu, aku akan meronta-ronta untuk mendapatkannya. Macam budak-budak. Nama pun bongsu kan.

9. Nak jadi business woman yang berjaya. Boleh ke??

10. Sangat menyukai kucing. Tapi kucing yang bersih je lah. Yang kat tepi jalan tak suka!!


...........................................................


Baru 10 je aku tulis?? Rasa macam dah tulis 20 dah tadi. Apa lagi erk??


..........................................................


11. Tak suka di kong-kong dan tak suka kena marah.

12. Tak suka di arah-arah buat itu ini. Suka buat sendiri kalau rajin. Ikut mood.

13. Kaki berjalan, shoppaholics. Pantang nampak benda lawa sikit. Mesti nak beli tapi pakai nya tak juga.

14. Panas baran dan paling penting.... SUKA MEMBEBEL. Hobi aku kot :D

15. Sudah mempunyai buah hati yang tersangat kecik. Comel je orangnya ;)

16. Suka jalan-jalan keliling dunia tapi tak ada orang nak bawa :(

17. Suka berkawan tapi memilih kawan sebab takut tejebak dengan gejala tak sihat.

18. Tak merokok, tak pernah minum air kencing syaitan, tak pernah pergi club tapi bershisha. Boleh ke?? HAHA

19. Rindu nak menjengkit dengan BFF tercinta. Entah bila lah dapat keluar lengkap semua ada.

20. Sekarang tengah menuntut di Kolej Profesional Mara, Melaka.

21. Gila nak jalan-jalan keliling melaka. Best!

22. Nak bela rambut panjang macam mak ponti. Haha.

23. Tak suka orang cakap belakang. F**K mereka!!

24. Suka perhati kan gerak geri orang tu dan menilai nya dengan sekelip mata dengan kawan-kawan.

25. Teringin nak bawa kereta ke kolej pada sem depan! Hopefully dapat lah. Mummy, abah... Bagi lah adik kereta! :(


Finally..........!!! Habis pun aku tulis sampai 25. Penat dok fikir. Mengambil masa selama 1jam lebih oke nak fikir apa. Banyak bebenor sampai 25 perkara. Gilo apo??? Grr ~


Mari kita lihat siapa yang terkena tag ini................... Jeng... Jeng.. Jeng.......



Terlebih sorang. Kira halal lah tu ;)

Tuesday, December 7, 2010

Public Holidays

Assalamualaikum.


Hari ni off day untuk aku daripada berkerja di Guess!! Yeahh! Rehat kan minda dan badan dari segala makhluk yang ada di Guess :D Asik beralih kerja petang then full then petang balik then full balik. Memang penat yang teramat sangat! Memang cuti yang di nanti-nanti kan oleh diriku ini. Fuhh! Akhirnya dapat juga cuti.


Timetable for today :

Tidur, tidur, tidur dan tidur lagi sampai lah mata lebam, kepala pening, badan lesu. Yess!! :D


Secara tak sengaja dapat off day masa public holidays. Sumpah best! Semua ada dekat rumah. Yippyy!! Lagi best kalau dia pun ada juga. Rinduuuu!! :(


Selamat menyambut Awal Muharam or Maal Hijrah 2010
bersamaan 1 Muharam 1432.

Friday, December 3, 2010

Hello December!!

Assalamualaikum.


Rasanya masih tak terlambat kalau aku nak ucapkan Hello December kan? :)


So, HELLO DECEMBER and GOOD BYE TWO THOUSAND TEN (2010).


Tak sabar rasanya nak masuk TWO THOUSAND ELEVEN (2011). Pelik je bunyinya in english kan? LOL. Kenapa aku tak sabar nak masuk dua ribu sebelas ni? Banyak sebabnya.... Salah satu darinya adalah, aku tak sabar nak tengok result final exam aku untuk semester 1 yang lepas. Dan..... Yang paling penting tak sabar nak tunggu kehadiran Si Jejaka hati saya tu datang Melaka. Rindu yang teramat dekat dia!! :D

Ahhh! Bila cakap pasal result final exam tu, gementar pun ada juga. Tapi tetap nak tahu ni sebab aku memang CONFIRM FAILED subject accounting aku. Haihh. Tak boleh nak buat apa dah, kena redha and bersedia je lah untuk repeat! :( Kalau boleh tak nak repeat sebab kalau repeat, aku akan bertambah semester sampai semester 6. Tak suka!! Tapi nak buat macam mana, dah memang, sememangnya, sepastinya akan repeat subject tu.


*Terima dengan hati yang sayu lagi bersalju dan salji. Sadis.


Kepada lecterur saya, Siti Hawa binti **** (tak tahu), saya Fatin Nabiha Zulkifli nak minta maaf dekat miss sebab selama ni saya suka main dalam class miss. Selalu tak buat kerja miss. Selalu buat miss marah. Biasalah miss, kalau dah duduk dalam geng dekat belakang macam tu memang berbual je lebihnya. Saya juga bagi pihak kawan-kawan class yang lain ingin mengucapkan selamat menyambung pelajaran. Terima kasih sebab ajar kami yang nakal ni. Kami menghargainya :)


(Kawan-kawan class confirm gelak kalau dorang baca ayat yang atas ni!!)


Ouhh! Sangat suka gambar ini!

Mood kembali normal, suka, gatai, gedik dan sebagainya apabila teringatkan Si Dia. Tak sabar nak jumpa Si Kekasih hati saya ni. Haishh, rindunya!
*Padahal lama lagi ni nak jumpa tapi dah heboh satu dunia. Fatin.. Fatin..

Kalau ada rezeki, insyaAllah masa plan kami nak pergi Melaka Wonderland dengan Miya dan kawan-kawan yang lain, Si Rashidi ni dapat lah datang kan. Plan nya bulan Januari 2011. Lama lagi tapi nak buat macam mana kan, kena lah tahan perasaan rindu yang membuak-buak ni.


Ehh! Ehh! Rindu lah! Rindu! Rindu! Rindu dekat awak! :(


Bila nak jumpa lagi?? T_T


Last but not least, I Love You, Rashidi! Whoot! Whoot!