Followers

Sunday, January 9, 2011

Buat Dirimu

Assalamualaikum.


Awak.....
Maafkan saya. Saya tahu selama ni saya banyak buat salah dengan awak. Saya tak pandai jaga hati awak. Selalu buat awak marah, sakit hati, bengang, angin dan macam-macam lagi. Saya tahu saya bukan lah seorang 'girlfriend' yang baik buat awak. Saya sedar itu semua. Tapi saya nak awak tahu yang saya sememangnya, sejujurnya sayangkan awak. Saya tak akan dan tak mungkin memainkan perasaan awak. Tak mungkin!


Awak.....
Saya nak awak tahu, sekarang ni awak seorang sahaja yang saya ada. Saya tak boleh dan tak sanggup bila awak cerita, cakap pasal mati dengan saya. Tak boleh wak, tak boleh! Saya tahu sekarang ni awak banyak cakap pasal penyakit awak tu tapi saya endahkan je semua tu. Bukan sebab saya tak sayang, tak cintakan awak bila awak cakap pasal tu, tapi saya takut. Takut wak... Takut awak akan tinggalkan saya. Tak sanggup wak... Sekarang ni pun dah sebulan tak jumpa, dah rasa macam tak tentu arah. Semua buat serba serbi tak kena.


Awak.....
Awak tahu tak, bila dah masuk semester 2 ni, saya sunyi sangat-sangat. Terasa lain yang teramat sangat bila awak tak ada lagi di sisi saya dekat kolej ni. Awak tahu kan macam mana saya rasa? Awak pun boleh rasa kan apa yang saya rasa kan? Saya dah terbiasa hidup dengan awak sepanjang semester 1 yang lalu. Semua nya saya buat dengan awak. Makan bersama, main game bersama, ketawa, menangis semua bersama, keluar berjalan, outting, overnight semuanya bersama. Sekarang, bila awak sudah tidak lagi berada di kolej ni, saya rasa macam ada je yang tak lengkap, tak sempurna. Tapi awak dah habis semester, tak dapat lah kita bersama lagi lepas ni :(


Awak.....
Semalam awak cakap, awak nak pergi hospital buat benda alah tu, saya risau wak. Risau sepuluh kali ganda daripada risau awak. Awak tahu tak, siang malam pagi petang saya fikir kan pasal kesihatan awak semua. Saya selalu berdoa supaya awak sihat walafiat seperti makhluk-makhluk tuhan yang lain. Selalu wak, selalu sangat! Tadi saya terbaca wall awak, ohhh! Rupa-rupanya awak baru buat blog ya. Maaf saya tak tahu sebab saya tak mengikuti pekembangan semasa di facebook. Maaf kan saya :')


Awak.....
Saya menangis wak bila baca blog awak. Terus pening kepala saya bila baca blog awak tu semua. Saya minta maaf sebab saya tiada di sisi awak bila awak memerlukan saya. Saya jauh wak.... Jauh sangat-sangat dari awak. Saya tak boleh nak jumpa awak. Saya hanya boleh berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan awak sahaja sayang. Saya minta maaf dari hujung rambut sampai lah ke hujung kaki saya jikalau ada kesalahan dan kesilapan saya selama ini terhadap awak yang saya sendiri tidak terperasan. Maafkan saya ya awak? :)


Awak.....
Saya nak awak tahu, segala kesalahan awak sudah lama saya maafkan dan saya tidak pernah sedikit pun terdetik nak simpan dendam ataupun membuang awak jauh-jauh. Saya anggap itu semua dugaan dan cabaran untuk kita harungi dalam perhubungan kita ni. Saya harap sangat awak cepat sembuh ya sayang. Jangan sesekali awak tinggalkan saya lagi lepas ni. Jangan dan tak boleh! Faham???! Ingat tu!! :')


Saya sangat-sangat merindui awak, Mohamad Rashidi bin Mohamad Zainol. Dah tak sanggup nak menahan dan menampung rindu ni lagi. Saya harap sangat awak dapat datang Melaka secepat yang mungkin.

I love you so much b, and I will always do. Take care and get well soon, my dear :)

Salam.

3 comments:

  1. humm,,,
    u mst cedey an,,,
    xper lar,,,
    let it gone,,,
    life must go on,,,

    ReplyDelete
  2. hermp. ofcoz sedih lah kan. i ta tahu na wt cne lg da. huhu. thanks ey sayang :')

    ReplyDelete