Followers

Friday, September 10, 2010

Salam Eid Ul-Fitr

Salam 1 Malaysia dan Selamat Hari Raya semua!

Macam yang aku cakap lah kan sebelum ni, raya aku kali ni bosan. Yeahhh!! Sudah sememangnya bosan!! Haha. Raya pertama aku bangun lambat, then bangun-bangun bukan pergi siap-siap pakai baju raya, make-up bagai tu semua. Tapi aku dengan seluar pendek beserta t-shirt saje, pergi cuci pinggan mangkuk yang berlambak dekat dapur tu. Haha.


1 Malaysia wadah perpaduan,
Ramadhan berlalu kita tinggalkan,
Jalinan persaudaraan kita eratkan,
Syawal tiba kita raikan.


Ehhh! Terbagi pantun lak. Hee.

Nak sambung cerita ni, aku salam raya dengan family aku dalam pukul 4 petang kot. Lambat kan?? Tak tahu lah kenapa raya tahun ni lambat sangat sampai petang. Maybe semua penat kot, then nak tunggu kakak aku datang dengan family dia lagi. Tu yang lambat kot.


Indah persada berjejal bintang,
Sinar purnama di hujung desa,
Lebaran tiba disambut girang,
Mohon diampun salah dan dosa.


(Sambungan pantun atas tadi. Hehe)

Lagi 1, duit raya ni haaa. Tak ada langsung. Betul lah cakap kau, Zarul, kita dah tua, tak ada lagi yang nak bagi duit raya. Huuwwaaarrgghhhhhh!! Sedihnyaaa!! Mulut kau sememangnya bacin ok Zarul Dzarif! Benci kau! Haha. Tapi aku pun rasa macam tu juga, dah besar kan buat apa nak kutip sangat duit raya ni. Aku tunggu duit elaun dari KPMAM, kolej aku je nanti. Tak sabar nak jadi kaya sekejap :)


Yang jauh kami dekatkan,
Yang dekat kami rapatkan,
Yang rapat kami mesrakan,

Semoga silaturrahim berkekalan.


(Lagi sekali :p )

Sampai ke malam aku dekat rumah je, tak kua ke mana-mana pun. Memang bosan lah raya kali ni!! Tak sabar lak rasanya nak balik melaka. Huhu. Kawan-kawan pun semuanya busy memanjang. Ada yang balik kampung, ada yang beraya rumah sanak sudara. Haihhh.

Abahhhh!! Jum lah pergi KL, kita raya sanaa!! :(

The conclusion is, raya tahun 2010 memang tak best bagi aku tapi best bagi orang lain. Huhu.

Sekian, Terima Kasih.




Janji ialah suatu komitmen. Komitmen bahawa ia bukan sekadar kata-kata. Komitmen yang membuktikan nilai suatu kepercayaan. Baik kecil mahupun besar, genggamlah janji anda seerat mungkin. Agar tiada insan yang ternanti-nanti. Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Pesanan penaja :
Menggenggam janji, menyimpul kasih di Aidilfitri.


Fatin Nabiha Zulkifli

Thursday, September 9, 2010

Raya??

Assalamualaikum semua. Esok last kita berpuasa. Sebulan sudah Ramadhan berlalu. Terasa cepat sungguh (maklumlah puasa tak cukup). Terasa sedih nak tinggal kan Ramadhan. InsyaAllah kalau di panjang kan umur, Ramadhan akan datang kita akan berjumpa lagi :)


Yayy! Yayy! Esok raya! Duit raya! Duit raya!! :D


(Mood raya tak ada pun sebenarnya. Saje je nak happening kan suasana yang suram ni)

Tak tahu lah kenapa mood raya aku tahun ni malap sungguh. Langsung tak ada pelita hidup, sedikit lampu menerangi jalan-jalan, lorong-lorong, liku-liku untuk sampai ke jalan sambutan hari raya tak ada langsung. Kenapa agaknya ye?? Kau tahu tak kenapa??


Selamat hari raya!!
Raya!! Raya!! Raya!!


(Ok, dah menjerit satu taman delima pun, aku still tak ada semangat nak raya. Tolong lahhhh!!!)

Mungkin lah kan, aku rasa sebab aku dah besar kot. Then raya pun semakin hari semakin meningkat (maksudnya raya awal tahun lah, bukan akhir tahun lagi), tu yang bosan sikit kot. Naik raya lak ada exam then final exam. Bertambah-tambah tak best lah raya aku ni haaa.


Esok dapat duit raya?? Pakai baju raya?? Wahhh!! Best-nyaa!!


(Ahhh!! Masih tiada pelita raya aku!!)


Kenapakah?? Kenapakah?? Kenapakah?? Yeahhh!! Aku rasa sebab aku dah besar, tu yang tak merasa raya lagi tu. Huhh ~ Benarkah?? Benarkah?? Benarkah??


(Tak ada mood raya tapi baju raya sekoyan ni)

Tak apa lah, kalau aku tak ada semangat nak raya, aku tetap akan wish dekat korang semua ....








SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

AMPUN DAN MAAF DIPINTA,
MOGA CAHAYA SYAHWAL KALI INI MEMBERI SERIBU MAKNA DAN DERKAT DARINYA.. AMIN..

IKHLAS DARI :
FATIN NABIHA ZULKIFLI
;)

Thursday, September 2, 2010

Thank You! and Wishing

Nak ucap kan terima kasih kepada si DIA yang ingat birthday aku walaupun DIA lambat wish. Actually tak expect lak yang DIA akan wish birthday aku kan. Lagi pun dah malam dah masa tu. So aku tak cakap pape lah, just redha je, maybe DIA dah lupa. Tak apa lah kan. Tup tup masa nak tidur tu, message datang lak. Baca-baca bukak ada orang wish lagi birthday aku. Tapi aku tak save kot number tu. Aku tanya lah siapa, mula-mula terfikir gak DIA, tapi tak mungkin kan. So tanya je lah. Sekali jangkaan aku tepat, memang DIA yang wish. Thanks lah kawan sebab still ingat birthday aku walaupun kita tak lagi sehaluan jalan dan tak lagi ........... Ermmmm ... Entahhh ....

Terima kasih sekali lagi kawan :) Mesti korang ingat DIA tu lelaki kan? Heee, bukan lah. DIA tu perempuan lah. Kawan baik aku since form2 kalau tak silap, Nurul Farhanah Roslan ^_^

Ohhhhh .... Rindu mereka yang melampau lagi terlampau. Hermp ..... *REDHA

2 September 2010
HAPPY 18th BIRTHDAY NURUL FARHANAH ROSLAN!!
May God bless you sayang.
Take care always ok? :)